MR JOHARI MOHAMAD's photo

MR JOHARI MOHAMAD

From SMK DATO' IBRAHIM YAACOB

Nominated by BAIZURA BINTI MOHAMAD

Pernah berusaha mengumpul dana daripada rakan guru dan sahabatnya apabila mendapat tahu ada anak muridnya yang terpaksa menolak tawaran untuk masuk ke IPT akibat masalah kewangan. Sekali lagi, tahun lalu beliau berusaha mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak kerana 4 orang anak muridnya yang berstatus B40 mendapat tawaran melanjutkan pengajian d UiTM kerana beliau mahu melihat semua anak murid yang rapat dengannya berjaya melanjutkan pelajaran dan mendapat kerja yang baik suatu hari nanti bagi mengubah taraf hidup masing-masing. Sanggup mengeluarkan wang simpanannya untuk membeli laptop dan printer sebagai hadiah kepada anak murid berkenaan yang tidak berkemampuan kerana berasa bangga apabila ada anak muridnya yang menyambung pengajian ke UiTM kerana beliau juga adalah bekas penuntut d UiTM. Beliau mahu menjadi 'duta kecil' UiTM kepada anak-anak didiknya. Beliau sentiasa menyokong setiap perniagaan kecilan bekas anak muridnya dengan membelinya. Ada kalanya dia akan turut sama membantu mempromosikan perniagaan tersebut. Beliau juga selalu menyokong murid-muridnya untuk menjadi yang terbaik dalam karier masing-masing. Ada juga anak muridnya yang berjaya menjadi selebriti terkenal hari ini dalam industri seni tanah air yang sebelum ini di peringkat sekolah beliau berusaha menghantarnya ke beberapa pertandingan nyanyian bagi menggilap bakat bekas murid tersebut. Hari ini beliau merasa bangga dengan bekas anak didikannya itu kerana telah berjaya memasuki industri seni tanah air dan terkenal di Malaysia. tahun ini, beliau menerima pengiktirafan setelah dipilih oleh jawatankuasa penganjur dalam '#Bersama2.0 : SPOTLIGHT ON HEROES' oleh Syarikat Sime Darby Property atas usahanya kepada murid-murid dan komuniti setempat dalam mendepani pandemik Covid-19.

Back Back