Pemenang Tahun
Lalu

Mdm Nor Sahida bt Napiah

Dari SMK Tengku Abdullah

Mdm Nor Sahida bt Napiah's photo

Dicalonkan oleh Noor Atilia bt Ifdal

Guru... Tugas sebagai seorang guru bukan hanya sekadar pendidik malah guru juga merupakan segala-galanya buat kita di sekolah. Apa yang aku ingin ceritakan ialah tentang seorang guruku yang hebat yang mampu merubah hidupku menjadi lebih baik. Guru yang aku maksudkan adalah Puan Nor Sahida Bt Napiah. Beliau merupakan guru yang disayangi semua pelajar kerana sikapnya yang penyayang dan suka membuat pelajar-pelajar selesa dengannya. Bagi aku beliau merupakan antara guru yang paling banyak mengajar aku erti hidup. Aku dahulu merupakan seorang pelajar yang sangat nakal sehingga aku sering membuat ibuku dipanggil ke sekolah untuk bertemu dengan kaunseling. Aku malu kerana sikap aku yang nakal ini telah membuat semua orang memandang aku sebagai pelajar yang teruk. Sehingga suatu hari aku hampir sahaja mahu berhenti sekolah. Tetapi pada suatu hari cikgu sahida telah memilih aku untuk mengikuti sebuah aktiviti pandu puteri. Disana aku dapat belajar pelbagai ilmu. Sehingga suatu hari aku telah dipilih lagi untuk mewakili sekolah ke pertandingan memasak. Cikgu sahida memilih aku berbanding pelajar-pelajar yang lain kerana beliau melihat yang aku ada bakat dalam bidang masakan dan aku boleh berjaya. Disitu hidupku merubah apabila aku seorang pelajar yang nakal telah terpilih mewakili pertandingan memasak di peringkat antarabangsa. Saat itu Allah sahaja yang tahu bertapa gembiranya aku mencapai kejayaan sebegitu. Aku sangat berterima kasih kepada guruku cikgu sahida kerana beliau telah membuatkan aku bangkit dari semuanya. Namaku diumumkan di perhimpunan sekolah kerana aku telah terpilih untuk ke luar negara. Aku bersyukur kerana cikgu sahida satu-satunya guru yang paling percaya yang aku mampu untuk berjaya. Aku yang dulunya pernah putus asa dan hampir berhenti sekolah kini telah berjaya berubah menjadi lebih baik. Hubungan aku dengan cikgu sahida kini sudah semakin rapat. Beliau sudahku anggap sebagai ibuku sendiri. Aku merupakan seorang anak yatim . Ayahku meninggal sejak aku kecil lagi dan kini aku tinggal bersama ibuku seorang ibu tunggal yang mempunyai 12orang anak. Sejak kehadiran cikgu sahida dalam hidupku beliau banyak membantu aku dari segi kewangan. Mulanya aku serba salah mahu menerima wang daripada beliau tetapi aku tahu niat beliau ikhlas mahu membantu aku. Aku sangat bertuah kerana aku antara insan yang terpilih untuk berkenalan dengan seorang guru yang berhati mulia seperti cikgu sahida. Sehingga aku tamat spm beliau masih membantu aku untuk menyambung pelajaran di stpm. Beliau telah menanggung segala kos sepanjang aku di stpm. Tanpa beliau mungkin aku hanya belajar sekadar spm sahaja . Tetapi beliau telah memberi aku semangat untuk sambung belajar demi masa depanku. Semasa aku di stpm beliau telah menghadiahkan aku sebuah motorsikal untuk aku berulang ke kelas. Saat itu aku nampak sungguh besar pengorbanan beliau untuk melihat aku berjaya. Mana ada orang yang bukan darah dagingnya yang sanggup mengeluarkan duit beribu-ribu hanya ingin melihat anak muridnya berjaya. Beliau lah guru yang paling aku hargai walaupun beliau tidak pernah mengajar aku di dalam kelas tetapi beliau telah mengajar aku erti kehidupan yang sebenar. Aku tidak mengharapkan beliau memenangi guru inspirasi ini tetapi aku ingin beliau rasa dihargai. Mama lia sayang mama sahida . InshaAllah suatu hari bila atilia dah berjaya akan atilia balas semua kebaikan yang pernah bagi pada atilia. I always love you mama sahida.

Back