Mdm ASMAHANI BINTI ABU SAMAH's photo

Mdm ASMAHANI BINTI ABU SAMAH

Dari SMK PONDOK UPEH

Dicalonkan oleh NUR HUSNA AFIFAH BINTI HISHAM

Serorang yang selalu menaikkan semangat muridnya dan mendorong mereka terhadap sesuatu sehingga muncul minat dan berjaya. Beliau akan membantu murid yang ada masalah kewangan dan akan menghantar makanan terus ke rumah mereka. Beliau juga mencari dana untuk membantu pelajar miskin dan yatim untuk memasuki Kolej Vokasional dan berjaya mendapatkan yuran pendaftaran. Beliau akan cuba untuk mengambil hati murid yang mempunyai masalah disiplin dan apabila mereka sudah menjadi kawan, beliau akan membawa murid ini untuk menyertai pertandingan pembinaan prototaip supaya ruang dan masa mereka terisi dan tiada lagi masalah disiplin buat mereka. Beliau sentiasa berada di bengkel sehingga lewat petang untuk mencipta projek kreatif dan menarik walaupun beliau mempunyai keluarga di rumah. Ketika membina projek untuk dipertandingkan, beliau disahkan mempunyai sakit slip disc namum beliau masih meneruskan untuk membantu dan memberi sokongan kepada murid tersebut. Walaupun tidak sempat untuk menghantar projek tersebut kerana kekangan masa, dan tahu murid itu sedih namun neliau tetap memberi semangat untuk berjaya. 

Kembali Kembali