Terma-terma dan Syarat-Syarat Perkhidmatan Atas Talian McDonald's (MALAYSIA)

Tarikh dikemaskini: 13 Jun 2022

PENTING: SILA BACA DENGAN TELITI DAN FAHAMI TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT INI ("TERMA-TERMA"). IA MENGANDUNGI PERUNTUKAN YANG MEMBATAS LIABILITI MCDONALD'S DAN LAIN-LAIN PERUNTUKAN YANG MEMPUNYAI KESAN TERHADAP HAK ANDA DI SISI UNDANG-UNDANG.

Dengan memasang, mengakses atau menggunakan laman sesawang, aplikasi mudah alih, penerimaan berita secara emel dan melalui langganan, dan lain-lain kaedah digital yang membuat rujukan kepada terma-terma ini, anda telahpun menjadi pihak kepada satu perjanjian yang mengikat anda dengan GERBANG ALAF RESTAURANTS SDN BHD ("McDonald's", "kami" atau "kita") di Malaysia, yang beroperasi dari ibupejabatnya di Aras 6, Bangunan TH, Damansara Uptown 3, No. 3 Jalan SS21/39, 47400 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Dengan menerima terma-terma ini, anda juga faham dan bersetuju dengan Kenyataan Privasi McDonald's, yang telah dianggap telah termasuk dan menjadi sebahagian daripada perjanjian ini. Kenyataan Privasi kami menjelaskan bagaimana kami mendapatkan, menggunakan dan berkongsi maklumat.

Perkhidmatan Perkhidmatan atas talian tidak dimaksudkan untuk kegunaan, atau disasarkan, kepada mana-mana orang yang berumur di bawah 16 tahun. Anda hendaklah berumur sekurang-kurangnya 16 tahun untuk menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian. Sekiranya anda belum berumur 18 tahun (atau usia majoriti sah jika ianya berbeza menurut bidang kuasa negara anda), anda mestilah membaca terma-terma ini dengan ibubapa atau penjaga anda dan mereka hendaklah faham dan bersetuju dengan terma-terma ini untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian.

Sekiranya ibubapa atau penjaga anda tidak bersetuju dengan terma-terma ini, anda hendaklah berhenti daripada menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian dan meminta McDonald's membatalkan sebarang akaun perkhidmatan Perkhidmatan atas talian yang telah anda cipta. Anda boleh meminta pembatalan akaun dengan menghantar emel kepada https://www.mcdonalds.com.my/contact, dan sila nyatakan alamat emel akaun yang anda hendak batalkan.

1. Mengenai Perkhidmatan Perkhidmatan atas talian.

Kesediaan Produk dan Perkhidmatan. Produk dan perkhidmatan McDonald's boleh didapati di sebahagian besar tempat di seluruh dunia. Walaubagaimanapun, perkhidmatan Perkhidmatan atas talian mungkin akan menyatakan produk dan perkhidmatan yang tidak boleh anda dapati di seluruh dunia.

Patuhi Undang-Undang Jalanraya. Apabila anda menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian, anda hendaklah patuh kepada undang-undang jalanraya dan lain-lain garis panduan dan peraturan yang terpakai. ANDA DILARANG MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN SEMASA ANDA MEMANDU ATAU SEMASA BERADA DI BELAKANG RODA KEMUDI ATAU SEMASA ANDA SEDANG MENGAWAL KENDERAAN YANG SEDANG BERJALAN ATAU TIDAK BERADA DI KEDUDUKAN MELETAK KERETA (“PARK”). Bagi tujuan keselamatan anda pada setiap masa, anda hanya boleh mengunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian dalam keadaan dimana ianya dibenarkan oleh undang-undang dan selamat untuk berbuat demikian.

Anda bertanggungjawab keatas alat peranti dan akaun anda. Anda bertanggungjawab ke atas sebarang alat peranti, perisian dan perkhidmatan yang diperlukan untuk menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian. McDonald's tidak memberi sebarang jaminan bahawa perkhidmatan Perkhidmatan atas talian akan berfungsi sepenuhnya dengan sebarang alat peranti atau sebarang perisian. Anda juga bertanggungjawab ke atas caj perkhidmatan untuk perkhidmatan penghantaran mesej dan data, fee dan cukai ke atas penggunaan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian anda, termasuk semasa kami berkomunikasi dengan anda melalui teks, emel atau lain-lain kaedah pilihan anda. Anda hanya boleh menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian dengan menggunakan peranti milik anda atau yang berada di bawah kawalan anda dan dengan menggunakan sistem operasi yang dibenarkan (contohnya, Apple iPhoneOS untuk peranti-peranti Apple). Jika anda mencipta akaun perkhidmatan Perkhidmatan atas talian, anda bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan akaun berkenaan dan segala aktiviti dibawah akaun tersebut. Anda hanya boleh menggunakan satu akaun perkhidmatan Perkhidmatan atas talian dan memastikan maklumat akaun berkenaan adalah tepat pada setiap masa.

Hak McDonald's untuk mengemaskini atau menamatkan perkhidmatan atas talian. Anda faham dan bersetuju bahawa McDonald's (samada dengan pemberian notis atau sebaliknya) berhak mengemaskini, mengubah atau menamatkan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian (atau hak anda untuk mengaksesnya) dari semasa ke semasa, termasuklah memuat masuk kemaskini tersebut ke (atau mengeluarkan fungsi-fungsi atau akses daripada) mana-mana aplikasi McDonald's yang telah berada di alat peranti anda.

Mengemaskini terma-terma ini. McDonald's juga boleh mengemaskini terma-terma ini pada bila-bila masa dan atas budibicaranya sendiri. Sekiranya McDonald's membuat pindaan yang besar kepada terma-terma ini, kami akan memaklumkannya kepada anda melalui kaedah-kaedah yang munasabah seperti memasukkan terma-terma baru tersebut ke dalam perkhidmatan atas talian. Jika anda tidak bersetuju dengan pindaan tersebut, anda hendaklah dengan serta-merta berhenti daripada menggunakan perkhidmatan atas talian dan meminta supaya McDonald's menutup akaun perkhidmatan atas talian yang telah anda cipta. Untuk menutup akaun anda, anda boleh melayari https://www.mcdonalds.com.my/contact.

Perniagaan dan Operator Restoran Bebas. Meskipun McDonald's mengawalselia perkhidmatan Perkhidmatan atas talian, ianya tidak bertanggungjawab ke atas operasi hampir keseluruhan restoran-restoran. Terdapat banyak restoran-restoran yang dimiliki dan dijalankan oleh franchisi-franchisi bebas McDonald's. Tiap-tiap restoran adalah masing-masing bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang dan regulasi, yang terpakai kepada apa-apa isu berhubung pemberian produk kepada anda, dan apa-apa isu berhubung pekerja di restoran. Nama penuh dan alamat restoran adalah tercatat didalam resit anda.

