Nominees

Mr wan mohd saifuddin bin wan hasan

From smk bandar t6

Nominated by Nor Syafiq bin Nor Yazid

Saya merupakan pelajar baru di sekolah ini, saya mulai bersekolah di s ini pada tahun 2017. Masih ramai yang tidak mengetahui latar belakang saya. Saya merupakan menghidap penyakit Deklasia namun hasil daripada rawatan yang dijalankan penyakit saya dapat diatasi walaupun tidak pulih sepenuhnya. Masih ada perasaan malu, tidak yakin diri, tidk berani dan kesukaran berkomunikasi. Pada Hari Jumaat selepas sahaj kelas tambahan sejarah, pertemuan dengan Cikgu Wan Mohd saifuddin memberi lembaran baru dalam kehidupan saya sebagai seorang pelajar. Kisahnya bermula apabila tayar basikal saya bocor dan Cikgu Wanlah yang membantu saya dengan menghantar saya pulang ke rumah. Allah telah menjadikan peristiwa tersebut untuk menemukan saya dengan seorang guru yang berjiwa murni, kental, sangat rajin , sentiasa positif dan berhati baik. Hari demi hari saya lalui persekolahan seperti biasa, rutin saya tidak pernah berubah tetapi di sekolah baru ini ada seseorang yang telah mengubah norsyafiq yang lama dahulu menjadi norsyafiq yang baru dan lebih baik. Saya bukan lagi pelajar yang dibuli, takut ke hadapan, pemalu tidak bertempat, tidak yakin diri ataupun kaku. Cikgu Wan telah mengubah saya menjadi Norsyafiq yang baru kerana berani tampil ke hadapan. Bermulalah episod baru saya di sini. Cikgu Wan terkenal di sekolah kerana kreativiti yang luar biasa. Mustahil seoranng guru memegang 4 buah bilik khas disekolah tetapi pihak sekolah telah memberi kepercayaan kepadanya dengan menguruskan Galeri PIBK ( satu-satunya di negeri Johor), Galeri Sekolah, Bilik Audio dan Bilik Darjah. Apa kaitan semua bilik ini dengan saya?.. Ada hubungan bilik ini dengan saya terutamnya Galeri Sekolah. Saya sangat terharu sehingga menitiskan air mata apabila Cikgu Wan memberi kepercayaan kepada saya untuk menjadi setiausaha Galeri Sekolah. "bermacam-macam persolan bermain di benak fikiran saya, adakah saya mampu adakah saya berupaya". Saya pernah bertanya kepada beliau" Kenapa cikgu pilih saya tidak pelajar lain sedangkan cikgu tahu keadaan yang saya alami". Jawapan Cikgu Wan telah memberi satu tenaga baru dalam diri saya " Semua orang ada potensi masing- masing dalam diri dan saya melihat awak mempunyai potensi tersebut cuma perlu dibimbing dan diasah" katanya lagi " Allah tidak menzalimi umatnya dan saya akan buktikan apa yang dikataNYA benar" .Mendengar kata-katanya itu sekali lagi air mata saya tidak berhenti jatuh dan beliau sempat memgang bahu saya dan berkata" buktikanlah sesuatu dan ciptalah sesuatu dan saya akan membantu". Sepanjang saya bergelar pelajar, inilah kali pertama seorang guru memberi keprcayaan luar biasaa kepada saya dan menjadi inspirasi kepada saya. Dalam menyiapkan Galeri Sekolah banyak pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga dilakukan oleh Cikgu Wan tetapi tidak ada langsung keluhan ataupun kelihatan tertekan...senyuman yang sering diukir. Selama 3 bulan setengah saya, ajk dan Cikgu Wn mengabdikan jiwa raga di galeri tersebut.. Tiada lagi istilah cuti hujung minggu Jumaat dan Sabtu sebaliknya kami menjadi sebuah keluarga dan disitulah rumah kami. makan, minum dan solat disitu.Dengan izin Allah galeri itu siap sepenuhnya dan dirasmikan dengan jayannya oleh Pengarah YPEIM negeri Johor. Bermulalah perjuangan diri saya pad hari perasmian tersebut, saya dipertanggungjawab untuk memberi penerangan kepada para tetamu dan perasmi pada hari tersebuut. Debaran jantung saya berdegup lagu, mata saya memandang Cikgu Wan dan beliau mengangukan kepala dan mengangkat ibu jarinya tanda bagus. Semangat, kepercayaan dan keyakinan yang diberikan olehnya seperti satu roh yang meresap ke dalam jiwa saya. Alhamdulillah saya mampu memberi penerangan pada setiap ruangan yang ada dalam bilik tersebut dengan baik dan lancar. Saya sendiri merasakan seperti ada satu keajaiban luar biasa yang berlaku dan guru-guru memuji kepetahan dan kelancaran saya berhadapan dengan tetamu. rakan-rakan juga tidak percaya kepada keupayaan saya sedangkan di dalam kelas saya sangat pendiam keran tiada keyakinan untuk bertanya. Cikgu Wan telah memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi seorang pelajar yang berketrampilan dan berkeyakinan.. bermulaa dari detik itu saya tidak lagi rasa rendah diri tetapi menjadi seorang yang lebih berani ke hadapan. Kisah ini tidak berakhir di sini, seklai lagi kepercayaan diberikan kepada saya untuk terlibat dalam persembahan gimik dalam sebuah program besar di sekolah. saya menyahut cabaran ini dan di kali ini saya melihat betapa besarnya pengorbanan guru bergelar Cikgu Wan, beliau rela menghabiskan masa dan tenga untuk melatih kami sepasukan pada sebelah malam dari pukul 9.00 sampai 11.00 malam selama dua minggu berturut-turut dan kami dianggap seperti anaknya sendiri. 