Pemenang Tahun
Lalu

Ms Siti Norziah binti Harun

Dari SMK Lembah Bidong

Ms Siti Norziah binti Harun's photo

Dicalonkan oleh Mohd Yusrafizam bin Mohd Yusop

Bermulanya dari melangkah ke sekolah menengah.dengan membawa keputusan UPSR yang tdak memuaskan.maka bermulalah aku sebagai seorang pelajar sekolah menengah.pada mulanya aku hanya menjadi seorang pelajar yang normal,tidak sehingga masuk 3 4 bulan selepas itu,aku mula berubah selepas terjumpa dengan kawan-kawan yang baru.pada masa itu aku telah menjadi seorang pelajar yang sangat nakal.pada mulanya aku hanya ponteng perhimpunan pagi dan hari-hari aku akan memanjat pagar sekolah aku semata-mata hendak poteng perhimpunan pagi yang bagi aku sangat membosankan.dari mula ponteng perhimpunan akhirnya aku telah mula ponteng sekolah selama berminggu-minggu bersama kawan-kawan,dan kalaupun aku berada dalam sekolah aku tidak juga masuk kelas,malah aku selalu buat kacau dalam sekolah.selalu jugak la kena kejar dengan cikgu.kalau aku di tangkap atau di denda oleh cikgu pasti aku akan membalas dengan merosakkan kenderaan cikgu.aku mmg sngat nakal masa tu.klu nak di ceritakan sangat bnyak pekara-pekara yang tidak baik aku lakukan..Tetapi pekara-pekara yang nakal itu tidak berterusan sehinggahlah aku telah di tukarkan sekolah..ceritanya bermula sejak aku telah berjumpa dengan seorang cikgu yang bernama Siti norziah binti Harun,seorang cikgu yang tak akan aku lupakan sampai bila-bila.seorang guru yang membuatkan dari aku sorang pelajar yang sangat nakal manjadi seorang pelajar yang boleh berjaya.pada masa mula bertukar sekolah aku masih lagi terbawak-bawak perangai dari sekolah lama.selalu aku di denda dan di kenakan tindakan.nak dijadikn cerita semasa aku tingkatan 5 cikgu siti norziah menjadi guru subjek BI aku.disebabkan dari golongan orang kampung yang tinggal di pendalaman aku tidak tertedah dengan bahasa inggeris dan itu menyebabkan aku sangat tidak suka subjek BI,tiap-tiap kali subjek BI aku akan tidur dalam kelas.aku selalu di marah tetapi aku langsung tidak pedulikan,bahkan kalau hari yang ada subjek BI aku selalu tidak datang ke sekolah.Aku sangat hormat pada cikgu siti norziah,walaupun bermacam-macam aku buat dan aku tidak mendengar kata-kata dia tpi dia langsung tidak pernah membenci aku,malah dia sering menolong aku dan mahukan aku terus belajar.aku masih ingat Pernah satu hari aku tidak datang ke sekolah.pukul 10 pagi dia datang ke rumah aku,walaupun waktu pembelajaran telah lama bermula,dan dia membawa aku ke sekolah.Dari situ aku mula merasa yang cikgu siti norziah ini betul-betul mahu membantu aku.dari situ aku mula sedar dan aku ingin berubah.dalam proses untuk aku berubah cikgu siti norziah ini lah yang bnyak membantu aku.aku mempunyai 7 adik beradik yang masih bersekolah.aku anak yang ke 5 dari 7 beradik.ayahku telah lama meninggalkan kami,ibuku hanya berkerja sebagai pembantu kentin sekolah.cikgu siti yang telah banyak menolong kami.Dia yang menanggung segala perbelanjaan sekolah aku.semasa cuti hujung minggu cikgu siti norziah selalu bawak aku ke pasaraya membeli barang-barang keperluan,baju sekolah dan kedai buku untuk beli buku untuk aku buat latihan tambahan.maklumlah tahun itu aku akan mengambil SPM.walaupan aku bukanlah seorang yang mampu menguasai semua subjek masa itu,apatah lagi subjek Bi yang tiap-tiap kali peperiksaan tidak pernah lulus tetapi dia tidak pernah berhenti dan jemu untuk mengajar aku.malah dia selalu buat kelas tambahan untuk aku.selalu dia balik lewat petang semata-mata hendak aku berjaya pada masa akan datang walaupun aku tau dia masih ada tanggungjawab lain yang perlu dia uruskan.dari tingkah laku dan kesungguhan cikgu siti norziah hendak melihat aku berjaya pada masa akan datang aku lebih berazam untuk terus belajar bersungguh-sungguh.dia diantara orang yang selalu memberi kata-kata semangat dan dorangan pada aku sehinggalah SPM.selepas keluar keputusan SPM.aku berjaya lulus sume subjek termasuklah sabjek BI yang setiap kali peperiksaan aku tidak pernah lulus.betapa gembiranya dia pada masa itu.Tetapi selepas habisnya SPM,jiwa sebagai seorang pendidik dalam dirinya dan ingin melihat aku lebih berjaya tidak habis disitu,bahkan dia telah mengisi untuk aku melanjutkan pelajaran di beberapa IPTA.akhirnya aku dapat menyambung pelajaran di IPTA di peringkat diploma.sepanjang aku melanjutkan pelajaran di IPTA Segala perbelanjaan aku dia yang tanggungkan.sehinggla aku berjaya tamatkan pembelajaran aku di peringat diploma.Dan kini aku telah berkerja dan telah berjaya seperti mana yang dia selalu cakap.dia selalu cakap yang dia hendak aku menjadi seorang yang berjaya pada satu hari nanti.pernah juga aku berhubung dengan cikgu siti norziah kerana hendak membalas budi baiknya yang telah membuatkan aku menjadi seorang manusia.tetapi tiap-tiap kali aku memberitahunya dia akan menolak,padanya melihat aku berjaya dia sudah gembira.betullah kata orang,guru tidak pernah minta balasan atas segala pengobananya dalam mendidik.mengenali cikgu siti norziah adalah anugerah yang sngat tak ternilai!!.aku sngat-sngat bersyukur kerana telah di ketemukan dengan seorang yang sangat berjiwa pendidik iaitu cikgu SITI NORZIAH BINTI HARUN yang telah membuatkan seorang pelajar yang sngat-sngat nakal,tetapi tidak pernah jemu untuk membantu anak muridnya yang bermasalah dan lemah dalam pelajaran sehingga berjaya.jika di berikan kesempatan.saya mengharapkan McDonald menjadikan guru yang bernama SITI NORZIAH BINTI HARUN sebagai guru inspirasi 2020.Sekian tentang guru luar biasaku itu.Terima Kasih..

Back