MR SHANUSI BIN AHMAD's photo

MR SHANUSI BIN AHMAD

From KOLEJ VOKASIONAL ROMPIN

Nominated by WAN FAIZAL BIN HAMZAH

Merupakan seorang ketua penyelaras program SLDN McDonald's. Usaha beliau telah membantu dan memberi harapan kepada setiap pelajar yang kurang cemerlang dalam akademik untuk mendapat jaminan pekerjaan. Beliau juga banyak menjalankan tuisyen percuma kepada murid sekolah beliau. Beliau mencadangkan dan telah membawa anak yatim dan guru dari sekolah beliau untuk program perantarabangsaan di UK dan memberi pendedahan pelajaran bersama murid di UK. Memegang jawatan sebagai ketua sekretariat NBOS dan projek yang paling memberi impak adalah "Kita.Recycle" - membantu KPM menjimatkan perbelanjaan penyelengaraan. Beliau berjaya menolong lebih 26 ribu calon murid untuk memperoleh sijil SKM. Seawal 10 hari perkhidmatan beliau dia KVSAS beliau telah mengubah lanskap sekolah tersebut daripada sekolah yang serba kekurangan seperti mengecat dewan, mengubah budaya kerja serta menyediakan fasiliti untuk kemudahan pihak sekolah. Beliau juga menggunakan duit sendiri untuk menaja guru di sekolah beliau untuk menyertai pertandingan antarabangsa inovasi dan berjaya mendapat juara emas. kejayaan beliau cukup memberi inspirasi bagi semua warga sekolah.

Back Back