Pautan peluang pekerjaan daripada perkhidmatan atas talian. McDonald's dan semua restoran-restoran adalah merupakan majikan yang komited di dalam memberi peluang yang sama-rata kepada pelbagai tenaga kerja. Perkhidmatan Perkhidmatan atas talian mungkin menyediakan pautan peluang pekerjaan samada di McDonald's atau di restoran-restoran. Peluang-peluang ini adalah khas kepada pekerjaan di restoran-restoran sahaja (dalam erti kata lain dengan anak syarikat atau franchise) dan bukannya dengan McDonald's atau syarikat induknya. Ini bermaksud restoran yang menyediakan pautan peluang pekerjaan berkenaan sahaja yang bertanggungjawab ke atas syarat-syarat pekerjaan, keputusan pengambilan pekerja dan lain-lain perkara yang melibatkan pekerjaan di dalam perniagaan restoran tersebut. McDonald's atau syarikat induknya tidak akan menerima sebarang permohonan pekerjaan di restoran franchisi, tidak mempunyai kawalan samada anda diberi peluang untuk ditemuduga atau diambil bekerja, dan juga tidak menentukan polisi-polisi dan amalan-amalan pekerjaan. Franchisi tidak bekerja dengan McDonald's atau McDonald's Corporation. Sekiranya anda diterima bekerja di restoran franchisi, franchisi tersebutlah yang akan menjadi majikan anda, dan bukannya McDonald's atau syarikat induknya.

Bagaimana untuk menghubungi kami. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau komen berhubung perkhidmatan atas talian, sila rujuk ke bahagian Hubungi Kami di dalam perkhidmatan atas talian atau anda juga boleh melawat laman https://www.mcdonalds.com.my/contact.

2. Amalan-amalan berkaitan maklumat dan komunikasi dengan anda.

Kenyataan Privasi McDonald's. Kenyataan Privasi kami mengandungi amalan-amalan berkaitan maklumat, termasuk bagaimana kami mendapatkan, menggunakan dan berkongsi maklumat.

Bagaimana kami berkomunikasi dengan anda. Melalui perkhidmatan Perkhidmatan atas talian, anda boleh memilih untuk menerima emel, mesej teks di nombor telefon bimbit yang anda berikan kepada kami atau pemberitahuan (push notification) daripada McDonald's. Apabila anda memilih untuk menerima komunikasi-komunikasi sebegini, anda memahami dan bersetuju bahawa anda akan menerima mesej-mesej berbentuk pemasaran, transaksi dan lain-lain mesej daripada McDonald's. McDonald's boleh menggunakan maklumat yang anda berikan kepada kami untuk berkomunikasi dengan anda sebagaimana yang diterangkan didalam Kenyataan Privasi McDonald's.

Pilihan untuk menarik diri secara amnya daripada berkomunikasi. Anda mempunyai pilihan tentang bagaimana kami berkomunikasi dengan anda. Secara amnya, anda akan dapat melihat pilihan-pilihan anda dan bagaimana anda boleh membuat pilihan tersebut di bahagian profil dalam perkhidmatan Perkhidmatan atas talian yang anda gunakan. Anda juga boleh menukar pilihan-pilihan komunikasi anda melalui tetapan alat peranti anda. Selain itu, komunikasi kami kepada anda juga mungkin akan menyediakan kaedah untuk membolehkan anda membuat pilihan untuk menarik diri daripada berkomunikasi. Anda faham dan bersetuju bahawa anda mungkin dikehendaki untuk menguruskan pilihan-pilihan anda secara berasingan bergantung kepada tiap-tiap kaedah berkomunikasi. Contohnya, jika membuat pilihan untuk tidak menerima emel pemasaran kami, anda masih boleh menerima mesej teks pemasaran kami sekiranya anda membuat pilihan untuk menerimanya. Walaupun kami akan mengambil langkah yang terbaik untuk memudahkan cara anda membuat pilihan untuk berkomunikasi dengan kami, anda mungkin akan dikehendaki untuk menguruskan pilihan-pilihan anda untuk setiap perkhidmatan Perkhidmatan atas talian. Harap maklum bahawa untuk komunikasi yang berkaitan dengan akaun dan transaksi, anda akan hanya boleh berhenti menerima komunikasi-komunikasi sedemikian jika anda menamatkan akaun perkhidmatan Perkhidmatan atas talian anda.

3. Menghantar pesanan ke restoran.

Bahagian ini adalah terpakai untuk pesanan yang anda buat menggunakan perkhidmatan atas talian. Sila baca bahagian ini sebelum anda membuat pesanan ke restoran menggunakan perkhidmatan atas talian. Harap maklum bahawa kaedah pesanan ini mungkin tidak tersedia menerusi semua perkhidmatan atas talian. Sila lihat Soalan Lazim di aplikasi atau laman web kami untuk maklumat lebih lanjut mengenai kaedah pesanan.

Mengenai pesanan.

Tujuan pesanan adalah untuk memberi pelanggan cara yang mudah untuk membuat pesanan awal produk terlebih dahulu dan menghantarkan pesanan mereka ke restoran yang mengambil bahagian.

Untuk membuat pesanan menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian, anda perlu mempunyai akaun Aplikasi McDonald's yang berdaftar. Maklumat berikut diperlukan untuk pendaftaran: nama pertama dan keluarga, dan alamat e-mel.

Mendaftar kaedah pembayaran anda.

Sebelum menghantar pesanan, anda perlu mendaftar kad kredit atau kad debit (salah satu, "kad pembayaran") untuk digunakan dengan pesanan anda.

McDonald's dan restoran menggunakan penyedia pihak ketiga untuk menyimpan maklumat kad pembayaran anda dan memproses pembayaran anda ke restoran dengan selamat. Anda faham dan setuju bahawa, semasa anda mendaftarkan kad pembayaran, McDonald's atau penyedia pihak ketiga boleh mengesahkan bahawa kad pembayaran yang telah anda daftarkan adalah sah. Anda juga memahami dan bersetuju bahawa apabila anda memesan untuk membuat pembelian dari restoran, restoran tersebut akan direkodkan sebagai penjual. Restoran mungkin memerlukan maklumat selain kod pesanan anda untuk mengesahkan pembelian anda. Anda membuat representasi dan berwaad bahawa anda adalah cukup umur dan mempunyai semua hak undang-undang untuk menggunakan semua kad pembayaran yang telah anda daftarkan.

Anda membeli produk terus dari restoran.

