McDonald’s Malaysia Serlahkan Semangat Patriotisme, Raikan Bersama Rakyat Malaysia Sepanjang Bulan Kemerdekaan
MELAKA, 31 Julai 2025 – Dalam semangat menyambut Hari Kebangsaan ke-68, McDonald’s Malaysia mengorak langkah penuh patriotik dengan menyertai pelbagai inisiatif merdeka untuk membawa kemeriahan kepada masyarakat Malaysia. Antaranya Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang telah bermula sejak 27 Julai yang lalu dan sambutan Hari Kebangsaan 2025 akan datang di Dataran Putrajaya.
“Sebagai jenama yang membesar bersama rakyat Malaysia sejak 43 tahun lalu, kami percaya sambutan Hari Kebangsaan adalah saat penting untuk kita bersatu, meraikan kepelbagaian, dan meluahkan rasa cinta kepada negara. Oleh itu, McDonald’s Malaysia menyertai inisiatif ini untuk mengambil peranan yang lebih besar sebagai syarikat tempatan, menjadikan restoran-restoran kami sebagai tempat untuk rakyat Malaysia mengukuhkan lagi semangat patriotisme dan perpaduan dengan meraikan kemerdekaan,” kata Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Impak, McDonald’s Malaysia.
Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat, McDonald’s Malaysia menyahut seruan patriotisme ini dengan mengambil bahagian dalam konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2025, sebuah program anjuran Kementerian Komunikasi yang membawa semangat jalur gemilang merentasi seluruh negeri dalam Malaysia.
Konvoi motosikal ini akan menjelajah ke 88 lokasi seluruh Malaysia, dengan 15 lokasi persinggahan bertempat di restoran McDonald’s yang terpilih, bermula di McDonald’s Pandu-Lalu Kluang, Johor pada 28 Julai lalu dan akan berakhir di McDonald’s Pandu-Lalu Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur pada 16 Ogos nanti.
“Pemilihan 15 restoran kami sebagai lokasi rasmi persinggahan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang membuktikan betapa dekatnya jenama McDonald’s dengan rakyat Malaysia. Sama ada dalam perjalanan pulang ke kampung, semasa bercuti, atau sekadar singgah sebentar, McDonald’s sentiasa ada untuk rakyat Malaysia, mencipta detik-detik yang bermakna di setiap perjalanan mereka,” tambah Hajah Melati.
Di setiap lokasi McDonald’s Malaysia akan menyambut peserta konvoi dan pengunjung dengan pelbagai aktiviti bertemakan kemerdekaan termasuk:
● Pengagihan bendera Jalur Gemilang secara percuma,
● Pelekat Pandu-Lalu edisi Merdeka
● Aiskrim kon Sundae McDonald’s percuma
● Baucar makanan edisi khas Merdeka
● Aktiviti interaktif bersama keluarga
● Dekorasi restoran bertemakan Hari Kebangsaan
● Promosi hidangan untuk para pelanggan
● Hadiah menarik khas untuk 100 pengunjung terawal semasa kunjungan konvoi
Antara restoran yang mengambil bahagian dalam Kembara Merdeka Jalur Gemilang adalah McDonald’s Pandu-Lalu Batu Berendam, Melaka hari ini yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk Kids Burger Workshop serta pelepasan konvoi ke lokasi seterusnya.
Selain daripada itu, McDonald’s Malaysia juga berbesar hati untuk mengalu-alukan rakyat Malaysia meraikan sambutan Ambang Merdeka di McDonald’s Pandu-Lalu Putrajaya Presint 2, bermula dari 29 Ogos sehingga 31 Ogos.
Sebagai penutup yang bermakna, McDonald’s Malaysia juga akan mengambil bahagian dalam sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Dataran Putrajaya. Di sini, McDonald’s Malaysia akan mengedarkan sebanyak 50,000 baucar makanan percuma serta 2,500 hadiah edisi terhad Mekdi kepada para pengunjung yang hadir.
Bukan sekadar itu, sepanjang bulan Julai sehingga Ogos ini, McDonald’s Malaysia menerusi lebih 370 restorannya di seluruh negara juga memberi hidangan percuma kepada badan beruniform atas jasa mereka menjaga keamanan dan keselamatan negara tanpa mengira masa demi kesejahteraan rakyat.
Selari dengan ‘Syarikat Malaysia untuk rakyat Malaysia, demi Malaysia’, McDonald’s Malaysia sentiasa mengutamakan rakyat dalam setiap usaha termasuk menyediakan peluang pekerjaan kepada 100% tenaga kerja tempatan, menawarkan pendidikan dan latihan kepada golongan belia, menggunakan perkhidmatan vendor tempatan, serta menyantuni semua lapisan komuniti.
-TAMAT-