EN | BM

Demi mewujudkan impak positif dalam kalangan masyarakat, McDonald's terus komited menjalankan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di sekitar lokasi operasinya membabitkan lebih 300 restoran di seluruh negara.

Setiap bulan, dianggarkan dua hingga empat aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan oleh setiap restoran bagi membina hubungan baik sesama anggota masyarakat.

Dengan peningkatan jumlah restoran saban tahun, 2022 adalah tahun kejayaan bagi McDonald's dengan pencapaian jumlah pelaksanaan aktiviti kemasyarakatan paling banyak setakat ini iaitu lebih 18,000 aktiviti.

Tahun Baru Cina bersama warga emas

Inisiatif sambutan Tahun Baru Cina bersama warga emas bermula pada 2017.

Pada tahun 2022, sejumlah 150 rumah kebajikan warga emas di seluruh Malaysia berjaya dilawati bagi menceriakan lebih 4,500 warga emas dengan 'makan besar' Tahun Baru Cina dan pelbagai aktiviti menarik seperti menyanyi, menari dan permainan.

Imarahkan Ramadan