Apabila anda membuat pesanan, anda menghantar pesanan tersebut terus ke restoran yang mengambil bahagian dan kontrak untuk membekalkan produk akan berlaku antara anda dan restoran yang menerima pesanan anda. Restoran yang anda pilih untuk mengambil produk adalah bertanggungjawab untuk menyediakan produk berkenaan dan memberikannya kepada anda. Anda seterusnya faham dan bersetuju bahawa anda membeli secara langsung dari restoran (dan bukan McDonald's Corporation atau entiti McDonald lain) dan bahawa McDonald's Corporation atau entiti McDonald lain tidak mempunyai sebarang tanggungjawab berkaitan atau berhubung dengan produk yang anda beli dari restoran dengan menggunakan kaedah pesanan.

Ubah suai, membayar dan menghantar pesanan anda ke restoran.

Anda boleh menggunakan mengubah suai pesanan anda dan menghantarkannya ke restoran yang mengambil bahagian mengikut pilihan anda. Anda membuat pembelian anda dan kad pembayaran anda akan dicaj semasa anda menekan "Bayar Sekarang" pada perkhidmatan Perkhidmatan atas talian. Anda seterusnya akan menerima nombor pesanan. Pesanan yang dibuat mesti diambil secara sendiri dari restoran yang dipilih.

Pilihan Pesanan Anda.

Anda boleh membuat pilihan berikut untuk mengambil pesanan Perkhidmatan atas talian anda:

  • Pengambilan termasuk Pandu Lalu, Bawa Balik, Makan di Restoran atau Pandu Masuk (hanya tersedia di beberapa lokasi).

Menyediakan pesanan anda.

Semua produk bergantung pada ketersediaannya di restoran tempat anda membuat pesanan anda.

Apabila anda memilih restoran anda, anda boleh lihat waktu menu sarapan atau menu biasa untuk restoran tersebut. Apabila anda memilih pilihan untuk pengambilan secara Bawa Balik atau Pandu Lalu, anda akan melihat waktu perkhidmatan untuk sesuatu pilihan tersebut (Contohnya 6 pagi - tengah malam). Sekiranya anda tiba setelah restoran ditutup, anda tidak dapat mengambil pesanan anda dan pembayaran anda tidak akan dikembalikan. Pastikan anda tiba tepat pada waktu sebelum anda mengesahkan dan membuat pembayaran.

Semasa membuat pesanan yang hendak diambil di kaunter, anda akan menerima mesej pemberitahuan berkenaan jumlah minit untuk menyiapkan pesanan anda. Setelah anda mengesahkan dan membuat pembayaran, pesanan anda akan mula disiapkan. Sekiranya perkhidmatan lokasi anda diaktifkan dan anda berada jauh dari restoran, anda mungkin akan menerima mesej untuk anda mengesahkan samada anda sudah bersedia untuk membayar dan untuk pesanan tersebut disediakan. Sekiranya anda tidak mengaktifkan perkhidmatan lokasi, pesanan anda akan disiapkan sejurus selepas pembayaran. Pastikan anda tiba tepat pada waktunya.

Semasa membuat pesanan anda untuk diambil di Pandu Lalu, selepas anda mengesahkan pesanan dan membuat bayaran, pesanan anda akan disiapkan semasa anda tiba di laluan Pandu Lalu dan memaklumkan nombor pesanan anda. Sila pastikan anda mengambil pesanan anda di Pandu Lalu dalam masa dua jam selepas membuat pembayaran atau sebelum restoran tersebut ditutup, mana-mana yang lebih awal. Pesanan hidangan sarapan anda perlulah diambil sebelum waktu menu sarapan ditukar ke waktu menu biasa. Sekiranya anda memilih untuk mengambil di Pandu Lalu dan anda tiba setelah menu ditukar atau jika mana-mana produk yang anda pilih tidak lagi tersedia, maka anda perlu memberitahu kru restoran.

Semasa membuat pesanan anda untuk diambil di Pandu Masuk atau untuk Makan di Restoran, sebaik sahaja anda tiba di restoran, anda perlu memasukkan nombor tempat letak kenderaan Pandu Masuk atau nombor meja anda ke dalam Aplikasi sebelum anda membuat pembayaran. Setelah anda mengesahkan dan membuat pembayaran, pesanan anda akan disiapkan. Setelah pesanan siap, kru resotran akan menyapa anda di tempat letak kereta atau nombor meja yang anda masukkan dan memberikan pesanan anda.

Ada beberapa restoran yang tidak menjual semua produk. Imej produk dan pembungkusan pada perkhidmatan Perkhidmatan atas talian adalah contoh sahaja dan mungkin tidak sama dengan produk atau pembungkusan yang anda terima dari restoran. Perbezaan mungkin disebabkan oleh paparan warna peranti anda dan faktor-faktor seperti ramuan yang digunakan, pembekal, wilayah negara, dan musim tahun semasa.

Mengenai harga mengikut pesanan.

Setiap restoran bebas menentukan harga sendiri dan mengenakan cukai dan caj tambahan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang. Tawaran dan harga tertentu mungkin tidak tersedia untuk semua pesanan di semua lokasi. Sekiranya anda menemui kesalahan dalam harga produk yang dikenakan kepada anda, hubungi restoran di mana anda membeli produk tersebut untuk mendapatkan bayaran balik perbezaan jumlahnya.

Perkhidmatan lokasi.

Anda mungkin perlu mengaktifkan perkhidmatan lokasi pada peranti anda untuk mendapat kesenangan pilihan automatik restoran berdekatan anda dan membolehkan pemantauan lokasi jika anda berada jauh ketika anda menghantar dan membayar pesanan anda. Sekiranya anda tidak mengaktifkan perkhidmatan lokasi, atau jika anda tidak mahu memesan dari restoran berdekatan, anda hendaklah membuat pilihan restoran secara manual.

Membayar pesanan anda.

Apabila anda menetapkan "Bayar Sekarang", anda membenarkan restoran memproses pesanan anda. Penyedia perkhidmatan pembayaran restoran akan memproses pembayaran anda dan mengecaj kad pembayaran yang anda pilih semasa anda membuat pesanan. Anda mungkin menerima pemberitahuan pesanan bahawa restoran telah menerima pesanan anda dan sedang menyediakannya. Produk dalah menjadi milik anda setelah anda mengambilnya.

Bagaimana jika saya menghadapi masalah dengan pembayaran atau mahukan bayaran balik?

Sila hubungi bank anda jika anda mempunyai pertanyaan mengenai caj yang tertera di penyata kad pembayaran anda atau untuk mempertikaikan transaksi restoran dengan bayaran pada kad pembayaran anda. Bank anda dapat memberi nasihat mengenai polisi bank anda dan dapat memberitahu anda mengenai polisi mereka tentang bila mereka melepaskan caj yang belum diselesaikan.

Apa yang perlu saya lakukan sekiranya saya mengesyaki adanya aktiviti penipuan di akaun saya?

