Halal Adalah Keutamaan Kami

McDonald’s Malaysia adalah Restoran Khidmat Segera pertama di Malaysia yang diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan ini memastikan kami mematuhi piawaian dan peraturan halal yang ditetapkan oleh JAKIM.

Baca Polisi Halal

Muat Turun Sijil-Sijil Halal

Nikmati Kopi Kami Tanpa Was-Was

Kopi kami dibru di kaunter di hadapan pelanggan. Kami ingin menegaskan bahawa, kesemua minuman kopi yang dihidangkan di McDonald’s Malaysia tidak mengandungi apa-apa bahan yang tidak halal yang boleh menimbulkan syak wasangka. Sumber biji kopi kami juga telah disahkan HALAL oleh Jakim termasuklah setiap langkah-langkah membuatnya. HALAL merupakan teras kepada perniagaan kami. Sebarang tohmahan dan fitnah yang disebarkan baru-baru ini adalah tidak berasas sama sekali. McDonald’s Malaysia adalah Restoran Khidmat Segera pertama di Malaysia yang diiktiraf Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan ini memastikan kami sentiasa mematuhi peraturan Halal yang berkualiti tinggi.

01

Memastikan Kebersihan & Kesihatan

Bagi memastikan tahap piawaian kesihatan yang tinggi, pekerja kami diwajibkan untuk mengambil suntikan tifoid daripada pusat kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan sebelum bekerja di mana-mana restoran kami. Mereka juga harus menuruti kod laku dan amalan kebersihan untuk memastikan syarat polisi Halal dipatuhi.

Merokok, makan, minum atau sebarang aktiviti yang mungkin mencemarkan produk makanan tidak dibenarkan di kawasan pengeluaran makanan.

02

Mengutamakan Keselamatan Makanan

Tahap keselamatan setiap makanan di McDonald’s® adalah keutamaan kami. Setiap bahan menjalani pemeriksaan keselamatan dan kualiti menyeluruh. Bukan sahaja oleh kami, tetapi pihak perbandaran tempatan serta badan bebas.

Pengurus restoran dan krew dilatih untuk memastikan tahap keselamatan makanan dan langkah mengekalkan kualiti dipatuhi.

Kami bekerjasama dengan pembekal bagi memastikan bahan yang digunakan dalam menu kami menepati piawaian ketat keselamatan makanan.

03

Halal Secara Keseluruhan

Kami memahami konsep Halal lebih sekadar persiapan makanan sahaja. Ia merangkumi keseluruhan operasi, proses dan langkah-langkahnya termasuk daripada perkhidmatan yang mesra hinggalah memastikan premis kekal bersih.

Kami juga menyediakan Surau di kebanyakan restoran supaya pekerja kami boleh menunaikan solat dengan selesa..

Mengenali McDonald’s Malaysia, fakta-fakta HALAL