EN | BM

KUALA LUMPUR, 31 MEI 2025 – Sambutan hari guru yang merupakan acara istimewa dalam masyarakat kita di Malaysia telah diraikan dengan penuh kemeriahan oleh McDonald’s Malaysia sepanjang Mei tahun ini.

Sambutan Hari Guru Mekdi 2025 meraikan hampir 15,000 guru-guru dari lebih 300 buah sekolah di Malaysia, yang mana restoran-restoran McDonald’s secara proaktif mendekati sekolah-sekolah di sekitar lokasi mereka untuk menganjurkan majlis penghargaan, sama disambut di restoran mahupun di kawasan sekolah, dengan menyediakan aktiviti menarik serta menghidangkan makanan McDonald’s. 

Sebagai rangkuman kepada acara yang bermakna ini, McDonald’s Malaysia telah menganjurkan satu majlis sambutan istimewa, khas buat meraikan guru-guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul dan Sekolah Kebangsaan Taman Keramat (1), di McDonald’s Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

“Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia, menyantuni komuniti ini sememangnya adalah salah satu teras syarikat yang kami amalkan, tetapi apabila ia melibatkan sambutan hari guru, senyuman dan gelak-tawa mereka yang ceria itulah yang menjadi pendorong kami untuk menganjurkan sambutan ini selama sembilan tahun berturut-turut. Guru sememangnya komuniti yang istimewa kepada kami dan oleh kerana itu, kami ingin menyuntik  semangat mereka supaya guru dapat sentiasa bersemangat untuk terus mendidik anak bangsa. Terima kasih, cikgu!” kata Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.

Selain menerima sambutan yang penuh kemeriahan, bagi menzahirkan penghargaan kepada para guru, McDonald’s Malaysia juga turut berbesar hati menyumbangkan RM5,000 kepada 10 sekolah terpilih untuk menaik taraf bilik guru. Jumlah keseluruhan sumbangan ini adalah sebanyak RM50,000.

Sejak memulakan inisiatif ini pada tahun 2017, McDonald’s Malaysia telah meraikan Hari Guru setiap tahun. Komitmen jenama ini telah dizahirkan dalam pelbagai bentuk sepanjang tempoh tersebut, termasuk pengagihan 500,000 baucar makanan percuma kepada para guru di seluruh Malaysia pada tahun 2019 dan 2022. Kini memasuki tahun kesembilan, kempen ini terus mencerminkan dedikasi jangka panjang McDonald’s dalam menghargai dan mengangkat peranan para guru di seluruh negara.

Program berteraskan komuniti ini dibawakan oleh Program Komuniti @ McDonald’s, yang mana setiap tahun McDonald’s Malaysia melaksanakan lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan melibatkan setiap lapisan masyarakat menerusi lebih 370 restoran-restorannya di seluruh negara.

Bersempena sambutan hari guru ini, McDonald’s Malaysia sekali lagi menyerlahkan peranan mereka dalam menyantuni, menceriakan dan memberi impak positif kepada komuniti menerusi aktiviti-aktiviti yang dianjurkan setiap tahun.

###