MR KALAI ANAK AMPI's photo

MR KALAI ANAK AMPI

From SK NANGA TAU

Nominated by CANDY YAP SZE CHING

Sepanjang 4 tahun tempoh perkhidmatan disini, beliau disenangi penduduk tempatan kerana sikap dan keperibadian beliau yang cukup ramah. Teknik pembelajaran beliau tidaklah begitu susah ataupun terlalu moden, malah muridnya lebih memahami dan senang difahami. Peratusan UPSR melonjak 94%  dan 100% bagi subjek BM semenjak kehadiran beliau.  Beliau menghantar latihan ke setiap rumah panjang, mengutip semula terus kembalikan selepas siap di semak oleh beliau ketika covid-19 melanda menyebabkan kegigihan beliau dikagumi muridnya. Pada awal kemasukan ke sekolah (2018) beliau juga seorang guru tarian yang membakar semangat anak didiknya untuk terus berusaha sehingga akhirnya menjadi johan setelah 2 tahun berusaha. Menjaga kebajikan muridnya di asrama kerana beliau juga seorang warden dan tidak pernah mengharapkan balasan. Penghubung antara pelajar dan ibubapa sekiranya terputus bekalan asrama. Menghantar mereka sendiri pulang dengan selamat sekiranya ingin balik ke rumah panjang. 

Seringkali melakukan aktiviti zumba di hujung minggu bersama pelajar asrama untuk sentiasa sihat dan ceria. Tanggungjawab sebagai Setiausaha PIBG di awal perkhidmatanya berjaya merapatkan jurang antara Ibubapa dan guru dan banyak program dilakukan seperti "Ziarah Cakna" - mencari murid yang berbakat, murid yang mempunyai masalah disiplin, murid yang mempunyai masalah kewangan dan sebagainya.   

Turut membantu ibubapa yang mempunyai masalah pengankutan turun ke bandar dan menuai padi bersama mereka ketika musim menuai 2020. Seorang yang ringan tulang membantu sesiapa sahaja tidak kira apa jua keadaan dan waktu. 

Back Back