3 hari saya berkampung di rumahnya dan dijaga seperti anaknya sendiri. bangkit sahaj dari tidur sudah disipakan nasi dan air serta pakaian sekolah siap digosok dan digantung rapi. Saya sangat terharu dan merasakan diri dihargai. Tibalah hari persembahan, semua guru dan rakan terkejut melihat saya di atas pentas bersama rakan yang lain untuk persembahan tarian tersebut.. Terdengar sayup-sayup nama saya disebut oleh rakan-rakan yang lain..Ketika itu debaran dan perasaan takut bercampur baur. Sekali lagi kata-kata Cikgu Wan bermain di minda dan akhirnya saya berjaya menari dengan baiknya walaupun inilah kali pertama saya berada di pentas yang besar disaksikan ratusan orang serta inilah kali pertama saya menari.Sekali lagi rakan serta guru memberi pujian kepada saya. Seperti biasa Cikgu Wan melemparkan senyuman terharu dan memberikan ucapan tahniah. impak dari kejayaaan saya dalaam menyampaaikan penerangan yang baik dan juga membuat persembahan dengan sempurna memberi kesan lluar biasa kepada saya dalam peningkatan akademik saya sudah mula bertanya dalam kelas, sudah memberi respons yang baik ketika pembelajaran, aktif dalam aktiviti berkumpulan dan berkeyakinan untuk bercakap dan memberi idea. Kini saya tidak lagi takut ke hadapan, Cikgu Wan merubah saya menjadi seorang yang lebih baik. Banyak aktiviti di sekolah saya terlibat saya membuat persembahan ketika persaraan guru di sekolah, terlibat dengan pantun, membaca doa di hadapan dan sebaianya. Kepercayaan demi keprcayaan diberikan, kali ini saya diserap dalam pasukan layang-layang sekolah. Semua pelajar ingin menyertai pasukan ini keran penglibatannya peringkat Anatarabangsa dan pasukan ini menjadi watak dan ikon kepada sekolah kami. Sudah 8 tahun Cikgu Wan bersama pasukan ini dan banyak kejayaan ditimpa di peringkat Antarabangsa misalnya tempat pertama acara layang-layang 2D, Tempat 1 dan 3 layang-layang Train kite, ketiga Wau Bulan dan Johan banner padang. Saya tidak mempunyai asas berbanding pelajar lain kerana mereka yang lain ahli yang lama. Kesungguhan cikgu wan yang mengorbankan masa, wang ringgit serta cuti beliau menyebabkan saya sangat kagum dan bangga memiliki seorang guru luar biasa ini. Cikgu Wan tidak jemu membawa saya ke rumah penggiat seni wau untuk belajar teori dan praktikal. saya masih ingat 2 hari sebelum pertandingan kami semua tidur di sekolah dan Cikgu Wan bersama-sama kami menyiapkan layang-layang untuk pertandingan..Kami semua nyenyak tidur tapi Cikgu Wan bersengkang mata mewarna layang-lyang yang dipertandingkan.Saya, pasukan kami dan Cikgu Wan sudah seperti sebuah keluarga kerana hampir 4 bulan kami berkampung di bilik seni menyiapkan layang-layang untuk dipertandingkan. Cikgu Wan mengeluarkan duit poket sendiri untuk membeli makanan untuk saya dan 11 lagi rakan yang terlibat sepanjang tempoh 4 bulan kerja menyiapkan tugasan pertandingan tersebut. Sikap pemurah cikgu Wan memberi inspirasi kepada kami semua.banyak pencapaian saya di sekolah ini bermula atas dasar kepercayaan dan keyakinan luar biasa yang diberikan oleh Cikgu Wan. Saya sudah berani dan berjaya membuktikan kemampuan diri saya untuk menaikan wau berterbangan bebas di udara, saya terlibat dengan pertunjukkan layang-layang Antarabangsa kepada pelajar Indonesia dan juga singapura serta terlibat dalm bengkel layang-layang Negera Turki. Ini kejayaan besar saya hasil didikan seorang guru luar biasa dan hebat. kepercayaan yang diberikan oleh Cikgu Wan kepada saya menjadi satu anjakan baru dalam diri saya. Saya kini tampil sebagai seorang pelajar yang berani dan mampu ke hadapan. terima kasih cikgu Wan kerana memberi inspirasi kepada saya. Saya sebelum ini merupakan pelajar yang tidak yakin, pemalu, tidak berani, gugup di hadapan, kurang percaya diri tetapi sekarang dengan keikhlasan dan kejujuran cikgu Wan membimbing saya dengan menanam keyakinan atas kekurangan diri saya telah melahirkan saya dalam wajah baru yang lebih baik. Jasa cikgu setinggi gunung seluas lautan...