Kenyatan Privasi McDonald's
Tarikh Berkuatkuasa: 1 April 2018

Di McDonald’s, kami menghormati hak anda berhubung isu privasi. Kenyataan Privasi ini (“Kenyataan”) menjelaskan langkah-langkah yang diambil oleh McDonald’s berhubung maklumat peribadi anda apabila anda berinteraksi dengan kami samada secara bersemuka atau melalui laman sesawang dan aplikasi mudah alih. Ianya termasuklah jenis-jenis maklumat peribadi yang kami perolehi, bagaimana kami boleh menggunakannya, dan kepada siapa kami boleh berkongsikan maklumat tersebut.

  1. Maklumat Yang Kami Perolehi

    Kami boleh memperolehi maklumat peribadi anda apabila anda mengunjungi mana-mana restoran kami, laman-laman sesawang McDonald’s (“Laman Sesawang”) atau menggunakan aplikasi-aplikasi peralatan mudah alih (“Aplikasi Mudah Alih”). Kami akan merujuk kepada Laman Sesawang dan Aplikasi Mudah Alih secara kolektifnya sebagai “Kemudahan Atas Talian”.

    Jenis-jenis maklumat peribadi yang kami perolehi termasuklah:
    • Maklumat berhubung transaksi anda, seperti produk yang anda beli, harga, kaedah dan butir-butir pembayaran,

    • Maklumat-maklumat peribadi seperti nama, alamat pos, alamat emel, nombor telefon, tarikh lahir, kewarganegaraan, jantina, bangsa, maklumat kad pengenalan, pasport, foto, imej, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), pendapatan, rekod dan rujukan pekerjaan, butir-butir berhubung cukai, EPF & SOCSO, butir-butir perbankan dan kad kredit, maklumat sensitif seperti tahap kesihatan fizikal dan mental, kepercayaan agama atau rekod jenayah dan lain-lain maklumat yang mungkin akan diperlukan bagi maksud tujuan-tujuan yang tertentu.

    • Maklumat-maklumat akaun atas talian seperti nama pengguna (username), kata laluan (password) dan lain-lain kaedah mengenalpasti pengguna yang mengakses Kemudahan Atas Talian kami atau yang hendak mendapatkan produk dan perkhidmatan McDonald’s.

    • Lain-lain maklumat peribadi yang anda berikan atas budibicara anda semasa anda berinteraksi dengan McDonald’s.

    Keadaan-keadaan dimana anda memberi maklumat peribadi anda termasuklah apabila anda:
    • membeli produk di restoran kami;

    • mendapatkan barangan dan perkhidmatan kami;

    • mendaftar untuk menggunakan Perkhidmatan Atas Talian kami;

    • meminta untuk mendapatkan maklumat-maklumat pemasaran kami atau lain-lain jenis komunikasi;

    • memilih untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti promosi, kaji selidik dan analisis pemasaran kami;

    • menggunakan kemudahan rangkaian Wi-Fi, kiosk dan lain-lain teknologi dalam restoran;

    • berhubung dengan kami melalui laman sesawang dan laman media sosial kami;

    • menjemput kami untuk mengambil bahagian dalam sebarang acara dan program;

    • menyertai mana-mana peraduan, pertandingan atau cabutan hadiah yang dikelolakan oleh kami;

    • menyertakan apa-apa maklumat semasa anda memberi maklumbalas anda kepada kami;

    • ingin mendapatkan pekerjaan dengan syarikat kami;

    • ingin memasuki suatu hubungan kontrak dengan kami;

    • berinteraksi dengan kami atau ejen-ejen lantikan kami samada secara lisan atau secara bertulis; atau

    • menggunakan ciri-ciri interaktif Perkhidmatan Atas Talian kami.

    Sekiranya diberitahu secara khusus, anda wajib untuk memberikan maklumat peribadi anda kepada kami bagi membolehkan kami memproses penyertaan anda dalam aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberikan maklumat peribadi yang diwajibkan, kami mungkin tidak berupaya untuk memproses permintaan anda.

