Nominees

Mdm Mdm Pia

From KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK

Mdm Mdm Pia's photo

Nominated by MOHD AMIRUL B.MOHD YUSOF

Sejak zaman sekolah dan menengah , saya merupakan pelajar yang jarang diberi perhatian kerana dari segi sikap , rupa dan pencapaian bukanlah yang terbaik. Jarang dibangunkan dari tidur apabila guru mengajar di kelas, kerana kebanyakkan guru merasakan saya pelajar yang tidak beradab. Ini juga berterusan apabila saya masuk ke kolej ini pada tahun lepas. Kebanyakkan guru tidak mengendahkan perangai saya yang 'tidak kisah' sehinggalah saya mendapat guru kelas dan Bahasa Inggeris yang bernama Mdm. Pia. Saya masih kali pertama beliau masuk ke dalam kelas. Mukanya garang tetapi yang peliknya tidak seperti guru lain yang memperkenalkan diri. Beliau memulakan sesi dengan memperkenalkan moto hidup beliau sepanjang 18 tahun di bidang iaitu , 'If you good, I' am an angel, and if you're bad , I'm a devil' dengan menjelaskan dalam Bahasa Melayu. Kami semua tergelak. Semua pelajar fokus padanya termasuk saya , 'si kaki tidur'.Peliknya , jika beliau masuk kelas , ada saja cerita tentang duniawi darinya selama 15 minit sama ada memperkenalkan 'You Tuber' terkenal ke isu isu sensasi yang mampu menarik perhatian kami.Tidak seperti guru lain, beliau ' amat ramah mesra' dan lebih menekan kan amalan mulia . Berfikiran positif dan amalan mulia kerana 'kepercayaan pada hukum karma atau lebih dikenali sebagai kifarah hidup' Kenapa saya amat menghormati dan merasakan beliau merupakan suri tauladan yang baik? Kisahnya ialah apabila saya mula malas dan kerap tidak hadir. Beliau agak risau dan sentiasa cuba menasihati saya namun seperti pelajar lain , saya tidak dapat memahami hasrat baik beliau dan sering tidak mengendahkannya sehingga suatu hari , saya nyaris gagal dihubungi namun beliau tidak berputus asa. Tibanya, satu hari apabila peperiksaan amali Sains saya akan diselia dari pihak luar dan saya tertidur. Beliau bukan sahaja menelefon kedua ibu bapa saya namun menyuruh semua rakan sekelas untuk cuba menghubungi saya di rumah. Saya terus membalas mesej beliau apabila terjaga dan berkejar ke kolej . Pihak luar agak terkejut dengan perbuatan saya dan menegur saya. Mereka menyatakan bahawa Puan Pia memberikan sebab saya tertidur dan mempunyai masalah di rumah. Beliau menyatakan saya harus diberi peluang kerana ini adalah masa depan saya. Saya terus mencuba untuk menghabiskan amali saya biarpun masa sememangnya suntuk dan peluang lulus amat tipis.Beliau tetap suruh saya masuk dan buat terbaik. Selepas itu,saya mendapat tahu , beliau telah ke bengkel saya sebanyak 5 kali (jauh dari makmal beliau) untuk memastikan pihak pemeriksa menunggu saya dari rakan-rakan saya. I;m sorry Mdm. Selepas siap amali tersebut , saya berjumpa dengan Mdm. Pia. Saya menerangkan masalah keluarga saya .Beliau hanya mengangguk dalam kesedihan . Beliau membeli makanan dan membawa saya ke makmal komputernya sambil menceritakan liku-liku kehidupannya yang susah. Untuk mendapat ijazah , beliau pernah mengajar tuisyen dan bertahan dengan rm 10 seminggu.Tiada jalan mudah untuk mengecapi kejayaan katanya. 'No pain , No Gain'. Alasan saya tidak kukuh namun nasihatnya ialah tetap jangan putus asa. Paling tidak , dapatkan sijil vokasional demi masa depanmu. Kini , sudah 2 tahun saya di dalam kolej ini . Keputusan saya bukanlah yang terbaik tetapi telah meningkat. Dia telah cuba berjumpa dengan pihak peperiksaan banyak kali untuk mencari laternatif jika saya boleh ulang peperiksaan.(Thank You Mdm.) Semua pensyarah dah mula memuji kerajinan saya. Dalam kelas Mdm Pia , saya dikenali sebagai , 'Amirul Darling' jika tidak siap kerja.Yang pastinya , pada waktu Mdm Pia , semua akan kembali aktif and secara automatik berfokus. Kami terkejut kerana Puan Pia , tidak akan mula mengajar sehinnga semua aktif dan berfokus . Peliknya ,saya tidak bagaimana beliau boleh senyum biarpun selalu sibuk dengan pelbagai tugasnya. Biarpun jumpa di mana mana beliau akan menyatakan , 'Insaf ya semua'. Dialog dia menjadi pegangan kami. Yang paling saya suka tentangya ialah sikapnya yang sentiasa menyuruh kami bersatu dan jangan bergaduh tentang perkara -perkara yang kecil. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. MTK2 setia bersama cikgu. Terima kasih cikgu kerana sanggup berleter dan memarahi kami. Nasihat dan sikap cikgu yang suka bergurau senda dan memberikan kami peluang untuk insaf akan kami kenang. Moga Allah memberkati cikgu selalu. Saya berjanji akan memperbaiki diri cikgu dan cuba sedaya upaya untuk lulus di kolej ini. Saya bukanlah pelajar yang cemerlang namun saya akan cuba menjaga nama baik kelas dan cikgu. Kisah hidup cikgu di Sabak Bernam dan bagaimana cikgu berjaya hari ini akan menjadi inspirasi kepada saya dan rakan rakan sekelas agar sentiasa mencuba. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris saya kurang baik but I'll try teacher. As you said , 'Do your best, let god deal with the rest' Thank You Mdm Pia.If not for you, I'll always be a nobody but because of you I am a somebody. ps//Tanyalah satu kolej tentang Mdm Pia , semua akan ingat dialog-dialog famousnya...especially if you're good...dan tidak ada dalam google. Hasil ciptaanya sendiri.