Past Years
Winners

Mr Narizan Bin Hj Baserah

From SK Jernang, Sungkai, Perak

Mr Narizan Bin Hj Baserah's photo

Nominated by Mohd Kairul Amri Bin Dolah

Cikgu Narizan merupakan seorang guru besar di sekolah kebangsaan jernang, sungkai. Sekolah kebangsaan Jernang merupakan sekolah murid orang asli yang terletak jauh di pedalaman awe. 100% murid di sekolah ini terdiri daripada suku kaum semai. Beliau merupakan seorang guru besar yang sangat berdedikasi dan memberi inspirasi kepada guru-guru dan anak murid di Sk Jernang. Di sekolah, panggilan mesra di kalangan guru dan murid sekolah adalah 'abah'. Seoanjang perkhidmatan beliau sebagai guru besar di sk jernang, banyak perkara yang telah dilakukan untuk kemenjadian murid dan guru. Beliau berjaya membentuk suatu suasana yang harmoni di sekolah. Banyak aktiviti yang dijalankan dibawah arahan beliau di sekolah telah berjaya mengubah landskap sekolah daripada sebelumnya. Antaranya adalah program bacaan pagi yang terlah berjaya memberi perubahan kepada kemahiran membaca murid-murid dan keyakinan diri mereka dalam berhadapan dengan orang lain. Program zumba(senaman pagi) yang dikendalikan oleh guru dan murid setiap hari telah berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah. Murid begitu seronok dan teruja untuk berzumba pada setiap hari. Projek keceriaan sekolah telah berjaya mengubah suasana sekolah kepada lebih ceria dan menarik serta memberi keselesaan kepada guru dan murid. Guru besar juga merupakan sorang yang rapat dengan masyarakat setempat. Beliau bersama-sama guru-guru selalu berkunjung ke rumah murid samada yang tidak hadir ke sekolah ataupun murid yang berpotensi di sekolah. Bagi murid yang tidak hadir, perbincangan di lakukan dengan ibu bapa supaya kehadiran murid dapat ditingkatkan. Bagi murid yang berpotensi, ziarah dilakukan bersama buah tangan seperti hamper untuk memberi penghargaan kepada ibu bapa yang berjaya mendidik anak yang cemerlang baik dari segi akademik dan sahsiah dan kokurikulum. Perkara ini memberi inspirasi kepada masyarakat sekeliling untuk mendidik anak di rumah supaya menjadi lebih cemerlang. Pelbagai usaha juga dilakukan untuk murid terutamanya dari segi pakaian seragam murid. Beliau berusaha mencari dana untuk membeli 1 set pakaian lengkap termasuk baju kemeja, seluar, baju kurung, kain, kasut dan stokin untuk semua murid di sekolah. Dengan usaha ini, semua murid dapat memakai pakaian yang cantik dan kemas berbanding pakaian mereka sebelumnya. Kita sedia maklum bahawa masyarakat orang asli kebanyakannya tidak mampu untuk membelikan pakaian baru untuk anak mereka. Dengan bantuan yang dilakukan oleh Encik Narizan kepada masyarakat orang asli di sini, meraka dapat memakai pakaian baru yang lebih selesa dan kemas. Pelbagai kejayaan lain juga banyak dicapai oleh Sk Jernang sehingga ke peringkat kebangsaan. Antaranya : 1) menjadi johan di seminar perkongaian amalan terbaik kelas dewasa murid orang asli peringkat kebangsaan 2018. 2) berjaya melahirkan seorang best picher peringkat kebangsaan mssm sofbol 2018. 3) mengekalkan kejuaraan dalam bidang merentas desa peringkat daerah untuk kali ke6 berturut-turut. 4) berjaya mengekalkan kejuaraan sofbol kali ke 8 berturut-turut di peringkat daerah batang padang. Encik Narizan sangat memberikan inspirasi kepada kami warga SK JERNANG dan seharusnya diberikan penghargaan kepada beliau. Hasil bimbingan beliau sebagai guru besar menjadikan Sk jernang lebih baik dan banyak kejayaan dicipta. Semua perkara yang kami lakukan di sk jernang boleh di lihat di facebook page sk jernang dan chanel youtube sk jernang. Facebook : www.facebook.com/skjernang dan youtube: https://www.youtube.com/channel/UCe-tB1D6RjMai5-XuXvqkcA.

 

Back