McDONALD'S MALAYSIA MEMBAYAR ZAKAT KORPORAT SEBANYAK RM180 RIBU KEPADA PUSAT KUTIPAN ZAKAT MELAKA
20 May 2022

Pada 17 Mei 2022, McDonald's telah menganjurkan Majlis Pembayaran Zakat Korporat di Melaka bagi menyerahkan zakat sebanyak RM180,000 kepada Pusat Kutipan Zakat Melaka/MAIM, untuk tahun 2022. Pada majlis tersebut, McDonald's juga telah meraikan Anak-Anak Yatim Kompleks Fatimah Al-Zaharah, dengan menghidangkan mereka juadah Hari Raya serta menyerahkan duit raya.

Melaka adalah negeri ke-6 menerima zakat korporat dari McDonald's Malaysia pada tahun ini. Sehingga tahun 2022, McDonald’s Malaysia akan membayar zakat perniagaan berjumlah RM9.85 juta untuk negeri-negeri di seluruh Malaysia sejak syarikat mula membayar zakat pada tahun 2017.

Previous Article
McDonald’s Malaysia Serah Zakat Perniagaan RM500 ribu Kepada PPZ-MAIWP, Hulur Sumbangan Ramadhan
KUALA LUMPUR, 8 April 2022 - McDonald’s Malaysia hari ini telah menyerahkan zakat perniagaan berjuml...
Next Article
McDonald’s Malaysia Iktiraf Guru Luar Biasa melalui Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022
KOTA BHARU, 14 Mei – McDonald’s Malaysia hari ini mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi Mc...