    Maklumat Yang Diperolehi Secara Automatik

    Kami boleh memperolehi maklumat menerusi sistem komputer anda atau peralatan mudah alih anda dengan menggunakan kaedah teknologi automatik, apabila anda mengunjungi restoran-restoran kami atau menggunakan Kemudahan Atas Talian atau teknologi-teknologi dalam restoran. Teknologi-teknologi automatik ini mungkin termasuklah kuki, “local shared objects” dan “web beacons”. Maklumat-maklumat tambahan berhubung penggunaan kuki dan lain-lain kaedah teknologi automatik adalah lebih diperincikan di bawah ini. Maklumat yang kami perolehi termasuklah alamat Protokol Internet (IP) anda, sistem operasi komputer dan peralatan mudah alih dan maklumat pelayar sesawang; jenis peralatan mudah alih, tetapan peralatan mudah alih, “unique device identifier” (UDID) atau “mobile equipment identifier” (MEID) peralatan mudah alih anda, nombor siri peralatan serta komponennya; “advertising identifier” (contohnya, IDFAs dan IFAs) atau “identifier” yang seumpamanya; rujukan kepada laman sesawang atau aplikasi; laman-laman yang dipautkan, laman-laman sesawang pihak ketiga, aplikasi-aplikasi dan melalui laman media sosial dimana anda berkongsi kandungan yang berada didalam Perkhidmatan Atas Talian; dan aktiviti yang berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan Atas Talian seperti halaman-halaman yang anda kunjungi dalam Laman Sesawang kami atau menerusi Aplikasi Mudah Alih.

    Pihak-pihak ketiga yang memberi perkhidmatan seperti aplikasi, peralatan, “widget” dan “plug-ins” di Perkhidmatan Atas Talian kami, contohnya seperti butang “Like” di laman Facebook, boleh juga menggunakan kaedah-kaedah automatik untuk memperolehi data berkaitan dengan interaksi anda menggunakan ciri-ciri tersebut. Maklumat seperti ini adalah tertakluk kepada polisi-polisi atau notis-notis privasi pihak ketiga yang memberikan perkhidmatan tersebut.

    Maklumat Lokasi

    Perkhidmatan Atas Talian McDonald’s dan teknologi-teknologi dalam restoran kami boleh mendapatkan maklumat terperinci akan lokasi peranti mudah alih atau komputer anda dengan menggunakan teknologi-teknologi “geolocation” dan pengetahuan kehadiran di lokasi (“location presence awareness”) seperti GPS, Wi-Fi, Bluetooth atau “cell tower proximity”. Bagi kebanyakan sistem peranti mudah alih dan komputer, anda boleh memilih untuk menarik balik kebenaran untuk McDonald’s mendapatkan maklumat tentang lokasi anda menerusi penetapan pada peranti atau pelayar laman sesawang. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang bagaimana hendak menghentikan pengumpulan maklumat lokasi anda, kami syorkan supaya anda menghubungi pemberi perkhidmatan mudah alih, pembekal alat peranti, atau pemberi perkhidmatan pelayar laman sesawang anda. Harap maklum bahawa tanpa maklumat lokasi yang terperinci, ada kemungkinan akan terdapat Perkhidmatan Atas Talian dan teknologi-teknologi dalam restoran yang tidak boleh beroperasi dengan sempurna. Jika anda meminta kami memadamkan segala maklumat lokasi yang merujuk kepada anda, sila hubungi kami menerusi alamat emel atau alamat pos seperti yang tertera di bawah.

    Maklumat Yang Digabungkan

    Kami boleh menggabungkan maklumat peribadi yang kami perolehi daripada lain-lain sumber, maklumat tentang transaksi anda dengan McDonald’s sebelum ini dan maklumat yang kami perolehi secara automatik.

  2. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Yang Kami Perolehi

    McDonald’s boleh menggunakan maklumat peribadi yang telah kami perolehi untuk perkara-perkara berikut:
    • Memenuhi permintaan atau pesanan anda dan memproses pembayaran untuk produk dan perkhidmatan kami;

    • Jika anda memberi kebenaran, menghubungi anda tentang produk dan perkhidmatan McDonald’s atau perkhidmatan rakan niaga kami yang kami percaya mungkin akan menarik minat anda;

    • Berhubung dengan anda dan mengurus penyertaan anda didalam peraduan, pertandingan, cabutan hadiah, tawaran istimewa, promosi atau lain acara-acara khas;

