2020
Submission

Mrs NURLISA BINTI KAMBA

From SK PADANG BERAMPAH

Mrs NURLISA BINTI KAMBA's photo

Nominated by Claryssa Roberta Geduquio

Cikgu Nurlisa Binti Kamba ialah guru subjek Bahasa Melayu saya. Beliau mengajar saya sejak saya berada di Tahun Empat. Kini, saya berada di Tahun Enam. Cikgu Nurlisa juga merupakan Guru Penyelaras Bestari di sekolah saya iaitu SK Padang Berampah Sipitang. Cikgu Nurlisa menjadi guru inspirasi saya apabila beliau telah mencungkil bakat lakonan dalam diri saya. Akaun Youtube Cikgu Nurlisa yang dinamakan Chekgu LK mempunyai kira-kira 20,523 jumlah pengikut. Cikgu Nurlisa banyak memuat naik video aktiviti-aktiviti di sekolah dalam akaun youtubenya. Begitu juga dengan filem pendek yang dilakonkan oleh saya. Di sekolah, murid-murid sangat teruja apabila Cikgu Nurlisa memuat naik video yang memaparkan wajah-wajah mereka. Filem pendek Budak Baru yang dilakonkan oleh saya dan rakan-rakan telah mendapat sambutan yang sangat baik di media sosial. Tidak sangka juga apabila laman facebook rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia telah berkongsi filem pendek pada 25 November 2019 yang telah dikongsi semula oleh orang ramai kira-kira 2400 akaun di media sosial termasuk mantan Menteri Pendidikan iaitu Dr. Maszlee bin Malik di akaun Facebook peribadinya. Saya dan rakan-rakan yang lain sangat gembira dan bangga apabila filem pendek kami telah mencecah sehingga 2,143,998 jumlah tontonan di Youtube. Beliau seorang yang banyak memberi motivasi kepada saya dan rakan-rakan untuk mencapai hasil yang tidak dijangka kerana walaupun filem pendek kami tidak berjaya di Pertandingan Sabah Screen Fest, tetapi filem pendek kami telah mendapat perhatian orang ramai termasuk di negara jiran. Saya pada mulanya tidak mempunyai keyakinan untuk berlakon di hadapan kamera. Namun, Cikgu Nurlisa sering memberikan tunjuk ajar dan meyakinkan kami bahawa kami mempunyai bakat yang terpendam. Terima kasih Cikgu sebab dapat melihat bakat yang kami tidak sedari. Di dalam kelas, Cikgu Nurlisa sering memberikan kami hadiah. Buku Ganjaran yang digunakan semasa beliau mengajar, kami akan berusaha untuk bersaing secara sihat untuk memenuhkan buku ganjaran tersebut. Beliau juga banyak memperkenalkan teknik-teknik dalam menjawab kertas UPSR Bahasa Melayu terutamanya Bahasa Melayu Penulisan. Siapa kata subjek Bahasa Melayu itu subjek yang membosankan? Kami sering tertunggu-tunggu kehadiran Cikgu Nurlisa walaupun beliau merupakan guru yang tegas tetapi boleh membuatkan kami terhibur di dalam kelas. Selain itu, saya juga dilatih menjadi pemidato sekolah. Walaupun saya tidak pernah mengetahui kemampuan untuk saya berpidato. Kini, saya lebih yakin untuk tampil di hadapan orang ramai. Cikgu Nurlisa sangat aktif dalam mengajar murid-murid di sekolah saya dalam ICT. Memandangkan beliau banyak menganjurkan pertandingan berkaitan ICT, ramai murid di sekolah kami yang peka dengan kemahiran asas komputer walaupun datang dari keluarga yang kurang berkemampuan. Beliau telah menyemarakkan budaya penggunaan Frog VLE di sekolah. Apatah lagi, pada tahun lepas murid-murid bersaing dalam Frog VLE Championship sehinggakan murid di sekolah kami ada yang mendapat tempat ke-10 dalam Carta peringkat antarabangsa dan Kebangsaan pada tahun lepas. Beliau guru inspirasi saya kerana selalu perhatian dengan pencapaian kami.

Back