Tajuk Buku:
Si Kembar Keluarga Zaki Pengembaraan Belantara
Tarikh Penerbitan:
21 Januari 2021
Ringkasan:
Keluarga Zaki bersama mesin masa mereka telah menuju ke savana Afrika untuk mengkaji badak hitam yang jarang dijumpai! Semasa mereka sibuk memerhatikan sekumpulan badak, seekor anak badak telah melarikan diri dan Farah cuba mengejarnya kerana takut ia akan hilang. Namun, ibu badak tersebut menyangka Farah cuba menakut-nakutkan anaknya dan mula menyerang mereka sekeluarga! Ketahui apa yang bakal berlaku dalam Buku 10 Si Kembar Keluarga Zaki: Pengembaraan Belantara.