    • Menghantar komunikasi kepada anda berhubung pesanan, pembelian atau akaun-akaun anda dengan McDonald’s;

    • Menghantar maklumat anda kepada rakan anda, sekiranya anda meminta kami berbuat demikian;

    • Memberikan perkhidmatan sokongan pelanggan, menjawab, dan berkomunikasi dengan anda berkenaan permintaan, persoalan dan komen-komen anda;

    • Membolehkan anda membuat kiriman (posting) dalam blog-blog kami dan berinteraksi dengan McDonald’s melalui laman media sosial;

    • Menawarkan khidmat pelanggan yang unik kepada keperibadian anda melalui Kemudahan Atas Talian dan teknologi-teknologi dalam restoran, contohnya dengan menghantar isi kandungan yang mungkin akan menarik minat anda, dan membolehkan anda mengakses Laman Sesawang dan Aplikasi Mudah Alih dengan lebih mudah;

    • Melakukan analisis data, termasuklah membuat kajian pelanggan, analisis gaya hidup, dan analisis kewangan;

    • Melakukan operasi, penilaian dan penambaikan kepada perniagaan kami, termasuklah mengembangkan produk dan perkhidmatan yang baru, mengenalpasti keberkesanan usaha jualan, pemasaran dan pengiklanan kami, membuat analisa dan memperbaiki produk, tawaran, promosi, dan Perkhidmatan Atas Talian dan lain-lain bentuk teknologi;

    • Menjaga, mengenalpasti dan menghalang aktiviti penipuan dan lain-lain aktiviti jenayah, tuntutan atau liabiliti; dan

    • Mematuhi undang-undang yang terpakai.

    Kami menggunakan maklumat yang diperolehi secara automatik untuk tujuan-tujuan seperti (i) menawarkan pengalaman pelanggan yang unik kepada diri anda samada di dalam restoran atau di Kemudahan Atas Talian, (ii) menghantar kandungan (termasuk iklan) yang bersesuaian dengan kehendak pengguna kami dan kaedah yang mereka gunakan untuk melayari Perkhidmatan Atas Talian atau teknologi-teknologi dalam restoran (iii) menguruskan perniagaan kami. Kami juga menggunakan maklumat ini untuk mengenalpasti masalah-masalah teknikal dan mutu perkhidmatan kami, mengurus Perkhidmatan Atas Talian kami; mengenalpasti pengguna Perkhidmatan Atas Talian, mengenalpasti peranti untuk tujuan menghalang sebarang penipuan, untuk melakukan pengiklanan secara sasaran atau untuk memberi perkhidmatan pengalaman pelanggan yang unik kepada pengguna; dan juga untuk mengumpul maklumat-maklumat demografik tentang pengguna-pengguna kami. Kami juga menggunakan maklumat yang diperolehi secara automatik untuk mengenalpasti corak-corak penggunaan dan bagaimana kami boleh mensesuaikan Perkhidmatan Atas Talian untuk lebih memenuhi kehendak pengguna-pengguna kami.

    Kami juga boleh menggunakan maklumat yang kami perolehi tentang anda untuk pelbagai tujuan yang lain, dengan syarat anda telahpun dimaklumkan secara terperinci melalui notis semasa maklumat tersebut diperolehi.

  3. Bagaimana Kami Berkongsi Maklumat Peribadi Yang Kami Perolehi

    McDonald’s tidak menjual atau berkongsi maklumat peribadi anda, melainkan sebagaimana yang diperincikan dalam Kenyataan ini.

    McDonald’s boleh berkongsi maklumat peribadi anda dengan “Keluarga McDonald’s”. Keluarga McDonald’s termasuklah McDonald’s Corporation, syarikat sekutu, anak syarikat, pembekal, vendor dan franchisi, samada di dalam atau di luar Malaysia. Ahli Keluarga McDonald’s yang menerima maklumat daripada McDonald’s adalah dilarang untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat tersebut melainkan sebagaimana yang telah ditetapkan di dalam Kenyataan ini.

