MR MOHD HASNIZAN BIN HASIN's photo

MR MOHD HASNIZAN BIN HASIN

Dari SMA MAIWP LABUAN

Dicalonkan oleh MUHAMMAD YATIM BIN SHARIFUDIN

Seorang guru yang disegani kerana pencapaian yang banyak di pelbagai peringkat dan mempunyai pendidikan tinggi. Peningkatan Gred  Purata sekolah sentiasa meningkat saban tahun dan banyak melahirkan pelajar 9A secara konsisten setiap tahun. Beliau pernah membayar kos perjalanan untuk satu pertandingan tilawah di KL secara cash sebanyak RM6000 dan tidak mengharapkan untuk membalas kembali kerana menanggap itu sedekah dan sekaligus pelajar itu akan mengharumkan nama sekolah mewakili WP Labuan. Kos itu dibiayai kerana masalaha teknikal dan penerbangan terpaksa dibatalkan dan beliau mencadangkan untuk menggunakan jalan laut untuk menaiki pesawat di Sabah menuju Kuala Lumpur. beliau turut membina semangat pelajar miskin yang tinggal di asrama untuk tidak rasa merendah diri kerana kemiskinan dia dan membantu murid ini dari segi keperluan. Beliau mencabar murid SPM untuk mendapat keputusan 5A keatas dengan memberi RM500 seorang dengan menggunakan duit gaji beliau sendiri. Walaupun beliau mempunyai masalah tulang belakang sejak 2007, tetapi beliau tidak pernah menunjukkan kesakitan itu satu masalah buat beliau dan meneruskan khidmat beliau sebagai pendidik yang dihormati. 

Kembali Kembali