Sekiranya anda percaya terdapatnya caj yang salah atau tidak sah muncul di penyata akaun anda, anda harus segera menghubungi bank anda. Anda juga harus segera mengemas kini kata laluan anda. Pakar keselamatan mengesyorkan agar individu menggunakan kerumitan kata laluan yang baik dan kombinasi nama pengguna dan kata laluan yang berbeza untuk setiap akaun.

Membatalkan pesanan, bayaran balik dan hak pengguna anda.

Anda boleh mengemas kini atau meninggalkan pesanan anda pada bila-bila masa sehingga anda mengesahkan dan membayar pesanan anda. Namun, setelah anda mengesahkan dan membayar pesanan anda, anda tidak boleh membatalkannya. Bayaran balik tidak akan diberikan untuk kesilapan yang anda lakukan semasa membuat pesanan atau pengambilan, contohnya, mengambil dari atau terpilih restoran yang salah, pesanan yang tidak diambil melangkaui waktu atau pertukaran menu (daripada waktu menu sarapan ke waktu menu biasa) atau waktu penutupan operasi restoran yang dinyatakan dalam aplikasi.

Sekiranya anda ingin mendapatkan bayaran balik, termasuk jika produk tersebut tidak memuaskan atau untuk alasan lain, sila hantarkan permintaan anda ke https://www.mcdonalds.com.my/contact.

Hak undang-undang anda dalam hal ini tidak dipengaruhi oleh apa-apa yang terkandung didalam terma ini.

4. Tawaran dan mata kesetiaan.

Kenyataan am. Terma-terma ini menerangkan kepada anda tentang Program Ganjaran MyMcDonald’s.

Kelayakan dan pendaftaran. Untuk mendaftar dalam Program Ganjaran MyMcDonald’s, anda mesti mendaftar akaun untuk menggunakan Perkhidmatan atas Talian. Pelanggan yang mendaftarkan akaun untuk menggunakan Perkhidmatan atas Talian sebelum pelancaran Program Ganjaran MyMcDonald’s boleh mendaftar dengan terus meneruskan menggunakan Perkhidmatan atas Talian pada atau selepas tarikh pelancaran Program Ganjaran MyMcDonald’s.

Tawaran. Anda akan berkemungkinan menerima tawaran melalui Perkhidmatan atas Talian. Terma umum berikut adalah terpakai untuk tawaran sedemikian: (1) tawaran hanya boleh didapati melalui Perkhidmatan atas Talian tertentu dan untuk produk yang ditunjukkan dan tertakluk kepada ketersediaan, di restoran yang mengambil bahagian sahaja, dan sehingga tarikh tamat tempoh; (2) masa hidangan dinyatakan (cth., tawaran tertentu untuk bukan waktu sarapan mungkin tidak tersedia pada waktu hidangan sarapan pagi); (3) melainkan dinyatakan sebaliknya setiap tawaran tamat tempoh pada waktu penebusan; (4) hanya satu tawaran boleh digunakan bagi setiap kunjungan restoran (5) tawaran tidak boleh dipindah milik; (6) tiada alternatif tunai; dan (7) tawaran boleh ditebus melalui restoran di kaunter, kiosk atau pandu lalu & melalui ciri aplikasi Pesan & Ambil. Buat masa ini, tawaran tidak boleh ditebus dengan menggunakan perkhidmatan Penghantaran McDonald's. Di samping itu, mungkin terdapat syarat-syarat tertentu yang terpakai kepada tawaran sebagaimana yang dinyatakan di sebelah tawaran tersebut di dalam aplikasi.

Cara menebus tawaran. Anda menebus tawaran apabila anda membuat pesanan melalui ciri aplikasi Pesan & Ambil di McD App atau di kaunter dengan mengimbas kod QR tawaran atau membacakan kod alfanumerik kepada kru yang mengambil pesanan anda atau kiosk dengan mengimbas kod QR tawaran atau di Pandu Lalu dengan mengimbas tawaran kod QR atau membacakan kod alfanumerik kepada kru yang mengambil pesanan anda.

Bagaimana untuk memperolehi mata ganjaran. Anda akan mendapat mata ganjaran berdasarkan nilai pembelian anda yang layak pada kadar 10 mata untuk setiap RM1 pembelian yang sah.

Sebarang pembelian Baucar Tunai McDonald's tidak sah untuk menerima mata untuk program Ganjaran MyMcDonald’s.

Mata Ganjaran akan diberikan berdasarkan jumlah perbelanjaan yang layak di McDonald’s Malaysia, tidak termasuk cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan pada jumlah resit.

Anda memperoleh mata daripada pembelian yang sah di restoran yang mengambil bahagian apabila anda membuat pesanan anda:

  • melalui ciri aplikasi Pesan & Ambil; atau
  • melalui laman web; atau
  • aplikasi untuk perkhidmatan Penghantaran McDonald's; atau
  • di kaunter atau kiosk dengan mengimbas kad kesetiaan digital anda; atau
  • di Pandu Lalu dengan mengimbas kad kesetiaan digital anda atau membacakan kod alfanumerik kepada kru yang mengambil pesanan anda.

Jika anda tidak mengikuti proses ini pada masa pembelian, anda tidak akan memperoleh mata ganjaran atau mempunyai sebarang cara untuk menuntutnya. Mungkin terdapat kelewatan sehingga 24 jam sebelum mata ganjaran yang anda perolehi ditambahkan pada akaun anda.

Bonus kempen atau promosi. Daripada semasa ke semasa, McDonald's mungkin menawarkan kempen bonus atau pemecut mata ganjaran yang membolehkan anda memperoleh mata dengan cara baharu dan berbeza. Sebarang maklumat lanjut mengenai bonus kempen atau promosi hendaklah disediakan dalam konteks kempen atau promosi tersebut.

Mata maksimum yang anda boleh perolehi. Baki mata ganjaran maximum untuk setiap akaun adalah terhad kepada 25,000 mata ganjaran dan terhad kepada 10 pembelian (memperoleh mata ganjaran) setiap hari. Sekiranya anda telah mencecah mata ganjaran maximum atau had harian, anda tidak akan layak untuk memperoleh mata ganjaran untuk pembelian yang seterusnya.McDonald's berhak untuk menukar nilai ini Siling Ganjaran dengan atau tanpa sebarang notis terdahulu.

Menebus mata ganjaran anda. Anda boleh menebus mata ganjaran anda di restoran yang mengambil bahagian, samada untuk mendapatkan produk percuma, atau diskaun pada mana-mana produk di Menu Ganjaran ("Produk Boleh Tebus"). Anda mesti menggunakan aplikasi McDonald's untuk menukar mata ganjaran anda kepada tawaran yang dipilih daripada Menu Ganjaran.

