Mdm Mazura bt Ghazali's photo

Mdm Mazura bt Ghazali

From SK BINTANG

Nominated by Nur Qaisara Damia bt Muhammad Ilias

Cikgu Mazura binti Ghazali ialah seorang yang penyayang, baik hati, dan saling mengambil berat. Selain itu, Cikgu Mazura merupakan guru pendidikan semi visual di kelas saya. Beliau seorang yang sangat berpengetahuan luas tentang tentang seni lukisan, lukisan Cikgu Mazura amat cantik.. Di samping itu, Cikgu Mazura merupakan seorang panel pemeriksaan kertas bagi mata pelajaran bahasa melayu penulisan UPSR. Guru ini juga seorang yang pemurah kerana pernah membantu saya untuk menggunakan laptopnya untuk menjawab soalan Permata Pintar 2021. Beliau juga sentiasa berpandangan positif. Selain itu, Cikgu Mazura juga banyak melatihkan murid dalam pertandingan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Cikgu Mazura telah melatih saya dalam menyertai pertandingan mewarna poster Sempena Minggu Sains Negara. Beliau juga seorang yang mengajar mengikut kemahiran PAK21. Sebanyak 8 peta pemikiran telah diajar kepada saya. Kini saya memahami kesemua peta pemikiran tersebut dan diaplikasikan dalalm kehidupan seharian.Beliau juga suka melaksanakan kuiz bersama anak didiknya iaitu Kuiz Bahasa Melayu yang melibatkan tatabahasa .Saya amat berterima kasih kepada Cikgu Mazura di atas jasa-jasa beliau dalam usaha mendidik anak bangsa tercinta. Terima kasih cikgu dan saya doakan semoga cikgu terus cemerlang dan gemilang di SK Bintang, Setiu, Terengganu.

Back