Kempen ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’ McDonald’s Malaysia Berjaya Mengumpulkan RM420,000 Untuk RMHC Malaysia
.jpg)
KUALA LUMPUR, 9 JANUARI 2025 – McDonald’s Malaysia pada hari ini menyerahkan RM420,000 kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC Malaysia) yang merupakan hasil sumbangan RM0.20 daripada setiap pembelian set Prosperity Burger oleh rakyat Malaysia melalui kempen ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’ dari 20 November hingga 31 Disember 2025 yang lalu.
Majlis penyerahan sumbangan yang diadakan di Rumah Ronald McDonald di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) UKM, Cheras ini menandakan satu usaha kolektif yang penting di dalam usaha memberikan harapan dan bantuan kepada keluarga dan kanak-kanak yang memerlukan.
“Kami amat berterima kasih atas keprihatinan rakyat Malaysia yang telah menyokong niat McDonald’s Malaysia untuk menyumbang kembali kepada komuniti sepanjang kempen ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’ melalui pembelian set Burger Prosperity. Kami berbesar hati atas kerjasama berterusan yang dijalinkan dengan RMHC Malaysia sebagai badan kebajikan pilihan kami, dan berharap sumbangan ini akan memberi impak yang bermakna kepada kanak-kanak yang memerlukan di seluruh Malaysia,” kata Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
Sumbangan yang diterima pada hari ini akan digunakan untuk memperkukuh inisiatif-inisiatif RMHC Malaysia yang memberi manfaat kepada kanak-kanak dan keluarga kurang bernasib baik, termasuk penginapan di Rumah Ronald McDonald, penyediaan Bilik Terapi Sensori Ronald McDonald, pembedahan klef bibir dan lelangit melalui program Anugerah Senyuman serta Pek Kembali ke Sekolah.
“RMHC Malaysia amat menghargai para pelanggan McDonald’s yang telah sudi membeli set Burger Prosperity melalui kempen ini. Setiap sen sumbangan yang diterima melalui McDonald’s Malaysia amatlah dihargai dan akan membantu RMHC mengembangkan lagi program-program kami demi mengubah kehidupan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan,” kata Nasri Nordin, Pengurus Besar RMHC Malaysia.
Majlis penyerahan sumbangan ini merupakan simbol kerjasama erat antara McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia dalam menyemai semangat memberi kembali dan kebersamaan, sekaligus memastikan impak positif terhadap komuniti terus berkembang.
###
2.jpg)
Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia; Shamsidar Yahya, Timbalan Setiausaha RMHC Malaysia dan Nasri Nordin, Pengurus Besar RMHC Malaysia; di Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM sempena majlis penyerahan sumbangan hasil Kempen ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’.
.jpg)
Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia; (Tengah) Shamsidar Yahya, Timbalan Setiausaha RMHC Malaysia dan (Ke-5 dari Kanan) Nasri Nordin, Pengurus Besar RMHC Malaysia; bersama-sama keluarga yang sedang menginap di Rumah Ronald McDonald, di majlis penyerahan sumbangan hasil Kempen ‘Prosperity Kembali, Lebih Bererti’.