McDonald’s Malaysia Umum Pelan Pengembangan, Capai Rekod Jualan Memberangsangkan Pada 2021
02 Mar 2022

PETALING JAYA, 2 MAC 2022 – McDonald’s Malaysia mengumumkan pelan pengembangan lima tahun syarikat berikutan pertumbuhan 15 peratus tahun-ke-tahun pada 2021. Peningkatan prestasi perniagaan yang amat signifikan ini adalah disebabkan keputusan pengurusan perniagaan yang strategik yang menumpukan beberapa pemacu perniagaan utama. Secara keseluruhan, syarikat berhasrat melihat peningkatan yang berterusan dan mengekalkan momentum sebegini, yang ternyata menunjukkan prestasi perniagaan yang cemerlang pada tahun 2021 yang kembali kepada tahap ketika pra-pandemik dan lebih baik berbanding 2019.

“Kami mampu menghadapi persekitaran yang mencabar sepanjang dua tahun kebelakangan ini disebabkan keputusan berani yang diambil untuk memberi tumpuan terhadap pemacu utama perniagaan, iaitu Pandu-Lalu, McDelivery, Platform Digital kami dan McCafé,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

• McDonald’s terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pengendali restoran pandu-lalu nombor satu di negara ini, dengan 214 restoran pandu-lalu di seluruh Malaysia dan jumlah ini akan terus bertambah.

• Pada masa sama, perkhidmatan McDelivery popular merekodkan 35 peratus bahagian pasaran pada tahun lalu. McDelivery kini mempunyai 1,500 titik penghantaran, dengan hampir 6,000 penghantar makanan.

• Platform Digital McDonald’s turut menyaksikan pertumbuhan pantas, dengan lebih sembilan juta muat turun untuk aplikasi McDonald’s sejak ia dilancarkan pada April 2018, membuatkannya aplikasi QSR No. 1. Baru-baru ini, satu ciri baharu yang dikenali sebagai ‘Mobile Order & Collect’ telah diperkenalkan dan dijangka memantapkan lagi perkhidmatan platform digital McDonald’s dalam tempoh 12 bulan akan datang.

• McCafé pula mengambil kedudukannya sebagai jenama kopi espresso paling berpatutan, dengan janjinya untuk merakyatkan pengalaman kopi untuk rakyat Malaysia. McCafé kini memiliki 23.5 peratus bahagian pasaran, dan menyediakan lebih tiga juta kopi setiap bulan.

“Kami akan memberi tumpuan terhadap kepantasan, ketepatan, dan keselesaan dengan terus meningkatkan segmen perniagaan kami iaitu Pandu-Lalu, McDelivery, Platform Digital dan McCafé dalam tahun-tahun mendatang sebagai sebahagian daripada pelan pengembangan perniagaan kami. Kejayaan McDonald’s Malaysia terletak kepada janji kami untuk menyampaikan momen yang indah dan lazat atau ‘delicious feel-good moments’ kepada pelanggan pada bila-bila masa, dimana jua,” kata Azmir.

Pelan Pengembangan yang Kukuh Buka 50,000 Peluang Kerjaya

Sebagai sebahagian daripada Visi McDonald’s Malaysia 2026, syarikat akan melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang untuk membuka 205 restoran baharu, yang secara keseluruhan mewujudkan 500 restoran McDonald’s di negara ini menjelang 2026. 

Melihat kepada trajektori pertumbuhan syarikat dan trend menaik dalam perniagaan masa kini, McDonald’s dijangka menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya kepada rakyat Malaysia menjelang 2026. Sebagaimana falsafahnya, iaitu Malaysia untuk Malaysia atau ‘Malaysians Serving Malaysians’, restoran khidmat segera ini terus komited menyediakan pekerjaan kepada 100% rakyat Malaysia, pada masa sama mencapai Visi 2026 yang telah ditetapkan.

Menurut Azmir, 50,000 kekosongan pekerjaan akan membantu meningkatkan lagi pertumbuhan syarikat dan menyokong operasi restoran masa kini yang semakin berkembang secara signifikan sejak lebih dua tahun lalu. Dengan pengenalan perkhidmatan ke meja yang lebih banyak di restoran, pengenalan landasan berkembar untuk restoran pandu-lalu, peningkatan perkhidmatan penghantaran dan juga pematuhan kepada panduan kesihatan dan penjarakan sosial, syarikat akan memerlukan kakitangan tambahan untuk memastikan kualiti dan piawaian perkhidmatan berada di tahap tertinggi.

“Kami menawarkan bukan sekadar pekerjaan, tetapi kerjaya yang bermakna di McDonald’s. Hari ini, seseorang mungkin menyertai kami sebagai kru restoran, tetapi dengan latihan dan tunjuk ajar, mereka boleh naik pangkat dengan mudah di McDonald’s dalam tempoh beberapa tahun,” kata Azmir.

“Komitmen McDonald’s untuk mengukuhkan kebolehpasaran belia telahpun diiktiraf dalam industry hospitaliti. Hari ini, belia Malaysia boleh memulakan kerjaya melalui Program Perantisan Vokasional McDonald’s di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN),” tambah Azmir, yang turut mengatakan bahawa McDonald’s mensasarkan pelaburan RM300 juta dalam program-program latihan dan pembangunan menjelang 2026.

McDonald’s merupakan pengendali restoran khidmat segera di negara ini yang dianugerahkan akreditasi SLDN oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia. Sehingga 2021, McDonald’s Malaysia telah melatih lebih 3,500 belia yang kini telahpun mendapat pekerjaan dalam industri hospitaliti. Seiring dengan Visi 2026 syarikat, restoran khidmat segera ini meletakkan matlamat untuk menghasilkan 15,000 perantis Akademi Vokasionalnya dalam tempoh lima tahun akan datang.

Buat masa ini, lebih 80 peratus kakitangan sepenuh masa McDonald’s telahpun menerima RM1,500 gaji asas yang minimum setiap bulan. Menjelang penghujung 2022, McDonald’s akan membuat pelarasan gaji kakitangan sepenuh masanya bagi menyokong cadangan kerajaan untuk meningkatkan jumlah gaji minimum. Ini adalah sebahagian daripada komitmen McDonald’s yang sentiasa mengutamakan kakitangannya. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kerjaya di McDonald’s Malaysia, sila layari laman Kerjaya McDonald’s di SINI

- TAMAT -

Previous Article
RMHC Malaysia Sumbang Bilik Terapi Sensori Khusus Untuk Kanak-kanak OKU
KANGAR, 28 FebruarI 2022 – Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald di A-Heart Universiti Malaysia Perli...
Next Article
McDonald’s Malaysia Rasmi Restoran Pandu-Lalu Tampin, Rancakkan Pembangunan Sosio Ekonomi Negeri Sembilan
Tampin, 8 Mac 2022 – McDonald’s Malaysia hari ini telah meraikan pembukaan rasmi rangkaian restoran...