EN | BM

KUALA LUMPUR, 7 APRIL 2026 – Sempena bulan Syawal tahun ini, McDonald’s Malaysia meneruskan semangat memberi dan kebersamaan dengan beberapa siri sambutan komuniti di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara. Meneruskan usaha berterusan sepanjang Ramadan, inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan bagi menyokong komuniti tempatan sambil mencipta kenangan manis untuk rakyat Malaysia ketika meraikan Syawal.

Sepanjang Ramadan, McDonald’s Malaysia telah menjalankan pelbagai inisiatif komuniti termasuk menyediakan moreh kepada 300 masjid dan surau di seluruh negara, menganjurkan majlis berbuka puasa bersama kanak-kanak dari rumah anak yatim berhampiran dan mengedarkan Kit Ramadan kepada keluarga dan kanak-kanak di Rumah Ronald McDonald. Tahun ini juga, McDonald’s mengeluarkan Sampul Raya eksklusif yang menampilkan hasil lukisan kanak-kanak dari Rumah Ronald McDonald, yang menyerlahkan kreativiti dan keceriaan mereka.

“Sambutan ini bukan sekadar meraikan sebuah perayaan, tetapi mencerminkan semangat kebersamaan dan saling menyokong antara satu sama lain. Sejak sekian lama, ia menjadi sebahagian daripada tradisi McDonald’s untuk terus memberi kembali kepada komuniti, dari bulan Ramadan hingga ke Syawal,” kata Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

"Hari Raya adalah masanya untuk membuka pintu hati dan rumah kita, serta menghargai hubungan sesama kita yang paling bermakna. Melalui program sambutan ini, kami berharap dapat memanjangkan semangat kemesraan dan ukhwah kepada komuniti yang kami layani, bagi mencipta detik-detik kebersamaan yang mencerminkan erti Raya yang sebenar," tambahnya.

Sambutan yang bermula pada 3 April di restoran pandu-lalu McDonald’s Bandar Baru Bangi, akan diteruskan di lokasi-lokasi terpilih di seluruh negara. Restoran juga dihias dengan tema perayaan, yang mewujudkan suasana Raya yang ceria. Para tetamu turut disajikan dengan persembahan kompang, tarian joget tradisional, hiburan live dan permainan interaktif bersama maskot McDonald’s.

Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti, McDonald’s Malaysia turut akan mengedarkan 1,000 set hidangan Foldover Ayam percuma di setiap lokasi, beserta dengan Pai Epal dan minuman Teh Fuze.

Artis undangan seperti Hael, Merqeen, SonaOne, Alyph, Dayang Nur Faizah, dan Nadeera Zaini akan menghibur tetamu di lokasi terpilih, serta berinteraksi dengan peminat dan jiran tetangga. Antaranya adalah Caliph Buskers yang terkenal dengan kisah perjalanan mereka yang penuh inspirasi dan semangat komuniti yang kuat. Mereka dikenali dengan sifat cekal dan positif, yang mencerminkan komitmen McDonald’s Malaysia terhadap komuniti.

Program sambutan Syawal ini juga mencerminkan komitmen berterusan McDonald’s Malaysia kepada komuniti di mana ia berkhidmat. Berakar umbi di kawasan kejiranan tempatan, McDonald’s mendekati setiap majlis perayaan sebagai satu peluang untuk memberi kembali dan meraikan kepelbagaian budaya tempatan, termasuk Tahun Baru Cina, Hari Gawai, Kaamatan dan Deepavali.

Selain musim perayaan, McDonald’s Malaysia turut melaksanakan lebih 10,000 inisiatif komuniti setiap tahun di lebih daripada 370 restoran, termasuk program kemasyarakatan bersama rumah kebajikan, sekolah dan pelbagai aktiviti bersama komuniti setempat, sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam menyantuni masyarakat di seluruh negara.

--TAMAT--

(Dari Kiri) Azman Mohammad; Pengarah Kanan Jenama McDonald’s Malaysia; Abdul Hamid Ahmad, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pembangunan McDonald’s Malaysia; Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan & Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia menyantuni para pengunjung di McDonald’s Pandu Lalu Bandar Baru Bangi serta anak- anak dari Rumah Bakti Al Kausar dengan juadah McDonald’s Foldover Ayam

(Dari Kiri) Azman Mohammad; Pengarah Kanan Jenama McDonald’s Malaysia; Puan Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia; Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan & Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia; menyantuni para pengunjung di McDonald’s Pandu Lalu Bandar Baru Bangi serta Anak-anak dari Rumah Bakti Al Kausar dengan juadah McDonald’s Foldover Ayam

Anak- anak dari Rumah Bakti Al Kausar yang disantuni di McDonald’s Pandu Lalu Bandar Baru Bangi serta dihidangkan juadah.

Aktiviti permainan yang disediakan di McDonald’s Pandu Lalu Bandar Baru Bangi untuk para pengunjung.

Suasana yang penuh keceriaan sepanjang Majlis Sambutan Syawal bersama Mekdi, yang menampilkan persembahan vokal bertenaga dan mantap oleh artis jemputan seperti Alyph, Hael Husaini, Nadeera Zaini dan Caliph Buskers.