    McDonald’s boleh mendedahkan maklumat peribadi dengan pihak vendor yang memberi perkhidmatan kepada McDonald’s bagi tujuan seperti untuk memenuhi langganan, memproses data dan lain-lain perkhidmatan teknologi maklumat, menguruskan promosi, peraduan, cabutan hadiah, membuat kajian dan menjalankan analisis dan memenuhi pengalaman pelanggan secara unik dan khusus. Kami tidak memberi kuasa kepada vendor tersebut untuk menggunakan sebarang maklumat peribadi atau mendedahkannya untuk sebarang tujuan selain daripada memberi perkhidmatan bagi pihak kami.

    Ada kemungkinan akan timbul keadaan dimana McDonald’s bercadang untuk menjual atau memindahkan semua atau sebahagian daripada perniagaannya, samada atas dasar strategik atau bagi tujuan-tujuan perniagaan yang lain. Didalam keadaan sebegini, kami boleh memindahkan maklumat yang telah diperolehi dan disimpan, termasuk maklumat peribadi, kepada mana-mana entiti yang mengambil bahagian dalam transaksi itu, dimana ianya akan menjadi sebahagian daripada syarat transaksi tersebut.

    McDonald’s berhak untuk menggunakan atau mendedahkan sebarang maklumat peribadi untuk memenuhi kehendak undang-undang, regulasi atau permintaan yang sah, untuk menjaga integriti Perkhidmatan Atas Talian dan teknologi dalam restoran, untuk membawa atau membela tindakan undang-undang, untuk memelihara kepentingan, hak dan keselamatan McDonald’s, pekerja McDonald’s atau franchis McDonald’s atau orang awam atau berhubung dengan siasatan penipuan, aktiviti tak sah atau pelanggaran polisi dalaman McDonald’s.

  4. Notis Privasi Kanak-Kanak

    McDonald’s memahami akan pentingnya privasi pengguna-pengguna Perkhidmatan Atas Talian kami. Kami memberi komitmen dan keutamaan untuk menjaga privasi kanak-kanak yang melayari atau menggunakan Perkhidmatan Atas Talian kami. Notis Privasi Kanak-Kanak ini adalah dirangka untuk menjawab soalan-soalan berhubung kaedah-kaedah yang kami gunakan apabila kami memperolehi maklumat perrbadi daripada kanak-kanak melalui Perkhidmatan Atas Talian.

    A. Apa Maklumat Peribadi yang McDonald’s Perolehi?

    Kami menawarkan pelbagai ciri-ciri dalam Laman Sesawang kami, seperti permainan dan buku mewarna, dimana kanak-kanak tidak perlu memberi maklumat peribadi. Walaubagaimanapun, akan terdapat keadaan dimana kami memperolehi maklumat peribadi, seperti alamat emel kanak-kanak, untuk tujuan sebahagian daripada sesuatu aktiviti tersebut. Contohnya:

    • Kami mungkin memperolehi alamat emel seseorang kanak-kanak untuk memaklumkan samada beliau telah berjaya atau tidak berjaya dalam sesuatu peraduan, pertandingan atau cabutan hadiah. Dalam keadaan tersebut, kami akan memaklumkan kanak-kanak itu melalui alamat emel yang diberikan olehnya. Kami tidak menyimpan atau menggunakan alamat emel tersebut bagi tujuan yang lain.

    • Kami mungkin memperolehi alamat emel seseorang kanak-kanak khusus untuk memenuhi sesuatu kehendak beliau, contohnya untuk menghantar sesuatu “screen saver”. Dalam keadaan sebegini, kami akan serta-merta memadamkan alamat emel tersebut daripada sistem kami setelah kami membalasnya, dan kami tidak menggunakan alamat tersebut untuk tujuan yang lain.

    Kami tidak memperolehi maklumat peribadi daripada kanak-kanak yang berumur bawah 13 tahun, seperti alamat pos atau nombor telefon, tanpa mendapat kebenaran daripada ibu atau bapa atau penjaga. Jika kebenaran daripada ibu atau bapa atau penjaga diperlukan, kami akan memperolehi alamat emel ibu atau bapa atau penjaga tersebut untuk membolehkan kami memberi notis tentang praktis-praktis kami berhubung maklumat dan/atau mendapat kebenaran ibu atau bapa atau penjaga tersebut.

