EN | BM

PUTRAJAYA, 28 JULAI 2025 – McDonald’s Malaysia terus menghargai sokongan pelanggannya menerusi Konsert Duo Terhangat, acara penutup bergaya bagi Kempen Duo Terhangat yang menggabungkan dua burger kegemaran ramai: Spicy Chicken McDeluxe dan Spicy Lemon Chicken McDeluxe. Acara penuh warna-warni ini menggamatkan suasana malam Jumaat di McDonald's Putrajaya Persint 2 DT, menyatukan muzik, rasa dan semangat rakyat Malaysia.

Konsert ini merupakan yang pertama seumpamanya dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia – sebuah sambutan kreatif dan berimpak tinggi sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia, sambil menyerlahkan kedudukan McDonald’s Malaysia sebagai jenama tempatan yang sentiasa dekat di hati masyarakat Malaysia. 

Barisan artis yang menghangatkan pentas termasuk dua rapper popular tanah air – Tuju dan MK K-Clique – yang mewakili rasa ‘OG’ dan ‘LIT’ dalam Kempen Duo Terhangat. Menurut Chin Mei Lee, Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia, “Tuju dan MK dipilih kerana gabungan mereka sentiasa membawa impak besar – sama seperti kombinasi Spicy Chicken McDeluxe dan Spicy Lemon Chicken McDeluxe yang menjadi kegemaran pelanggan kami.”

Bagi menggandakan impak, mereka turut disertai oleh Loca B, Alyph, SonaOne, dan Benzooloo – menjadikan pentas Konsert Duo Terhangat satu ledakan kepedasan dan tenaga, seperti dua burger kegemaran dalam Kempen Duo Terhangat.

Tambah Mei Lee, konsert ini mencerminkan usaha McDonald’s Malaysia dalam meraikan kecintaan rakyat Malaysia terhadap Spicy Chicken McDeluxe – burger No.1 pilihan pelanggan – serta memperkenalkan semula Spicy Lemon Chicken McDeluxe untuk masa terhad, dengan rasa zesty yang menyegarkan. “Konsert Duo Terhangat adalah lebih daripada sekadar hiburan – ia lambang penghargaan kami buat rakyat Malaysia, sejajar dengan komitmen McDonald’s Malaysia untuk mencipta detik bermakna melalui makanan, budaya dan kreativiti.”

Selain menikmati persembahan artis-artis hangat, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai kejutan menarik – termasuk tiket akses VIP kepada 100 pemenang cabaran media sosial, Spicy Chicken McDeluxe percuma untuk 1,000 pengunjung terawal, serta hadiah ‘Hangat’ dan reruai foto eksklusif – menjadikan malam tersebut satu pengalaman yang sukar dilupakan.

Kempen Spicy Chicken McDeluxe yang berlangsung dari 26 Jun hingga 23 Julai 2025 telah membawa pelbagai promosi dan aktiviti menarik untuk para pelanggan – sekali lagi mengukuhkan kedudukan Spicy Chicken McDeluxe sebagai burger No.1 di McDonald’s Malaysia, dan antara hidangan paling digemari rakyat Malaysia.

-TAMAT-