McDonald’s Malaysia Santuni 70,000 Rider Penghantaran Seluruh Negara Menerusi Kempen #MekdiBelanjaRider buat kali ke-4
#MekdiBelanjaRider menyantuni 70,000 penunggang penghantaran atau rider serentak di seluruh negara
KUALA LUMPUR, 24 JUN 2025 – McDonald’s Malaysia hari ini menyantuni lebih 70,000 penunggang penghantaran makanan atau rider di seluruh negara menerusi kempen #MekdiBelanjaRider. Inisiatif ini merupakan tanda penghargaan terhadap peranan penting mereka dalam menyokong perkhidmatan penghantaran serta menghubungkan McDonald’s Malaysia dengan para pelanggan di seluruh negara.
Dilancarkan pada tahun 2021, kempen ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kemasyarakatan McDonald’s Malaysia bagi menghargai golongan yang menyumbang kepada masyarakat, khususnya komuniti rider yang berkhidmat tanpa mengira masa dan lokasi demi memenuhi keperluan pelanggan. Mengiktiraf jasa serta dedikasi mereka, McDonald’s Malaysia berbesar hati menyumbangkan set hidangan percuma sama ada McDonald’s Foldover atau burger Spicy McCrispy kepada para rider, yang diedarkan dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang di restoran-restoran McDonald’s di seluruh negara.
Kempen #MekdiBelanjaRider ini bukan sahaja terbuka kepada rider McDelivery, malah turut diperluaskan kepada rider daripada rakan penghantaran rasmi seperti GrabFood, ShopeeFood dan Foodpanda, serta mana-mana syarikat penghantaran lain.
“Sebagai sebuah syarikat tempatan yang berteraskan komuniti, McDonald’s Malaysia amat menghargai para rider yang setiap hari berusaha menghantar hidangan kami kepada pelanggan, tidak kira panas atau hujan. Mereka adalah antara nadi penting dalam ekosistem penghantaran yang menyokong operasi kami serta membantu meningkatkan hasil penjualan makanan setiap hari. Kempen ini adalah tanda kecil penghargaan kami atas sumbangan besar mereka,” kata Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak, McDonald’s Malaysia.
#MekdiBelanjaRider merupakan salah satu program berterusan dalam rangkaian aktiviti kemasyarakatan McDonald’s Malaysia, yang bertujuan memperkukuh semangat kebersamaan serta menzahirkan keprihatinan kepada pelbagai lapisan masyarakat. Bermula dengan penghargaan kepada para guru pada bulan Mei lalu, kempen ini diteruskan pada bulan Jun dengan tumpuan kepada komuniti rider yang membantu memastikan rakyat Malaysia dapat menikmati hidangan McDonald’s kegemaran mereka pada bila-bila masa dan di mana jua.
Inisiatif ini juga melengkapi Program Komuniti @ McDonald’s, yang berlandaskan semangat menyumbang kepada kebajikan masyarakat. Setiap tahun, McDonald’s Malaysia melaksanakan lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan melalui lebih 370 restorannya di seluruh negara. Antara program yang telah dijalankan termasuk menyantuni komuniti masjid dan surau semasa bulan Ramadan, meraikan guru-guru sempena Hari Guru, serta menyambut ulang tahun anak-anak yatim di rumah kebajikan.
Dengan semangat untuk terus memberi kembali kepada masyarakat, McDonald’s Malaysia kekal teguh sebagai jenama yang bukan sahaja menyediakan perkhidmatan makanan, tetapi juga komited memastikan kesejahteraan komuniti di sekitar lokasi operasi restoran mereka.
-TAMAT-
Wajah gembira rider di restoran-restoran McDonald’s bila dibelanja makan
Usaha McDonald’s untuk menyemai nilai kebersamaan dan membalas jasa rider daripada semua perkhidmatan penghantaran atas sumbangan mereka kepada masyarakat