    McDonald’s tidak menjadikan pemberian maklumat kanak-kanak sebagai syarat untuk kanak-kanak menyertai aktiviti atas talian kami melainkan setakat mana ianya perlu bagi tujuan aktiviti tersebut.

    B. Bagaimana McDonald’s Menggunakan Maklumat Peribadi Yang Diperolehi

    Kami menggunakan alamat emel yang diberikan oleh kanak-kanak untuk memenuhi kehendak kanak-kanak atau memaklumkan kepada kanak-kanak bahawa beliau telah berjaya atau tidak berjaya dalam sesuatu peraduan, pertandingan atau cabutan hadiah yang beliau sertai. Kami akan menggunakan alamat emel ibu atau bapa atau penjaga untuk memberi notis tentang praktis-praktis kami berhubung maklumat dan/atau mendapat kebenaran ibu atau bapa atau penjaga tersebut.

    C. Bagaimana McDonald’s Berkongsi Maklumat Peribadi?

    Kami boleh berkongsi maklumat peribadi kanak-kanak dengan pihak ketiga setakat mana ianya penting untuk menjaga keselamatan dan integriti Perkhidmatan Atas Talian, membolehkan kami mengambil langkah awal untuk mengelak sebarang liabiliti atau mengambil tindakan selaras dengan kehendak proses mahkamah atau atas kehendak pihak berkuasa kerajaan yang lain, atau dalam keadaan yang kami rasakan mustahak dan munasabah bagi tujuan mencegah ancaman fizikal atau kerugian kewangan, atau berkaitan dengan penyiasatan aktiviti yang disyaki atau didapati menyalahi undang-undang.

    Kami juga mungkin akan berkongsi maklumat yang kami perolehi daripada kanak-kanak dengan vendor-vendor yang memberi perkhidmatan kepada McDonald’s. Perkhidmatan-perkhidmatan ini termasuklah perkhidmatan hosting Laman Sesawang, penyediaan perkhidmatan teknikal kepada McDonald’s, memenuhi kehendak-kehendak atau mengelolakan sesuatu peraduan, pertandingan atau cabutan hadiah. Kami tidak memberi kuasa kepada vendor-vendor kami untuk mendedahkan maklumat peribadi yang kami kongsikan dengan mereka melainkan setakat mana ianya perlu untuk membolehkan mereka memberi perkhidmatan kepada McDonald’s.

    D. Permintaan-Permintaan Daripada Ibubapa Behubung Praktis-Praktis Privasi Kanak-Kanak

    Ibubapa boleh melihat makumat peribadi yang telah kami perolehi daripada kanak-kanak yang belum kami padamkan, dan ibubapa boleh meminta supaya maklumat tersebut dipadamkan daripada rekod kami, sekiranya ianya belum lagi terpadam. Ibubapa juga boleh menarik balik kebenaran untuk kami terus memperolehi maklumat peribadi anak-anak mereka, jika ibubapa tersebut sebelum ini telah memberi kebenaran sedemikian. Bagi tujuan tersebut, sila hubungi kami di alamat, nombor telefon atau alamat emel dibawah.

    E. Siapa Yang Saya Patut Hubungi Berhubung Privasi Kanak-Kanak

    Kami meminta ibubapa agar sentiasa memantau dan mengawal aktiviti-aktiviti atas talian anak-anak mereka. Jika terdapat sebarang soalan tentang praktis-praktis kami berkenaan privasi kanak-kanak, sila hubungi kami di -

    Alamat Pos : Jabatan Undang-Undang
    Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd
    Level 6, Bangunan TH Damansara Uptown 3
    No. 3, Jalan SS 21/39, 47400 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan
    Malaysia
    Untuk perhatian : Pengarah Undang-Undang

    atau hantarkannya kepada alamat emel [email protected]

  5. Pilihan-Pilihan Anda

    Anda boleh memilih untuk tidak mendapatkan komunikasi-komunikasi pemasaran daripada McDonald’s dengan menghubungi kami di alamat, nombor telefon atau alamat emel di bawah. Harap maklum bahawa jika anda memilih untuk berbuat demikian, kami masih boleh menghantar komunikasi-komunikasi berhubung transaksi-transaksi anda, akaun-akaun anda dengan McDonald’s dan sebarang peraduan, pertandingan atau cabutan hadiah yang telah anda sertai.

