Kebenaran & Pencerahan: Pesanan dari McDonald's Malaysia
08 Dec 2017
Kebenaran & Pencerahan: Pesanan dari McDonald's Malaysia's image'

Kebenaran & Pencerahan: Pesanan dari McDonald’s Malaysia

McDonald's Malaysia sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Trump baru-baru ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini. Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan yang betul, dan mendoakan yang sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini.

Dakwaan bahawa McDonald’s menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar, dusta, palsu dan fitnah. Dakwaan yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mesej WhatsApp juga tidak berasas.

Adalah penting untuk semua mengetahui bahawa perniagaan McDonald's di Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, dan syarikat ini 100% milik tempatan serta pemegang saham terbesarnya beragama Islam.  Kami juga tidak menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik atau keagamaan di mana-mana negara di dunia.

McDonald’s telah lama menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia.  Tanggungjawab sosial korporat amat kami titik beratkan dan lebih RM2.5juta telah dibelanjakan pada tahun ini sahaja untuk lebih 5,000 aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan turun padang di sekitar Malaysia. 

Kami menganggap tuduhan sedemikian sebagai fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain.

Bantulah kami menyebarkan kebenaran dengan berkongsi mesej ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda.

 

Ikhlas daripada,

Azmir Jaafar

Pengarah Urusan & Pemilik Saham Tempatan

Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd.

 

 

 

Previous Article
Free Ice Cream Scam
We have been informed of a purported promotional post by McDonald's® that claims to give out free Mc...
Next Article
Debunking Lies and Slander: A message from McDonald's Malaysia
McDonald’s Malaysia is disappointed that there have been calls for a boycott against our restaurants...