Terma & Syarat
Dengan menyertai peraduan "Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia" semua penyertaan dan peserta dianggap telah menerima keseluruhan terma dan syarat yang dinyatakan. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai Golden Arches Restaurants Sdn Bhd), yang merupakan penganjur peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia, berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa sekiranya diperlukan tanpa sebarang notis.
-
Maklumat mengenai syarat-syarat penyertaan dan bagaimana untuk mengambil bahagian dalam peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia, termasuk semua garis panduan, maklumat, borang dan lembaran fakta, membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.
-
Peraduan ini berlangsung bermula dari 17 Ogos 2018, 00:00:00 sehingga 14 September 2018 jam 23:59:59 (UTC + 08: 00) zon masa Kuala Lumpur, Malaysia. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd berhak untuk melanjutkan tarikh akhir ini sekiranya perlu dan akan diumumkan melalui Facebook rasmi McDonald’s® Malaysia di www.facebook.com/My.McDonalds/.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
-
Untuk menyertai peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia, peserta mestilah mematuhi perkara-perkara berikut:
Langkah 1
Log masuk ke akaun MyMcD di https://www.mcdonalds.com.my/family/login
Langkah 2
Rakam video 5 hingga 10 saat dengan ucapan hari jadi yang paling gempak untuk Malaysia dengan keluarga anda.
Langkah 3
Muat naik video tersebut ke akaun instagram anda dengan menggunakan hashtag #happybirthdaymalaysia55. Anda perlu memastikan akaun instagram anda adalah berstatus PUBLIC ketika peraduan sedang dijalankan untuk supaya pos anda dapat dlihat.
Langkah 4
Hantar penyertaan anda di https://www.mcdonalds.com.my/happybirthdaymalaysia.
Peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini. Setiap seorang peserta hanya akan memenangi SATU KALI untuk peraduan ini.
-
Penyertaan yang tidak lengkap akan ditolak
HADIAH-HADIAH
-
Hadiah:
-
55 Kanak-kanak akan menyambut hari jadi mereka di McDonald’s® dengan percuma!
-
Setiap parti tidak lebih daripada 30 tetamu dan makanan dan minuman McDonald’s® yang bernilai sehingga RM500.
- Pemenang akan diumumkan di halaman Facebook McDonald’s® Malaysia (www.facebook.com/My.McDonalds) dan laman rasmi McDonald’s® Malaysia: https://www.mcdonalds.com.my/happybirthdaymalaysia
- Hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada sebahagian atau bayaran penuh dalam bentuk wang tunai. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd berhak untuk meminda atau menggantikan hadiah dengan yang lain di mana ia mempunyai nilai yang setara pada bila-bila masa.
- Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kerosakan semasa proses penghantaran hadiah.
- Keputusan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd untuk mengesahkan sesebuah penyertaan adalah muktamad dan akan mengambil kira faktor-faktor yang relevan, sesuai, serta tidak terhad, termasuk kriteria seperti di bawah:
- Penyertaan adalah asli serta tiada sebarang kandungan duplikasi, tiruan atau penghasilan semula oleh penyertaan-penyertaan yang lain.
- Penyertaan adalah tidak mengandungi kandungan yang ofensif, haram dan menyentuh sensitiviti masyarakat.
PENGGUNAAN DATA
- Peserta dianggap telah bersetuju membenarkan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd untuk menggunakan maklumat peribadi (termasuk butir-butir peserta, gambar-gambar dan / atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan.
- Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd berhak untuk menggunakan maklumat peribadi yang diterima dari penyertaan untuk tujuan penganjuran peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia termasuk untuk publisiti, perniagaan, promosi tanpa perlu memberitahu peserta. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd akan memastikan data peribadi peserta dan individu terlibat dilindungi dan digunakan hanya untuk tujuan peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia.Peserta dengan ini mengesahkan bahawa mereka telah membaca dan menerima kandungan GARSB’s Privacy and PDP Policy, yang boleh dilayari di https://www.mcdonalds.com.my/support-privacy/bm.
HAK-HAK DAN PEMILIKAN
- Perserta dan penama dianggap telah bersetuju memberikan hak kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd untuk penggunaan maklumat peribadi (termasuk butiran peserta dan penama, gambar-gambar dan / atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan.
- Dengan mengemukakan bahan (butiran peribadi, gambar-gambar dan / atau video) ke dalam portal, perserta dan penama memberi waranti bahawa bahan-bahan tersebut dimiliki oleh mereka atau telah memperolehi hak untuk menggunakan bahan-bahan tersebut dan bersetuju untuk menanggung rugi Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran waranti ini.
- Dengan menyertai peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia, setiap peserta dan penama bersetuju untuk melepaskan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil, syarikat induk gabungan, anak syarikat, pemegang lesen, pengiklanan, promosi, dan agensi, dan penasihat undang-undang, dari sebarang dan semua kerugian, ganti rugi, hak, tuntutan dan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia atau disebabkan daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalah-gunaan hadiah peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia, atau perjalanan ke atau dari sebarang aktiviti yang berkaitan, termasuk tanpa had, kecederaan peribadi, kematian, dan kerosakan harta benda, dan tuntutan berdasarkan hak publisiti, fitnah, atau pencerobohan privasi.
- Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd mempunyai hak mutlak untuk membatalkan, menggantung, menunda atau mengubah-suai hadiah peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia sekiranya terdapat mana-mana program tidak dapat dijalankan seperti yang telah dirancang.
LAIN-LAIN
- Peserta mestilah bersetuju untuk untuk mengambil bahagian dalam sebarang liputan media yang berkaitan dengan peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia.
- Sekiranya tidak berminat untuk mengambil bahagian, peserta hendaklah menghubungi Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd dan wakil agensi yang telah dilantik segera.
- Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kesilapan teknikal rangkaian atau talian, peralatan peranti elektronik, perisian, kesesakan data internet, dan lain-lain. Ini termasuk sebarang kerosakan kepada peranti elektronik peserta atau orang lain yang berkaitan dengan penyertaan dalam memuat turun mana-mana bahan untuk peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia.
- Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, mengangguhkan mahupun mengubah mana-mana program dalam hadiah peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia yang tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab yang berlaku di luar bidang kuasa Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd.
- Hadiah peraduan Ucapkan Hari Jadi Kepada Malaysia boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa notis.
- Terma dan Syarat ini boleh diubah sekiranya perlu dan sebarang perubahan akan dimaklumkan di halaman Facebook McDonald’s® Malaysia (www.facebook.com/My.McDonalds) dan laman rasmi McDonald’s® Malaysia: https://www.mcdonalds.com.my/family.
- Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd berhak, pada bila-bila masa, untuk mengesahkan kesahihan penyertaan, menolak penyertaan atau membatalkan penyertaan yang tidak memenuhi Terma dan Syarat.