  6. Mengakses, Memperbetul atau Memadam Maklumat Peribadi

    Jika pada bila-bila masa anda hendak mengakses, memperbetul atau memadamkan maklumat peribadi yang telah kami perolehi daripada anda, sila hubungi kami di alamat emel atau alamat pos di bawah. Harap maklum bahawa kami mungkin akan dikehendaki oleh undang-undang untuk menyimpan maklumat tersebut. Sebelum McDonald’s boleh memberikan anda akses kepada maklumat atau memperbetulkan sebarang kesilapan, kami mungkin akan meminta anda mengesahka identiti anda dan/atau memberi lain-lain maklumat terperinci untuk membantu kami memenuhi kehendak anda. Jika anda berumur bawah 18 tahun, ibu atau bapa atau penjaga atau mana-mana orang yang bertanggungjawab ke atas anda boleh meminta akses kepada, atau memperbetul atau memadamkan maklumat peribadi anda.

  7. Kuki (Cookies) dan Teknologi Seumpamanya

    McDonald’s menggunakan kuki atau teknologi seumpamanya untuk memperolehi maklumat bagi tujuan yang dinyatakan dalam Kenyataan ini, di bawah “Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Peribadi yang Kami Perolehi”.

    Kuki (Cookies)

    Kuki adalah sesuatu yang berbentuk fail teks (text file) dan ianya dihantar oleh laman-laman sesawang ke komputer pengunjungnya atau lain-lain peranti bagi tujuan mengenalpasti pelayar yang digunakan oleh pengunjung atau untuk menyimpan maklumat atau tetapan dalam pelayar. Seperti kebanyakan laman-laman sesawang, McDonald’s menggunakan kuki untuk pelbagai tujuan penambahbaikan pengalaman atas talian anda. Sebagai contoh, kami boleh menjejak dan mengenalpasti jumlah pelawat-pelawat yang melayari Laman Sesawang kami, tanpa sebarang nama dan diatas dasar aggregat. Kami juga menggunakan kuki supaya kami dapat mengingati anda apabila anda melayari semula Laman Sesawang kami, untuk menjejaki dan mengenalpasti item-item pembelian jika anda membeli secara atas talian, untuk mengelola peraduan-peraduan dan untuk memberi pengalaman yang unik kepada anda di Laman Sesawang McDonald’s. Kami mungkin akan memadankan maklumat peribadi dengan sebarang fail kuki untuk tujuan tersebut. Kami dan pihak-pihak lain (seperti pihak rangkaian pengiklanan luar) mungkin akan memperolehi maklumat peribadi berhubung aktiviti-aktiviti atas talian pengunjung-pengunjung kami, dalam sesuatu tempoh masa tertentu dan melalui laman-laman sesawang pihak ketiga, apabila pengunjung-pengunjung kami menggunakan Perkhidmatan Atas Talian kami.

    Sila gunakan pilihan-pilihan yang ada dalam pelayar anda jika anda tidak mahu menerima sebarang kuki atau jika anda menghendaki pelayar anda memaklumkan kepada anda apabila anda menerima sebarang kuki. Klik bahagian “Help” pada pelayar anda untuk mempelajari bagaimana anda boleh menukar pilihan-pilihan kuki anda. Jika anda mematikan fungsi kesemua kuki, anda mungkin tidak berupaya untuk mendapat menggunakan kelebihan-kelebihan yang ada pada Laman Sesawang.

    Teknologi-Teknologi Lain

    Kami boleh menggunakakn teknologi-teknologi lain, termasuk “web beacons” atau “JavaScript”, yang ada kalanya dapat berinteraksi dengan kuki dan cara-cara yang lain yang terdapat dalam Laman dan Aplikasi Mudah Alih, untuk mengenalpasti secara unik alat peranti anda. Teknologi-teknologi lain ini membantu untuk mengaktifkan ciri-ciri yang ada pada Laman Sesawang atau dalam Aplikasi Mudah Alih kami.

    Kami juga boleh menggunakan teknologi-teknologi khusus bagi mengenalpasti samada anda telah membuka emel atau membuka pautan yang terkandung dalam emel tersebut.

