Aramai Bersama Mekdi Meriahkan Sambutan Pesta Kaamatan Bersama Masyarakat Sabah
McDonald’s Malaysia menganjurkan Aramai Bersama Mekdi sempena Pesta Kaamatan di McDonald’s Keningau, Sabtu lalu
24 MEI 2025, KENINGAU, SABAH – Kemeriahan menyambut perayaan oleh McDonald’s
Malaysia diteruskan lagi, kali ini untuk memeriahkan perayaan tempatan masyarakat Sabah,
Pesta Kaamatan, menerusi acara Aramai Bersama Mekdi untuk pelanggan setia restoran
khidmat segera terkemuka itu di McDonald’s Keningau Pandu-Lalu, Sabah.
Pesta Kaamatan yang cukup popular dengan kemeriahan sempena meraikan kesyukuran
menuai padi ini kini disambut oleh McDonald’s Malaysia buat julung kalinya untuk
menyerlahkan keunikan budaya dan menggamit nostalgia tradisi sambil mengeratkan
semangat kebersamaan masyarakat pelbagai kaum dan etnik di Sabah.
“Pesta Kaamatan merupakan perayaan budaya yang unik dan perlu kita serlahkan supaya
lebih ramai dapat membuka mata terhadap warisan ini. Sebagai syarikat milik tempatan,
kami ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat dalam meraikan Pesta Kaamatan
dengan menggunakan kepakaran kami untuk menganjurkan acara. Ini adalah salah satu
cara kami untuk menghargai rakyat Sabah, dan mengucapkan terima kasih kami yang tidak
terhingga atas sokongan yang telah diberikan selama ini,” kata Dato’ Haji Azmir Jaafar,
Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia.
Selain itu, Pesta Kaamatan yang terkenal dengan kesyukuran ini juga disambut dengan
kemeriahan hiburan dan tradisi pakaian yang memukau. Bagi menghiburkan para tetamu
yang hadir, pelbagai aktiviti dilaksanakan untuk meraikan Pesta Kaamatan melalui
persembahan oleh penyanyi popular seperti Ryenald Guntabid, Kumpulan Mansolo, dan
Kumpulan Atmosfera, dan bagi meraikan tradisi budaya, permainan tradisional dan aktiviti
menarik seperti tarian Magunatip, pertandingan pakaian tradisi terbaik, sesi karaoke dan
dekorasi restoran berkonsepkan perayaan serta persembahan bunga api yang menakjubkan
turut menjadi sorotan rumah terbuka ini.
Menambahkan lagi keceriaan, tetamu terawal turut dihidangkan dengan 1,500 set Spicy
Chicken McDeluxe kegemaran ramai secara percuma di lokasi. Sumbangan ini tidak lain
dan tidak bukan adalah untuk menyerlahkan penghargaan kepada para tetamu yang hadir
serta untuk menghidupkan suasana perayaan yang sebenar. Pelbagai hadiah percuma
seperti baucar makanan dan minuman juga menanti para tetamu yang mengambil bahagian
dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan.
Aramai Bersama Mekdi sempena Pesta Kaamatan ini adalah antara siri program
McDonald’s Malaysia pada tahun ini, yang mana restoran khidmat segera terkemuka itu
menghimpunkan masyarakat daripada pelbagai latar belakang untuk menyambut
kemeriahan perayaan-perayaan tempatan di restoran-restoran McDonald’s terpilih. Antara
yang lain adalah Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Mekdi pada Februari dan Rumah
Terbuka Raya Mekdi pada April lalu.
Bukan sekadar itu, melalui inisiatif kemasyarakatan McDonald’s Malaysia, restoran pilihan
keluarga terkemuka tersebut turut meraikan komuniti yang kurang bernasib baik dengan
meraikan perayaan dan sambutan bersama warga emas dan anak-anak yatim di rumah-
rumah kebajikan antaranya meraikan Tahun Baru Cina, Ramadan, Hari Raya Aidilfitri, Hari
Bapa dan Hari Kanak-Kanak. Setiap tahun, hampir 10,000 aktiviti kemasyarakatan
dijalankan oleh McDonald’s Malaysia menerusi lebih 370 restorannya di seluruh negara.
###