KENYATAAN TENTANG PRODUK ‘Quarter Pounder™ with Cheese’
04 Apr 2016
KENYATAAN TENTANG PRODUK ‘Quarter Pounder™ with Cheese’'s image'

Merujuk kepada mesej yang disebarkan di media sosial tentang penghentian penjualan produk ‘Quarter Pounder™ with Cheese’ di restoran-restoran McDonald's® ekoran “tindakan oleh JAKIM”, kami ingin menafikan sekeras-kerasnya dakwaan ini dan menegaskan bahawa dakwaan itu adalah palsu dan tidak berasas. ‘Quarter Pounder™ with Cheese’ merupakan salah satu produk yang kini dihentikan penjualannya secara berperingkat di restoran-restoran kami di seluruh negara, dalam usaha untuk menyelaraskan rangkaian menu kami bagi membolehkan pengenalan produk-produk baharu di masa hadapan. Kami ingin memberi jaminan kepada para pelanggan bahawa kesemua produk kami dijamin 100% Halal oleh JAKIM atau badan-badan pensijilan Halal yang diiktiraf oleh JAKIM. Berkenaan dengan produk daging lembu McDonald's®, kami ingin menjelaskan bahawa kepingan daging lembu kami diperbuat daripada 100% daging lembu yang diperoleh daripada pusat-pusat penyembelihan di Australia, New Zealand dan Brazil yang diluluskan oleh JAKIM dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia. Seperti kesemua produk kami yang lain, produk-produk daging lembu ini juga disahkan 100% Halal. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang komitmen teguh McDonald's® Malaysia terhadap aspek piawaian dan pematuhan Halal, sila layari http://www.mcdonalds.com.my/food/halal . Kami juga ingin menekankan bahawa McDonald's® Malaysia berhak untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang menyebarkan dakwaan-dakwaan palsu tentang produk-produk kami.

Pihak Pengurusan McDonald's® Malaysia





Regarding a message circulating on social media on the removal of ‘Quarter Pounder™ with Cheese’ from our restaurants due to it being “banned by JAKIM”, we wish to strongly refute this allegation and firmly state that it is completely baseless and untrue. The ‘Quarter Pounder™ with Cheese’ is one of the products being phased out at our restaurants nationwide as part of our menu rationalization to make way for new menu items in the future. We wish to reassure our customers that all our products are certified Halal by JAKIM or by Halal authorities that are recognized by JAKIM. In the case of our beef products, our beef patties are made of 100% beef sourced from abattoirs in Australia, New Zealand and Brazil that have been approved by JAKIM and the Department of Veterinary Services Malaysia. Like all of our other products, the beef products are 100% Halal and certified as such. To learn more about McDonald's® Malaysia’s solid commitment to Halal standards and compliance, please visit http://www.mcdonalds.com.my/food/halal . We wish to emphasize that McDonald's® Malaysia reserves the right to take legal action against anyone spreading false statements about our products.


The Management of McDonald's® Malaysia

Previous Article
Kenyataan Rasmi oleh McDonald's® Malaysia
Pihak kami ingin untuk memberikan jawapan kepada tulisan seseorang yang memberikan nama beliau sebag...
Next Article
Statement on Incident at McDonald's® DT Outlet in Johor Baru
In regards to a reported incident at a McDonald's® DT outlet in Johor Bharu, our team has been worki...