    Anda hendaklah mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut:
    • Kami menawarkan ciri-ciri kemudahan yang akan hanya boleh dicapai dengan penggunaan kuki atau teknologi-teknologi seumpamanya.

    • Kami menggunakan kuki untuk sesuatu sesi atau secara berterusan dan juga lain-lain teknologi penjejakan. Teknologi penjejakan (contohnya kuki) boleh beroperasi secara berterusan (ianya akan berada dalam komputer anda sehingga anda memadamkannya) atau hanya untuk sesuatu sesi sahaja (ianya akan hanya ada sehingga anda menutup pelayar anda). Anda boleh pada bila-bila masa menolak teknologi-teknologi penjejakan ini jika ianya dibenarkan berbuat demikian oleh pelayar anda. Walaubagaimana, jika anda berbuat demikian, ia mungkin akan menganggu penggunaan Perkhidmatan Atas Talian anda.

    • Kami boleh mengkodkan dan melindungi kuki penjejakan atau lain-lain teknologi penjejakan sebagaimana yang ditetapkan oleh McDonald’s, yang mana hanya kami sahaja yang akan dapat membaca maklumat-maklumat yang disimpan didalamnya.

    • Jika ada terdapat video dalam Perkhidmatan Atas Talian kami, kami boleh menyasarkan dan menjejak video-video yang telah anda tonton. Anda membenarkan kami menjejaki video-video yang telah anda tonton melalui Perkhidmatan Atas Talian atau media sosial pihak ketiga untuk tempoh dua tahun, atau sebagaimana yang dibenarkan dibawah undang-undang, atau sehingga kebenaran tersebut ditarik balik.

  8. Pengiklanan Secara Sasaran

    Melalui Perkhidmatan Atas Talian kami, kami boleh memperolehi maklumat tentang aktiviti-aktiviti atas talian anda untuk mengiklankan sesuatu yang sesuai dan sepadan dengan minat dan keperibadian anda. Bahagian ini memberikan butiran dan menerangkan bagaimana anda boleh menggunakan pilihan-pilihan yang ada pada anda.

    Anda mungkin boleh melihat iklan-iklan kami dalam lain-lain laman sesawang kerana kami mengambil bahagian dalam rangkaian-rangkaian pengiklanan. Rangkaian-rangkaian pengiklanan membolehkan kami menyasarkan penyampaian mesej-mesej kami kepada pengguna-pengguna berdasarkan demografik, minat dan secara konteks. Rangkaian-rangkaian ini menjejaki aktiviti-aktiviti atas talian anda untuk sesuatu tempoh masa dengan memperolehi maklumat secara automatik, termasuk dengan menggunakan kuki, log web server, web beacons dan lain-lain teknologi. Rangkaian-rangkaian ini menggunakan maklumat-maklumat sedemikian untuk memaparkan kepada anda iklan-iklan yang yang sesuai dan sepadan dengan minat peribadi anda. Maklumat yang boleh diperolehi oleh rangkaian-rangkaian pengiklanan kami termasuklah maklumat tentang laman-laman sesawang yang anda kunjungi dimana laman-laman sesawang tersebut juga mengambil bahagian dalam rangkaian-rangkaian pengiklanan, contohnya seperti halaman-halaman atau iklan-iklan yang anda lihat dan apa yang telah anda lakukan dalam laman sesawang tersebut. Pengumpulan data-data ini dibuat melalui Perkhidmatan Atas Talian kami dan juga laman-laman sesawang pihak ketiga yang mengambil bahagian dalam rangkaian-rangkaian perkhidmatan. Proses ini membantu kami membuat penilaian tentang usaha-usaha pemasaran kami.

  9. Pautan-Pautan ke Laman-Laman Sesawang Lain dan Media Sosial

    Perkhidmatan Atas Talian kami mungkin akan menawarkan pautan ke laman-laman sesawang lain yang tidak diuruskan oleh McDonald’s. Jika anda mengunjungi pautan-pautan ini, anda hendaklah mengkaji polisi privasi laman-laman sesawang berkenaan, terma dan syarat dan lain-lain polisinya. Kami tidak bertanggungjawab ke atas polisi-polisi dan praktis-praktis mana-mana pihak ketiga. Sebarang maklumat yang anda hantarkan ke laman-laman pihak ketiga tersebut adalah tertakluk kepada polisi privasi, terma dan syarat dan polisi mereka tersendiri.

