EN | BM

Soalan Lazim Ditanya

Soalan Lazim

1. Bagaimana untuk saya menggunakan ‘Pesan & Ambil’?

Mudah je! Muat turun Aplikasi McDonald's dan daftarkan maklumat anda. Cari restoran berdekatan melalui aplikasi. Lihat menu dan pilih makanan anda. Pilih bagaimana anda ingin menerima hidangan anda: Ambil di Kaunter Restoran, Pandu Lalu, dihantar ke kereta anda atau dihantar ke meja anda.

Harap maklum:

Sekiranya anda ingin mengambil makanan di Kaunter Restoran, pastikan anda berdekatan dengan restoran tersebut sebelum anda klik pada ‘Bayar Sekarang dan Mulakan Pesanan Saya’.

Untuk Makan Di Restoran pula, pastikan anda duduk di salah satu meja dan telah memasukkan nombor meja yang betul. Setelah anda melengkapkan pembayaran, kami akan menyediakan pesanan anda dengan segera dan hidangan anda akan siap dalam masa 5 minit.

Sekiranya anda memilih untuk mengambil makanan anda di Pandu Lalu, kami akan mula menyediakan pesanan anda apabila anda tiba di Pandu Lalu dan memberitahu nombor pesanan anda di kotak pesanan. Sila pastikan anda mengambil pesanan anda di Pandu Lalu dalam masa dua jam selepas pembayaran.

Hidangan anda juga boleh dihantar ke kereta anda dengan perkhidmatan Pandu Masuk kami. Pastikan anda parkir di tempat letak kereta khas di restoran yang mempunyai perkhidmatan Pandu Masuk. Masukkan nombor parkir tersebut dan lengkapkan pembayaran. Kami akan menyediakan pesanan anda dengan segera dan kru kami akan menghantar ke kereta anda.

2. Bilakah saya dikehendaki mengambil pesanan saya?

Untuk pesanan Makan Di Restoran, Bawa Pulang dan Pandu Masuk, kami akan mula menyediakan pesanan anda sejurus selepas anda membuat pembayaran. Makanan anda akan siap dalam tempoh 5 minit selepas itu, jadi sila pastikan anda ada berdekatan.

Untuk pesanan Pandu Lalu, anda hendaklah mengambil makanan anda di laluan Pandu Lalu dalam tempoh 2 jam selepas anda membuat pembayaran. Walaubagaimanapun, khusus untuk pesanan hidangan sarapan pagi, anda hendaklah mengambil makanan anda dalam tempoh 2 jam tersebut atau sebelum waktu pertukaran menu sarapan pagi ke menu biasa, yang mana lebih awal. Pada kebiasaannya, waktu pertukaran menu akan berlaku pada pukul 10.00 pagi setiap hari. Oleh itu, sekiranya anda sampai ke restoran selepas pukul 10.00 pagi untuk mengambil hidangan sarapan pagi anda, anda tidak boleh berbuat demikian. Ini adalah kerana pesanan telah dibatalkan secara automatik dan anda juga tidak boleh mendapatkan sebarang pembayaran balik wang.

3. Bagaimana untuk saya cipta akaun baharu di Aplikasi McDonald's?

Untuk cipta akaun, sila klik ‘Akaun Saya’ dan masukkan alamat e-mel dan maklumat hubungan yang sah.

4. Saya terlupa kata laluan akaun Aplikasi McDonald's saya, bagaimana untuk menetapkannya semula?

Hanya klik pada pautan ‘Lupa Kata Laluan?’ Di halaman Log Masuk dan ikuti arahannya. E-mel yang mengandungi arahan selanjutnya akan dihantar ke e-mel berdaftar anda. Sila periksa folder 'Spam' atau 'Junk' anda jika anda tidak menerima e-mel tersebut.

5. Mengapa Aplikasi menunjukkan pop up ‘Nampaknya anda agak jauh sedikit’?

Anda disarankan untuk membuat pesanan apabila berdekatan dengan restoran yang dipilih, hidangan anda akan disediakan dengan segera setelah anda membuat pembayaran.

