Mrs Pn Noraida Binti Mat Jini's photo

Mrs Pn Noraida Binti Mat Jini

From Sk SERI INDAH

Nominated by Mohamad Ridzuan Bin Mohamed Ali Jinnah

Membesar sebagai seorang anak yatim yang kehilangan ayah bukan suatu perkara mudah. Banyak yang tidak dapat ibuku mengajar dek kerana kesibukan membanting tulang demi mencari rezeki untuk aku dan adik-adikku. Namun Tuhan menghadirkan seseorang yang banyak mengubah hidup dan mengajarkan ku ketika itu. Pn Noraida Binti Mat Jini. Kesalahan pertamaku ketika itu adalah batas pergaulan. Aku dilahirkan sebagai anak lelaki yang sulung dan mempunyai tiga orang adik perempuan. Di sekolah aku suka bermain secara kasar dengan pelajar perempuan yang lain, dan Pn Noraida mendapat aduan bahawa aku menarik tudung rakan kelasku ketika bermain sewaktu rehat. Beliau segera memanggilku dan memaklumkan perkara itu kepada ibuku. Setelah perbincangan bersama ibuku, Pn Noraida ketika itu merupakan guru kelasku 1 Kuning, memanggilku dan menasihati aku. Setelah kejadian itu, Pn Noraida sering menasihatiku dan memngajarku untuk menjadi seorang yang lebih berdikari di dalam hidup. Walaupun beliau tidak mengajarku di darjah dua sehingga aku tamat peperiksaan UPSR, namun beliau sentiasa akan memantau keputusan aku sehingga aku berjaya mendapat 5A di dalam keputusan UPSR. Selain itu, beliau akan memberi peluang kepadaku untuk menyertai pertandingab sewaktu di sekolah rendah. Berkat usaha guru-guru SK SERI INDAH telah membuatkan aku berjaya menempatkan diriku bagi menyambung pelajaran sekolah menengahku di salah sebuah sekolah berasrama penuh (SBP). Antara nasihat yang saya masih ingat sehingga kini adalah , 'Cikgu mungkin tidak akan berada dengan Wan sampai bila-bila, namun doa cikgu sentiasa bersama Wan sehingga akhir hayat cikgu Aku bersyukur walaupun Tuhan mengambil ayahku terlalu awal, namun Tuhan menghadirkan malaikatNya yang ku gelar sebagai 'Cikgu' untuk membimbing dan membantu urusanku di dunia. Terika Kasih Cikgu atas doamu yang banyak membantu aku di dunia yang fana ini.

Back