  10. Keselamatan Maklumat

    Kami menganggap maklumat peribadi anda sebagai sesuatu yang sulit dan rahsia dan tidak akan mendedahkan maklumat anda kepada sesiapa yang diluar Keluarga McDonald’s, melainkan dalam keadaan-keadaan berikut:

    1. apabila anda telah memberi kebenaran atau jika kami dikehendaki atau dibenarkan berbuat demikian dibawah peruntukan undang-undang;

    2. apabila kami dikehendaki atau diberi kuasa melalui apa-apa perintah mahkamah, tribunal atau pihak berkuasa, samasa pihak berkuasa Kerajaan atau quasi Kerajaan yang mempunyai bidangkuasa ke atas Keluarga McDonald’s.

    3. apabila kami memindahkan hak dan obligasi kami selaras dengan perjanjian kami dengan anda; dan/atau

    4. apabila kami dikehendaki untuk memenuhi obligasi-obligasi kami kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan (samada di dalam atau diluar Malaysia).

    McDonald’s adalah komited untuk mengambil segala langkah bagi menjaga keselamatan maklumat peribadi. Kami mempunyai prosidur-prosidur teknikal, pentadbiran dan fizikal yang dirangka untuk menghindari berlakunya pendedahan maklumat peribadi secara tak sengaja, salah di sisi undang-undang atau kehilangan, akses, pendedahan, penggunaan, pindaan atau kemusnahan yang tidak sah. Walaupun kami mengambil segala langkah-langkah keselamatan untuk menjaga sistem-sistem maklumat kami, tiada jaminan 100% bahawa laman sesawang, aplikasi mudah alih, sistem komputer atau penghantaran data melalui internet atau lain-lain rangkaian terbuka adalah selamat sepenuhnya.

  11. Penyimpanan Maklumat Peribadi

    Kami menyimpan maklumat peribadi untuk sesuatu tempoh yang perlu bagi memenuhi tujuan-tujuan yang digariskan dalam Kenyataan ini dan selaras dengan polisi-polisi McDonald’s berhubung penyimpanan rekod-rekod. Tempoh penyimpanan yang lebih lama mungkin diperlukan selaras dengan kehendak atau apa yang dibenarkan oleh undang-undang.

  12. Penghantaran Data Antarabangsa

    McDonald’s adalah franchisi didalam Keluarga McDonald’s, satu organisasi global yang mempunyai proses perniagaan, struktur pengurusan dan sistem-sistem teknologi yang merentasi sempadan. Oleh itu dan tertakluk kepada Kenyataan ini, kami boleh berkongsi maklumat tentang anda di kalangan Keluarga McDonald’s dan menghantarnya ke negara-negara di mana Keluarga McDonald’s menjalankan perniagaan yang bersangkut-paut dengan kegunaan yang dinyatakan di atas. Negara-negara tersebut mungkin tidak mempunyai tahap penjagaan keselamatan data seperti yang ada di dalam negara di mana anda memberikan maklumat tersebut.

  13. Pindaan Kepada Kenyataan Privasi

    Kami boleh meminda Kenyataan ini dari masa ke semasa. Jika kami meminda Kenyataan ini, kami akan memuat naik versi pindaan terbaru di laman sesawang rasmi kami dan menukar “Tarikh Berkuatkuasa” pada bahagian atas Kenyataan ini. Kami menggalakkan anda untuk melayari laman sesawang rasmi kami pada masa ke semasa untuk mendapatkan versi Kenyataan kami yang terkini.

  14. Nama-Nama Pihak

    Disepanjang Kenyataan ini, “McDonald’s” merujuk kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (No. Syarikat 65351-M), iaitu Pemegang Lesen Pembangunan McDonald’s di negara Malaysia.

  15. Bagaimana untuk menghubungi kami

    Alamat Pos : Jabatan Undang-Undang
    Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd
    Level 6, Bangunan TH Damansara Uptown 3
    No. 3, Jalan SS 21/39, 47400 Petaling Jaya
    Selangor Darul Ehsan
    Malaysia
    Untuk perhatian : Pengarah Undang-Undang

    atau melalui emel ke alamat [email protected]