Anda menebus tawaran apabila anda membuat pesanan anda:

  • melalui ciri aplikasi Pesan & Ambil; atau
  • di kaunter dengan mengimbas tawaran kod QR atau membacakan kod alfanumerik kepada kru yang mengambil pesanan anda; atau
  • atau kiosk dengan mengimbas tawaran kod QR; atau
  • di Pandu Lalu dengan mengimbas tawar an kod QR atau membacakan kod alfanumerik kepada kru yang mengambil pesana anda.

Notis – Pada masa ini, tawaran tidak boleh ditebus dengan menggunakan perkhidmatan Penghantaran McDonald's.

Menu Ganjaran. Produk Boleh Tebus dan jumlah mata ganjaran yang diperlukan untuk setiap Produk Boleh Tebus terkandung dalam Menu Ganjaran pada aplikasi.

Tamat tempoh mata ganjaran. Mata ganjaran akan tamat tempohnya pada penghujung bulan tahun berikutnya mata ganjaran tersebut diperolehi.

Bayaran balik.

McDonald's berhak untuk menolak mata ganjaran pada bila-bila masa jika produk dipulangkan atas sebarang sebab dan bayaran balik penuh atau sebahagian daripada harga pembelian akan diberikan. Ini juga terpakai kepada pertukaran produk, melainkan pertukaran adalah untuk produk dengan nilai mata yang setara.

Aktiviti Mencurigakan.

McDonald's berhak mengambil tindakan yang difikirkan sesuai, termasuk membatalkan atau menggantung akaun anda dan mata ganjaran yang terkumpul sekiranya kami mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan mengenai akaun anda termasuk tetapi tidak terhad kepada:
(i) terlibat dalam aktiviti haram atau penipuan;
(ii) membekalkan atau cuba memberikan maklumat palsu atau mengelirukan, atau membuat gambaran yang salah kepada McDonald's atau restoran yang mengambil bahagian; atau
(iii) menjual, menyerahkan, memindahkan atau memperoleh, atau menawar untuk menjual, menyerahkan, memindahkan atau memperoleh apa-apa ganjaran, faedah atau mata selain yang sesuai dengan terma dan syarat ini; atau
(iv) pengumpulan ganjaran, faedah atau mata yang terlalu berlebihan (melalui penipuan atau cara lain).

Pelbagai.

Mata ganjaran tidak mempunyai nilai tunai. Mata ganjaran tidak boleh dipindah milik.

Umum.

Setiap seorang hanya boleh memiliki satu akaun MyMcdonald’s Rewards pada setiap satu masa.

Anda bertanggungjawab untuk mengemas kini sebarang perubahan nama, e-mel atau maklumat lain secepat mungkin sejurus setelah perubahan tersebut dilakukan. McDonald's tidak bertanggungjawab atas kegagalan pelanggan untuk mengemas kini butiran mengikut klausa ini.

McDonald’s berhak untuk menghentikan Program Ganjaran MyMcDonald’s sekiranya berlaku sesuatu perkara yang di luar kawalan yang menyebabkan ianya tidak lagi boleh dijalankan.

McDonald berhak untuk tidak menerima Kupon Tawaran / Mata Ganjaran Kesetiaan jika pada pendapat wajarnya, Aplikasi, Kupon Tawaran / Mata Ganjaran Kesetiaan berkenaan telah diubahsuai.

Akaun akan ditamatkan secara automatik apabila pemegang akaun meninggal dunia. Setem atau Mata Ganjaran yang diperoleh tetapi belum ditebus akan dibatalkan. McDonald's tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan yang dialami oleh pihak mana-mana akibat pembatalan tersebut.

McDonald's memiliki pegangan sah atas semua bahan dan iklan sepanjang masa berkaitan dengan kupon Tawaran dan Program Ganjaran MyMcDonald’s bersama-sama dengan semua hak harta intelek di dalam dan di atas bahan dan iklan untuk kupon Tawaran dan Program Ganjaran MyMcDonald’s.

Dengan mengambil bahagian dalam Program Ganjaran MyMcDonald’s bererti anda telah menerima syarat-syarat ini dan tafsiran yang ditetapkan berdasarkan undang-undang dan bidang kuasa yang termaktub di Malaysia.

Anda bersetuju bahawa perkara berikut tidak akan dianggap sebagai penyertaan yang sah dalam kupon Tawaran dan Program Ganjaran MyMcDonald’s:

  • apa-apa pembelian (termasuk melalui pihak ketiga (contohnya eBay)), penjualan, tawaran untuk menjual, pemberian atau transaksi lain melibatkan kupon Aplikasi atau Tawaran dan/atau Ganjaran MyMcDonald’s, Mata/Ganjaran Program Kesetiaan melainkan sebagaimana yang dinyatakan secara jelas dalam syarat ini,
  • apa-apa penggunaan untuk tujuan apa pun, kecuali yang dibenarkan secara jelas dalam syarat ini, pengiklanan McDonald's, ciri yang diambil dari iklan tersebut, dan / atau hak kekaryaan intelektual dalam atau lebih dari iklan tersebut, dan
  • sebarang pelanggaran syarat oleh anda.

Tiada apa-apa perkara di dalam syarat ini yang mempengaruhi hak undang-undang anda. McDonald's boleh (mengikut budi bicaranya) menolak untuk surat-menyurat kecuali dimasukkan ke dalam surat-menyurat kecuali dinyatakan dalam syarat ini.

Semua arahan, terma dan syarat mengenai sebarang iklan atau bahan promosi terkemudiain yang berkaitan dengan Program Ganjaran MyMcDonald’s adalah merupakan sebahagian daripada syarat-syarat ini. Sekiranya berlaku sebarang konflik, peruntukan di sini akan mengatasi semua arahan, terma dan syarat lain tersebut. Ungkapan yang telah didefinisikan di atas hendaklah mempunyai makna yang sama apabila digunakan dalam sebarang arahan, terma dan syarat lain di mana konteksnya terpakai.

Anda boleh, pada bila-bila masa, membatalkan akaun anda dengan memilih ‘Padam Akaun’ di bahagian Profil Aplikasi. Setelah pembatalan disahkan, semua tawaran, Program Ganjaran MyMcDonald’s, Mata Ganjaran/Baucar yang terkumpul di akaun anda akan luput dengan serta-merta. Oleh itu, McDonald's mengesyorkan agar pelanggan merancang semua pembatalan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kehilangan ganjaran terkumpul yang tidak disengajakan. Setelah tamat tempohnya, sebarang ganjaran mata tidak boleh digantikan semula.

Anda membeli produk terus dari restoran. Apabila anda menebus tawaran didalam Program Ganjaran MyMcDonald’s, Mata Ganjaran Kesetiaan anda menebusnya secara langsung dengan restoran yang mengambil bahagian dan kontrak untuk membekalkan produk akan berlaku antara anda dan restoran yang menerima pesanan anda (dan bukan dengan McDonald's mahupun syarikat-syarikat Ahli Sistem McDonald's yang lain). Restoran yang menyediakan pesanan anda adalah bertanggungjawab untuk menyediakan produk dan memberikannya kepada anda.