6. Bagaimana jika saya membayar pesanan saya tetapi tidak dapat mengambilnya dengan segera?

Pesanan anda akan disediakan setelah anda membuat pembayaran, jadi anda disarankan supaya mengambil pesanan anda secepat mungkin.

7. Bagaimana perkhidmatan Makan Di Restoran berfungsi?

Anda perlu duduk di meja sebelum membuat pesanan. Masukkan nombor meja dan sahkan pesanan anda. Hidangan anda akan disediakan dan dihantar terus ke meja anda oleh kru kami.

8. Bagaimana untuk saya tahu bila pesanan saya sudah siap?

Untuk bawa pulang, selepas bayaran anda lengkap, sila lihat nombor pesanan anda pada skrin di atas kaunter pengambilan di restoran.

Sekiranya anda memilih untuk menerima pesanan anda di meja melalui Makan di Restoran, kru kami akan membawa makanan ke nombor meja yang anda masukkan melalui aplikasi.

Sekiranya anda memilih untuk mengambil pesanan anda di Pandu Lalu, bacakan nombor pesanan anda kepada kru di kotak pesanan dan kami akan mula menyediakan pesanan anda dengan segera. Teruskan ke kaunter bayaran untuk mendapatkan resit sebelum mengambil makanan anda.

Sekiranya anda memilih perkhidmatan Pandu Masuk, kru kami akan menyediakan makanan anda dan menghantar ke kereta anda mengikut nombor parkir yang telah anda masukkan.

9. Bolehkah saya menggunakan tawaran atau mengumpul setem McCafé Rewards dengan ‘Pesan & Ambil’?

Semestinya! Untuk menebus sebarang tawaran, klik pada 'Tawaran', pilih tawaran yang ingin ditebus dan pilih 'Tebus melalui Pesan & Ambil'. Anda hanya boleh menebus 1 tawaran untuk setiap pesanan.

Anda juga boleh menerima setem McCafé Rewards secara automatik dalam masa 24 jam dengan setiap pesanan melalui ‘Pesan & Ambil’, melalui pembelian minuman McCafé yang terpilih.

10. Bilakah saya akan dikenakan bayaran? Adakah saya akan menerima resit selepas bayar?

Pembayaran akan ditolak daripada kad debit/kredit anda sebaik sahaja anda klik ‘Bayar Sekarang dan Mulakan Pesanan Saya’. Anda akan menerima pemberitahuan pembayaran melalui e-mel anda yang didaftarkan dalam Aplikasi McDonald's. Sekiranya anda belum menerima e-mel, sila periksa folder ‘spam’ anda. Resit rasmi akan diberikan kepada anda semasa anda mengambil pesanan di restoran.

11. Bolehkah saya mengubah pesanan saya?

Setelah anda membuat pembayaran, anda tidak boleh mengubahnya. Sekiranya anda ingin menambah pesanan, anda boleh mulakan pesanan baharu.

12. Bolehkah saya menukar pilihan pengambilan setelah pesanan dibuat?

Pilihan pengambilan yang dipilih tidak boleh diubah setelah pesanan dibuat.

13. Apakah pilihan pembayaran yang disediakan?

Perkhidmatan ‘Pesan & Ambil’ hanya sah digunakan dengan kad debit/kredit anda.

14. Bolehkah saya menyimpan kad saya untuk kegunaan masa depan?

Ya, kad anda akan disimpan secara automatik untuk penggunaan masa depan apabila anda membuat pesanan pertama. Sekiranya anda ingin menambah atau mengeluarkan kad, anda boleh pergi ke ‘Akaun Saya’ dan klik pada ‘Urus Kad Kredit’.

15. Bagaimana jika saya menghadapi masalah dengan pembayaran atau terdapat kesilapan semasa membuat pesanan?

Untuk sebarang pertanyaan, masalah teknikal, cadangan dan maklum balas, anda boleh menghubungi kami di https://www.mcdonalds.com.my/contact.