Nominees

Mrs Michele Geraldine Carvalho

From Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang

Mrs Michele Geraldine Carvalho's photo

Nominated by MUHAMAD KHAIRIZUL ISWANNI BIN ISMAIL

Sangat banyak yang hendak diceritakan bagaimana cikgu kesayangan ramai di Sekolah Menengah Sri Kundang boleh menjadi inspirasai bukan sahaja diri saya sendiri, malah beribu pelajar-pelajar yang pernah di ajar beliau. Beliau merupakan cikgu contoh yang bukan sahaja mengajar mata pelajaran inggeris, tetapi seorang insan yang mengajar dan menunjukkan bahawa untuk membuat baik, kita semua tidak perlukan pangkat atau darjat, malah hanya menjadi seorang manusia biasa. Saya merupakan salah seorang anak angkat beliau di mana kami berdua datang dari bangsa yang berbeza, malah beliau tidak sedikit pun menghiraukan dari mana asal usul saya. Bukan saya seorang sahaja, malah beliau mempunyai lebih daripada 10 anak angkat yang datang dari pelabagai bangsa seperti Cina & India. Anak kelahiran Melaka ini, datang dari keluarga bukan berbangsa melayu, menunjukkan kepada kami bahawa, kasih sayang yang beliau curahkan, tidak mengira bangsa serta warna kulit. Beliau sering berkata, yang "warna darah semua manusia adalah sama". Saya pernah ke rumah beliau untuk mengulangkaji pelajaran, disebabkan ketika itu rumah saya sedang diperbaiki menyebabkan sukar untuk saya belajar. Hal yang sama juga terjadi untuk pelajar2 nya yang lain. Mereka juga selalu ke rumah beliau, dan kami semua menganggap yang beliau seperti ibu kandung sendiri. Tidak cukup di situ, malah beliau memang sangat sangat pemurah dan selalu menghadiri ke majlis2 tahlil arwah, melawat pelajar atau ibu bapa pelajar di hospital, melawat ke tanah perkuburan sebagai tanda penghormatan, dan menderma sejadah kepada musolla sekolah tanpa mengharap penghargaan dari siapa pun. Sememang nya, pada siapa sahaja yang mengenali beliau, pasti akan kagum dengan budi pekerti beliau yang sangat baik hati. Saya pernah berborak dengan bekas pembantu rumah beliau, di mana Madam Michele ini membelikan sejadah & telekung untuk pembantu rumah, menyediakan bilik solat mencarikan kiblat untuk kemudahan solat. Banyak rakan-rakan saya pernah bercerita, yang apabila mereka ada apa-apa masalah, mereka tidak segan untuk meminta pertolongan dari Madam Michele, dan Madam Michele tidak sekali mengendahkan permintaan pertolongan mereka. Tidak hairan mengapa beliau sering mendapat anugerah cikgu paling prihatin dan penyayang di sekolah kami untuk hampir setiap tahun. Beliau sememang nya merupakan sumber inspirasi saya, malah untuk semua pelajar di SMK Sri Kundang yang mengenali beliau. Beliau sentiasa mengajar saya untuk sentiasa memaafkan orang lain tidak kira apa pun yang mereka lakukan. Beliau juga akan memaafkan pelajar-pelajar nya walaupun mereka kadang-kadang selalu menyakiti hati Madam Michele. Namun, madam Michele tidak pernah serik untuk memaafkan dan membalas perilaku mereka dengan kasih sayang. Apa yang paling penting, segala tindakan beliau adalah tindakan yang ikhlas dan tidak pernah mengharapkan balasan. Madam Michele bukan sahaja mengajar kami matapelajaran Bahasa Inggeris, malah beliau mengajar kami apa itu erti kehidupan. Berikut merupakan sedikit sebanyak kisah yang dapat saya kongsikan mengenai orang yang telah banyak memberi sumber inspirasi kepada saya dan beribu pelajar lain. Saya berharap, agar kisah ini juga, dapat mencetuskan inspirasi kepada pembaca-pembaca lain dan boleh kita teladani dari insan yang bukan sahaja bergelas Cikgu, malah juga insan yang digelar ibu. Sekian.