McDonald's Corporation mahupun anak syarikatnya, sekutu, francaisi, ejen, wakil, dan agensi mereka serta pegawai, pengarah, pekerjanya dan "syarikat-syarikat Ahli Sistem McDonald’s" tidak bertanggungjawab atau mempunyai sebarang kaitan dengan produk yang anda beli dari restoran.

Mengenai produk dalam Perkhidmatan atas Talian. Semua produk bergantung pada ketersediaan di restoran tempat anda membuat pesanan. Ada beberapa restoran tidak menjual semua produk. Imej produk dan pembungkusan pada Perkhidmatan atas Talian adalah contoh sahaja dan mungkin tidak serupa dengan produk atau pembungkusan yang anda terima dari restoran. Perbezaan mungkin disebabkan oleh paparan warna atau faktor peranti anda seperti ramuan yang digunakan, pembekal, wilayah negara dan musim dalam setahun.

Mengenai harga mengikut pesanan. Setiap restoran adalah bebas untuk menentukan harga produk masing-masing dan juga bebas mengenakan kadar cukai penjualan dan perkhidmatan tempatan atau apa-apa bayaran yang dikehendaki oleh peruntukan undang-undang. Harga produk adalah termasuk cukai jualan dan perkhidmatan di Malaysia. Tawaran dan harga tertentu mungkin tidak tersedia untuk semua pesanan di semua lokasi. Sekiranya anda menemui kesalahan dalam harga produk yang dikenakan kepada anda, sila hubungi restoran tempat anda membeli produk tersebut untuk mendapatkan bayaran balik perbezaan jumahnya.

Bayaran balik dan hak pengguna anda. Jika anda ingin mendapatkan bayaran balik atas sebarang sebab, termasuk jika produk tidak memuaskan atau atas sebab lain, sila hubungi restoran di tempat anda membeli produk berkenaan sebarang bayaran balik yang perlu dibayar kepada anda. Hak undang-undang anda dalam hal ini tidak terjejas oleh apa-apa pun dalam syarat-syarat yang dinyatakan.

5. Pemilikan dan lesen-lesen untuk perkhidmatan Perkhidmatan atas talian.

Pemilikan harta intelek McDonald's. Setiap dan kesemua kepentingan berhubung Perkhidmatan atas Talian adalah dan hendaklah sentiasa menjadi hakmilik ekslusif McDonald's Corporation atau pemegang-pemegang lesennya. Sebagai penjelasan lanjut, "Perkhidmatan atas Talian" termasuklah sebarang dan kesemua kandungan Perkhidmatan atas Talian, seperti, tetapi tidak terhad kepada, teks, imej, grafik, logo, kepala tajuk, butang ikon, imej, klip audio, muat turun digital, kompilasi data, perisian, tanda dagangan, tanda perkhidmatan, perihal dagangan, audio, video, data dan lain-lain bahan (secara kolektifnya dirujuk sebagai "isikandungan") termasuklah mana-mana bahagian didalam Perkhidmatan atas Talian. Perkhidmatan atas Talian adalah dilesenkan, dan ianya bukan dijual kepada anda. Tiada apa-apa yang terkandung di dalam terma-terma ini adalah bertujuan untuk memindahmilik hak sedemikian, atau menyerah hak sedemikian kepada anda. Anda adalah dilarang untuk membuat sesuatu yang boleh merosakkan, menghadkan atau mengganggu hak-hak McDonald's Corporation atau pemegang-pemegang lesen yang berkenaan.

Lesen yang diberikan kepada anda untuk menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian. Tertakluk kepada terma-terma ini, anda adalah diberi hak secara peribadi, tak ekslusif, yang tak boleh dipindahmilik dan yang boleh dibatalkan, untuk menggunakan Perkhidmatan atas Talian semata-mata bagi tujuan peribadi anda, tidak bertujuan komersial dan tertakluk kepada terma-terma ini. Sebagai penjelasan lanjut, "Menggunakan" termasuk mengakses, membuat interaksi, dan memaparkan. Tiada lesen atau hak diberikan kepada anda secara tersirat atau sebaliknya, melainkan lesen dan hak yang secara tersurat dibawah terma-terma ini. McDonald's dan McDonald’s Corporation menyimpan segala hak-hak dan kepentingan yang lain.

Maklumat Tanda Dagangan. Tanda-tanda dagangan, tanda-tanda perkhidmatan, dan elemen-elemen grafik, termasuk wajah dan rasa guna yang dipaparkan di perkhidmatan Perkhidmatan atas talian adalah unik dan merupakan tanda dagangan atau perihal dagangan McDonald's atau pemegang-pemegang lesen dan ianya adalah dilindungi. Perkhidmatan Perkhidmatan atas talian boleh juga mengandungi lain-lain nama pihak ketiga, tanda-tanda dagangan, dan tanda-tanda perkhidmatan yang menjadi hakmilik tuanpunya masing-masing.

6. Penghantaran maklumat oleh pengguna dan idea-idea yang tidak diminta.

Penghantaran oleh pengguna. Sesetengah perkhidmatan akan membenarkan anda menghantar komen, kenyataan, cadangan, idea, grafik, foto, soalan, aduan atau lain-lain maklumat yang dihantar kepada McDonald's melalui perkhidmatan Perkhidmatan atas Talian (secara kolektifnya dirujuk sebagai "penghantaran maklumat"). Anda faham bahawa dengan menghantar apa-apa maklumat kepada McDonald's melalui Perkhidmatan atas Talian, anda akan menyerahkan kepada McDonald's hak yang kekal, tak boleh ubah, terpakai di seluruh dunia, tidak ekslusif, tidak melibatkan bayaran royalti, hak untuk mengguna yang boleh dipindahmilik, hak menggunakan semula, mengedarkan, memberi sublesen kepada orang lain, meminda, terjemahan, menyediakan kerja-kerja derivatif, memaparkan dan menghantar kepada orang awam, termasuk menggunakannya untuk sebarang tujuan komersil atau lain-lain tujuan tanpa mendapat sebarang persetujuan atau pemberian pampasan kepada anda atau kepada orang lain, termasuk menggunakannya bagi tujuan komersil atau lain-lain tujuan tanpa kebenaran atau pampasan kepada anda atau lain-lain pihak. McDonald's tidak dikehendaki untuk menyifatkan penghantaran maklumat sebagai rahsia.

