McDonald’s Malaysia Menghargai 500,000 Guru Di Seluruh Negara dengan Baucar Hidangan Percuma McDonald’s Sempena Hari Guru
25 May 2022

KUALA LUMPUR, 23 Mei 2022 – McDonald’s Malaysia mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan buat sumbangan mereka kepada masyarakat. Sempena sambutan Hari Guru, baucar tersebut akan diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan. Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's berdekatan 16 Mei hingga 30 Jun 2022.

Dengan baucar hidangan percuma yang diagihkan, guru boleh menikmati hidangan Spicy Sesame McChicken atau Sausage McMuffin with Egg di mana-mana restoran McDonald’s di seluruh negara.

“Guru memainkan peranan penting memotivasikan murid untuk memenuhi potensi diri mereka. Ini amat penting memandangkan murid-murid adalah generasi pemimpin masa depan negara. Selain dari tanda penghargaan kepada barisan pendidik negara, pemberian baucar ini adalah sebahagian daripada komitmen McDonald's untuk menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya," kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

“McDonald’s Malaysia berbesar hati membelanja guru dengan hidangan McDonald’s sempena Hari Guru. Kami berharap dapat memainkan peranan kami memotivasikan golongan pendidik untuk terus membimbing dan mendidik generasi muda di negara kita untuk memenuhi potensi diri mereka,” kata Dato’ Azmir.

Pengagihan baucar percuma ini adalah satu lagi usaha McDonald’s untuk menghargai guru. Pada 14 Mei lalu, McDonald’s Malaysia telah menyampaikan wang tunai RM5,000 dan trofi kepada 25 pemenang Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s 2022. AGI McDonald’s merupakan anugerah tahunan yang mengajak rakyat Malaysia mencalonkan ‘Cikgu Luar Biasa’ yang menjalankan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki untuk mendidik murid secara menyeluruh.

Tahun ini, McDonald’s Malaysia telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan awam untuk AGI 2022, yang kini memasuki tahun keenam penganjurannya. Sejak diperkenalkan pada tahun 2017, AGI McDonald’s telah menganugerahkan 131 guru yang melakukan yang terbaik untuk mendidik dan membimbing sumber paling berharga negara – anak-anak kita – dalam perjalanan pembelajaran mereka.

McDonald’s juga kini sedang menganjurkan parti Hari Guru di semua restorannya di seluruh negara dan berlanjutan sehingga 30 Jun 2022. Guru dari sekolah-sekolah berdekatan restoran McDonald’s diraikan dengan hidangan enak McDonald’s dan aktiviti permainan menarik. Diperkenalkan pada tahun 2015, sambutan Hari Guru di restoran McDonald’s adalah sebahagian daripada usaha jenama ini untuk memberikan kenangan terindah atau ‘feel-good moments’ kepada semua guru di Malaysia.

Previous Article
McDonald’s Malaysia Iktiraf Guru Luar Biasa melalui Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022
KOTA BHARU, 14 Mei – McDonald’s Malaysia hari ini mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi Mc...
Next Article
UiTM – McDONALD’S MALAYSIA COLLABORATION TO INCREASE GRADUATE EMPLOYABILITY
SHAH ALAM, 10 JUNE 2022 – Universiti Teknologi MARA (UiTM) and McDonald’s Malaysia today inked a Mem...