2020
Submission

Mr ABDUL MUIZ BIN HUSSIN

From SK Kompleks Sultan Abu Bakar

Mr ABDUL MUIZ BIN  HUSSIN's photo

Nominated by MOHD ZULKAFLI BIN MOHAMED

Kisah sahabat baik saya ini perlu diberi perhatian oleh pihak Mcdonalds kerana usahanya sangat unik dan luar biasa. Sahabat saya ini bernama En Abdul Muiz Bin Hussin dan merupakan guru opsyen Sains. Namun beliau mengusahakan kelas Bahasa Mandarin di hujung kampung nelayan berdekatan dengan lokasi sekolah beliau bertugas. Guru Melayu, opsyen Sains tapi ajar cakap Bahasa Cina. Unik bukan? Apa yang uniknya, beliau sendiri tidak pernah mendapat pendidikan formal di SJKC. Beliau hanya belajar bertutur Bahasa Mandarin ketika menuntut di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dari tahun 2007 hingga 2012 secara tidak formal dari seorang rakan bernama Hii Chiang Teck. Atas kesedaran kepentingan penguasaan bahasa ketiga di kampung nelayan iaitu Kg Pendas Laut, Gelang Patah, Johor beliau memulakan kelas Bahasa Mandarin ini bermula Januari 2019 hinggalah kini. Beliau tahu kampung nelayan kecil itu dihimpit arus pembangunan Forest City, Pelabuhan Tanjung Pelepas, Legoland, UEM Sunrise dan Puteri Habour yang memerlukan murid perlu menguasai bahasa asing selain dari Bahasa Inggeris. . Aktiviti pembelajaran dua hala yang begitu kreatif menarik minat dan membolehkan murid menguasai bahasa mandarin ini kurang masa satu tahun. Aktiviti luar biasa yang dilakukan oleh guru ini ialah praktikal jual ikan di pasar, dimana murid-murid diletakkan di pasar dan membantu peniaga menyebut harga ikan dalam Bahasa Mandarin. Hal ini memberi situasi menang menang kepada murid dan orang kampung. Orang kampung mudah untuk berniaga dan murid mendapat pembelajaran yang bermakna. Selain pembelajaran yang menarik dalam kelas, banyak lagi aktiviti luar dilakukan dan setiap aktiviti diterapkan elemen Bahasa Mandarin supaya murid biasa menggunakannya. Aktiviti lain ialah memancing, memanah, bermain nerf, badminton dan jamuan akhir tahun. Kelebihan beliau boleh bertutur dalam bahasa mandarin menyebabkan pihak sekolah mudah memohon sumbangan dari pihak koperat. Dan juga memberi peluang kepada murid-murid menyertai program luar yang menarik. Baru 3 bulan mengusahakan kelas mandarin ini, dugaan yang cukup besar menimpa beliau. Beliau dipindahkan ke sekolah lain serta merta. Jadi beliau kurang masa interaksi dengan muridnya. Kelas mandarin ialah pada waktu malam dan beliau menggunakan sesi persekolahan untuk sedikit sebanyak melatih murid bertutur. Walaupun dipindahkan secara serta merta ke sekolah lain, beliau tidak patah semangat dan masih meneruskan kelas mandarin dengan murid murid sekolah lama. Akhir kata saya seikhlas hati mencalonkan sahabat saya ini, ,kerana seorang guru melayu yang tidak pernah belajar di SJKC tetapi mengusahakan kelas Bahasa Mandarin kepada anak anak kampung nelayan merupakan usaha murni satu dalam seribu. Mungkin ini ialah yang pertama dalam Malaysia. Sekian terima kasih.

Back