Idea-idea yang tidak diminta. McDonald's mempunyai polisi untuk tidak melayan idea-idea yang tidak diminta. Kami menghargai masa yang anda berikan untuk McDonald's akan tetapi kami tidak berupaya melayan semua idea-idea baru yang datang daripada luar sistem McDonald's. Anda adalah dengan ini melepaskan McDonald's dan Ahli-Ahli Sistem McDonald's dari sebarang tuntutan apabila kami mempertimbangkan, mengguna atau memajukan apa-apa produk, rekaan, konsep atau lain-lain bahan yang serupa atau mempunyai kesamaan dengan penghantaran anda samada buat masa ini atau dimasa hadapan. Sila lihat McDonald's FAQs untuk penerangan lebih lanjut.

7. Cara dan larangan penggunaan perkhidmatan perkhidmatan atas talian.

Cara yang dibenarkan dan larangan lain. Berhubung dengan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian (termasuk isikandungan), anda tidak dibenarkan, dan tidak boleh membenarkan pihak-pihak ketiga untuk:

  • Menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang dan dilarang dibawah terma-terma ini;
  • Memadamkan atau meminda apa-apa hakcipta, tanda dagangan atau notis-notis proprietari;
  • Cuba untuk mendapatkan millikan atau hak kepada perkhidmatan Perkhidmatan atas talian, termasuk isikandungannya;
  • Mengguna, menyalin, mengedar, menerbitkan semula, memapar, mendedah, memuat naik, mengepos atau menghantar perkhidmatan Perkhidmatan atas talian bagi tujuan komersil;
  • Menyewa, memajak, menjual, memberi sublesen, meminjam, menterjemah, menyatukan, menyesuai, memindahhak atau memindahkan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian, atau menggabungkannya dengan, atau memasukkannya ke dalam, lain-lain program atau perkhidmatan;
  • Meleraikan, memisahkan, menterbalik atur, menyalin dalam format "source code" atau "object code" atau membuat kerja derivatif berdasarkan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian;
  • Memindah, memberi, mengeksport atau mengeksport semula perkhidmatan Perkhidmatan atas talian yang menyalahi embargo, larangan perdagangan atau lain-lain kawalan teknologi atau undang-undang eksport, dan anda membuat representasi dan memberi waranti bahawa anda tidak melakukan sebarang kesalahan dibawah undang-undang Malaysia, khususnya dibawah Bahagian VI(A) Kanun Acara Jenayah, Akta Pencegahan Keganasan 2015, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016.
  • Mengguna atau melancarkan teknologi yang tidak dibenarkan atau suatu sistem automatik untuk mengakses perkhidmatan Perkhidmatan atas talian atau mendapatkan isikandungan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian, termasuk tetapi tidak tertakluk kepada "spiders", robot, "screen scrapers" atau "offline readers";
  • Cuba untuk menghentikan, merosak, menambah beban, mengurangkan atau mendapatkan akses yang tidak sah kepada perkhidmatan Perkhidmatan atas talian, rangkaian McDonald's atau sebarang akaun pengguna yang berkaitan dengan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian.

8. Pembatasan liabiliti dan penolakan.

Pembatasan liabiliti McDonald's. MCDONALD'S DAN AHLI-AHLI SISTEM MCDONALD'S TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB, SAMADA SECARA LANGSUNG ATAU TAK LANGSUNG, KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEHILANGAN PERNIAGAAN, GANTIRUGI KHAS, AM, TELADAN ATAU TAK LANSUNG, TERMASUK MELIBATKAN KEHILANGAN DATA BERHUBUNG PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN. TIADA APA DIDALAM SEKSYEN INI BERNIAT UNTUK MEMBATASKAN LIABILITI MCDONALD'S TERHADAP KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH KECUAIAN MCDONALD'S SENDIRI, KECUAIAN AM ATAU PERBUATAN DENGAN NIAT ATAU PERLAKUAN YANG SALAH. SEBAGAI TAMBAHAN, TIADA APA DIDALAM SEKSYEN INI BERNIAT UNTUK MEMBATAS ATAU MEMINDA HAK-HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA YANG TIDAK BOLEH DIBATASKAN ATAU DIPINDA DIBAWAH MANA-MANA UNDANG-UNDANG. McDonald's menyimpan segala hak untuk mendapatkan semula gantirugi atau lain-lain bentuk pampasan dibawah terma-terma ini atau sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

McDonald's memberi perkhidmatan Perkhidmatan atas talian atas dasar "sebagaimana sedia ada" dan tanpa sebarang waranti. Perkhidmatan Perkhidmatan atas talian mungkin mengandungi ketidaktepatan dan kesilapan. MCDONALD'S MEMBERI PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN ATAS DASAR ‘SEBAGAIMANA SEDIA ADA" DAN TANPA SEBARANG WARANTI BOLEH DIDAGANGKAN ATAU SESUAI UNTUK SESUATU TUJUAN. MCDONALD'S TIDAK MEMBERI SEBARANG WARANTI ATAU MEMBUAT SEBARANG REPRESENTASI BAHAWA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN ADALAH TEPAT, BOLEH DIPERCAYAI, TIDAK TERGANGGU, BEBAS DARIPADA KESILAPAN, BAHAWA SEBARANG KESILAPAN AKAN DIPERBETULKAN ATAU BAHAWA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN ADALAH BEBAS DARI SEBARANG VIRUS ATAU LAIN-LAIN PERKARA YANG MERBAHAYA. APABILA ANDA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN, ANDA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB SEPENUHNYA. SATU-SATUNYA REMEDI ANDA TERHADAP MCDONALD'S DAN AHLI-AHLI SISTEM MCDONALD'S KEATAS KETIDAKPUASAN HATI MENGGUNA PERKHIDMATAN PERKHIDMATAN ATAS TALIAN ADALAH DENGAN BERHENTI DARIPADA MENGGUNAKANNYA. PEMBATASAN RELIF INI ADALAH MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA PERSETUJUAN SELEPAS ADANYA TAWAR MENAWAR DIANTARA KEDUA-DUA PIHAK.

Perkhidmatan Pihak Ketiga. Perkhidmatan Perkhidmatan atas talian boleh menyambungkan anda atau membenarkan anda menggunakan laman sesawang pihak ketiga, bahan-bahan yang boleh dimuat turun, isikandungan, rangkaian sosial atau lain-lain perkhidmatan digital (kesemuanya dirujuk sebagai "perkhidmatan pihak ketiga"). Pihak-pihak ketiga ini mungkin mempunyai terma dan syarat dan polisi privasi yang tersendiri dan anda hendaklah membaca dan memahaminya sebelum menggunakan perkhidmatan pihak ketiga. MCDONALD'S DAN AHLI-AHLI SISTEM MCDONALD'S TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEHILANGAN ATAU KEROSAKAN BERPUNCA DARIPADA ATAU YANG BERKAITAN DENGAN PERKHIDMATAN PIHAK KETIGA.

Keadaan diluar kawalan kami. MCDONALD'S DAN AHLI-AHLI SISTEM MCDONALD'S TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KE ATAS SEBARANG KEGAGALAN MCDONALD'S UNTUK MENJALANKAN OBLIGASI-OBLIGASINYA DIBAWAH TERMA-TERMA INI JIKA KEGAGALAN TERSEBUT ADALAH DISEBABKAN ATAU BERKAITAN DENGAN KEADAAN YANG DILUAR KAWALAN MUNASABAH MCDONALD'S. Didalam keadaan sedemikian, obligasi-obligasi McDonald's dibawah terma-terma ini adalah digantung untuk tempoh dimana keadaan tersebut masih lagi wujud; dan McDonald's boleh, tetapi tidak diwajibkan, untuk mengambil segala langkah-langkah yang munasabah untuk mencari penyelesaian, yang mana penyelesaian tersebut akan membolehkan McDonald's menjalankan tanggungjawabnya dibawah terma-terma ini, meskipun keadaan tersebut masih lagi wujud.

9. Aplikasi Apple.

Terma-terma ini adalah termasuk dan menjadi tambahan kepada terma dan syarat Apple, Inc. ("Apple") (dapat dilihat di halaman http://www.apple.com/legal/itunes/us/terms.html#service), termasuklah terma-terma "Licensed Application End User" yang terkandung didalamnya ("terma Apple"). Jika anda menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian melalui aplikasi Apple ("Aplikasi Apple"), anda mengakui dan bersetuju bahawa:

  • Apple tidak mempunyai obligasi untuk memberi perkhidmatan sokongan atau penyelenggaraan berkaitan Aplikasi Apple. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Aplikasi Apple, sila hubungi McDonald’s dan bukannya Apple, dengan menggunakan butir-butir perkhidmatan sokongan di atas.
  • Melainkan dinyatakan sebaliknya dibawah terma-terma ini, sebarang tuntutan berhubung milikan atau penggunaan Aplikasi Apple adalah diantara anda dan McDonald’s (dan bukannya diantara anda atau orang lain, dengan Apple); dan
  • Sekiranya terdapat tuntutan oleh pihak ketiga yang berkaitan dengan pemilikan atau penggunaan (selaras dengan terma-terma ini) Aplikasi Apple yang melanggar sebarang hak harta intelek, Apple tidak bertanggungjawab terhadap anda berhubung tuntutan tersebut;

Jika Aplikasi Apple yang anda beli tidak menuruti apa-apa waranti yang terpakai kepadanya, anda boleh menghubungi Apple, dan anda boleh mendapatkan pulangan wang harga Aplikasi Apple tersebut, tertakluk kepada terma dan syarat Apple semasa itu. Melainkan sedemikian, dan setakat mana dibenarkan oleh undang-undang, Apple tidak memberi atau memasuki apa-apa waranti, syarat dan lain-lain terma berhubung Aplikasi Apple dan tidak bertanggungjawab kepada anda untuk sebarang tuntutan, kerugian, kos dan perbelanjaan dalam apa jua bentuk yang berkaitan dengan Aplikasi Apple atau akibat daripada penggunaan Aplikasi Apple oleh anda atau lain-lain orang atau akibat daripada sandaran kepada isikandungannya.

10. Pelbagai.

  • McDonald's tidak membuat sebarang representasi bahawa perkhidmatan Perkhidmatan atas talian adalah sesuai dan boleh didapati di luar negara Malaysia. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian di lokasi-lokasi yang lain, anda adalah bertanggungjawab untuk mematuhi undang-undang tempatan yang terpakai di sana.
  • Terma-terma ini adalah tertakluk kepada dan hendaklah dibaca selaras dengan undang-undang di Malaysia, meskipun terdapatnya prinsip berhubung konflik undang-undang. Anda bersetuju secara tak boleh batal untuk diikat dibawah bidangkuasa mahkamah-mahkamah kompeten di Malaysia bagi maksud sebarang tindakan undang-undang berhubung dengan atau berkaitan terma-terma ini atau perkhidmatan Perkhidmatan atas talian.
  • Walaupun terma-terma ini mengikat anda dan McDonald's sahaja (meskipun Apple bukanlah suatu pihak dan Ahli-Ahli Sistem McDonald's yang lain juga bukanlah suatu pihak), Apple dan Ahli-Ahli Sistem McDonald's yang lain adalah benefisiari-benefisiari dibawah terma-terma ini dan mempunyai hak untuk menguatkuasakan hak yang dipegang oleh McDonald's, setakat mana terma-terma ini adalah terpakai kepada mereka, Selain daripada mereka itu, tiada lagi benefisiari-benefisiari pihak ketiga yang mempunyai kaitan dengan terma-terma ini.
  • Terma-terma ini adalah dirangka didalam Bahasa Inggeris. Sebarang terjemahan kepada bahasa yang lain adalah hanya untuk kesenangan anda. Sekiranya terdapat sebarang konflik diantara mana-mana bahasa, versi Bahasa Inggeris hendaklah terpakai dan mengawal.
  • Apabila tamatnya terma-terma ini atau tamatnya kebenaran yang diberikan kepada anda untuk mengunakan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian, semua hak-hak yang diberikan kepada anda dibawah terma-terma ini hendaklah terhenti; akan tetapi terma-terma ini tetap terpakai kepada pengunaan perkhidmatan Perkhidmatan atas talian anda yang terdahulu dan apa-apa yang berkaitan atau berpunca daripada penggunaan tersebut. Selepas penamatan tersebut, kesemua terma berhubung dengan hak-hak McDonald's dan Ahli-Ahli Sistem McDonald's, termasuk hak kepada harta intelek, hak proprietari dan lesen-lesen akan masih lagi terpakai, termasuklah segala larangan atau pembatasan liabiliti atau penolakan.
  • Setiap terma dan syarat dibawah terma-terma ini adalah berasingan dan hendaklah digunapakai secara berasingan. Sekira mana-mana terma adalah menyalahi undang-undang, tak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan, maka terma dan syarat lain yang selebihnya masih berkuatkuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya.
  • Sekiranya McDonald's gagal memberitahu anda supaya menjalankan obligasi anda dibawah terma-tema ini, atau sekiranya McDonald's tidak menguatkuasakan haknya terhadap anda, atau lambat untuk berbuat demikian, ianya tidak bermakna McDonald's telah mengenepikan haknya terhadap anda dan ianya juga tidak bermakna anda tidak perlu untuk mematuhi obligasi-obligasi tersebut.
  • McDonald's berhak untuk memindahkan hak dan obligasinya dibawah terma-terma ini kepada organisasi atau entiti yang lain, akan tetapi ianya tidak mempunyai kesan kepada hak anda dan tanggungjawab kami dibawah terma-terma ini. Hanya jika dbenarkan oleh McDonald's, anda boleh memindahkan hak dan obligasi anda dibawah terma-terma ini kepada satu pihak yang lain.