Misi Moreh Mekdi Meriahkan Ramadan Bersama Warga Universiti Awam
06 Apr 2023

SHAH ALAM, 6 April, 2023 - McDonald’s Malaysia hari ini telah menyebar luaskan inisiatif Misi Moreh Mekdi ke 20 universiti-universiti awam seluruh negara dengan menaja hidangan moreh untuk lebih dari 12,000 pelajar-pelajar yang memerlukan di sepanjang bulan Ramadan ini.

Acara Misi Moreh Mekdi yang telah dilaksanakan sejak 9 tahun yang lalu, pada hari ini telah diadakan di Masjid Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam. Ini merupakan sebahagian daripada keseluruhan program Misi Moreh Mekdi selain dari tajaan hidangan moreh kepada komuniti di lebih dari 300 buah surau-surau dan masjid-masjid sepanjang bulan Ramadan di sekitar kawasan operasi restoran McDonald’s. 

“Sebagai sebuah organisasi yang sentiasa mendekati komuniti setempat, kami juga mengambil peluang di bulan Ramadan ini untuk bersama-sama membantu meringankan beban pelajar yang memerlukan. Kami memahami keperluan para pelajar yang kurang berkemampuan dan diharap usaha ini sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka terutama ketika berjauhan dengan keluarga ketika ini,” kata Encik Azhar Darbi, Naib Presiden Sumber Manusia merangkap Pengerusi Jawatankuasa Halal Dalaman, McDonald’s Malaysia.

“McDonald’s Malaysia juga amat menghargai kerjasama dari Titipan Kasih Harian Metro dan UiTM yang telah bersama-sama kami dalam acara pada hari ini. Diharap inisiatif ini akan dapat diteruskan lagi di universiti awam lain dalam masa terdekat ini,” tambah Encik Azhar lagi.

Bagi memeriahkan lagi acara Misi Moreh Mekdi dan Titipan Kasih Harian Metro dengan kerjasama UiTM ini, majlis gotong-royong menyediakan bubur lambuk dan hidangan berbuka puasa telah juga diadakan di kampus UiTM Shah Alam dengan disertai oleh sukarelawan-sukarelawan dari McDonald’s Malaysia, Harian Metro dan pelajar-pelajar UiTM. Selain dari agihan bubur lambuk dan majlis berbuka puasa, kotak rezeki yang mengandungi makanan asas untuk keperluan harian juga disampaikan kepada pelajar-pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.  

Majlis ini telah turut dihadiri oleh YBhg Prof. Dr Mohamad Hariri Abdullah, Timbalan Naib Canselor Industri, Komuniti dan Jaringan Alumni (ICAN), Encik Husain Jahit, Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek TKHM, barisan pengurusan UiTM Shah Alam, Harian Metro dan McDonald’s Malaysia serta para pelajar UiTM. 

Inisiatif-inisiatif mendekati komuniti di sekitar lokasi operasi McDonald’s yang boleh membawa impak-impak positif merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Dengan peningkatan jumlah restoran saban tahun, 2022 adalah tahun kejayaan bagi McDonald's dengan pencapaian jumlah pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan paling banyak setakat ini iaitu lebih 19,000 program komuniti.

###

Previous Article
McDonald's Malaysia perkenalkan Menu Rahmah
KUALA LUMPUR, 8 MAC 2023 – Restoran khidmat segera terkemuka, McDonald’s Malaysia, melancarkan Menu...
Next Article
McDonald’s Malaysia & Kementerian Pendidikan Malaysia Iktiraf 25 Guru Luar Biasa
MELAKA, 15 Mei 2023 – McDonald’s Malaysia hari ini mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi (...