Anugerah Kemampanan dan CSR Malaysia 2020
24 Nov 2020
Anugerah Kemampanan dan CSR Malaysia 2020's image'

Komitmen McDonald's Malaysia yang sentiasa melaksanakan pelbagai inisiatif kemasyarakatan berterusan telah mendapat pengiktirafan buat tahun ketiga daripada CSR Malaysia. Tahun ini McDonald’s Malaysia telah dinobatkan Anugerah Kemampanan dan CSR Malaysia 2020 (Sustainability & CSR Malaysia Award) untuk kecemerlangan yang menyeluruh dalam sektor makanan dan minuman.

CSR Malaysia telah juga mengiktiraf Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC) atas pelbagai kerja amal yang cemerlang untuk kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia sepanjang tahun 2019.

Semoga sumbangan McDonald’s Malaysia dan RMHC Malaysia dapat membawa sedikit sinar keceriaan kepada komuniti berdekatan restoran-restoran McDonald’s.