Nominees

Mr CG Mazlan

From SMK Sultan Omar

Mr CG Mazlan's photo

Nominated by Mohd Azmerruddin bin abdullah

Seorang guru namanya cikgu mazlan dialah yang telah merubah perangai seorang pelajar yang sangat nakal dan tidak disukai oleh guru2 lain hingga menjadi seorang ketua pengawas. Beliau telah membuat satu keputusan yang amat berat ketika itu dengan memilih aku sebagai ketua pengawas.. Bayangkan daripada seorang pelajar yang suka hisap rokok dalam tandas sekolah, buli, biadap terus jadi ketua pengawas.. Tapi sebelum jadi ketua pengawas dia basuh aku kaw2 dengan nilai agama.. Dan hantar ke beberapa program kepimpinandan asbab daripada itu aku juga sekarang telah menjadi seorang guru.. Sekarang aku suka bersama dengan budak2 nakal.. aku bagi dia tanggungjawab dan titik nilai agama sama seperti guru aku mengajar aku dulu.. Dan alhmdulillah hari ini nampak perubahan pada budak2 tersebut.. Sekarang aku memilih untuk menjadi warden atas dasar untuk melihat mereka berjaya pada satu hari nanti.