Pemenang Tahun
Lalu

Cik Nor Faridah

Dari SMK Seri Teja, Ipoh, Perak

Cik Nor Faridah's photo

Dicalonkan oleh Wong Chin Chan

Cikgu Faridah merupakan guru pengajian Am saya. Beliau banyak membantu saya dan juga pelajar lain dari segi kewangan dan juga dari segi pengajaran. Antaranya adalah, pada bulan January 2016 saya gagal dalam 2 subjek, oleh itu saya terpaksa ulang balik 2 subjek tersebut supaya saya dapat memperbaiki keputusan saya. Pada masa itu, saya tidak dapat bayar yuran ulangan peperiksaan sebanyak rm200 kerana ayah saya tiada pekerjaan ketika itu. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk berhenti sekolah kerana tidak dapat bayar yuran ulangan, masa itu lah wujudnya insan yang baik iaitu cikgu Faridah. Beliau telah memberi Wang untuk saya bayar yuran ulangan dan beliau kata kepada saya bahawa "Wong, kamu jangan risau pasal duit kamu focus sahaja dalam pelajaran dan anggap lah saya sebagai ibu kamu. Saya akan sentiasa berada di sisi kamu". Ayat ini lah yang membuat kan saya terharu dan saya menggangap dia sebagai inspirasi saya. Selain itu, beliau juga sanggup tunggu untuk mengajar saya sampai pukul 6 petang walaupun kerja dia hanya sampai pukul 2ptg dan beliau akan membelikan saya segala peralatan sekolah dan juga uniform sekolah dan setiap bulan beliau akan membeli Barang keperluan harian untuk keluarga saya disebabkan ayah saya tiada pekerjaan pada masa itu.. Bukan untuk saya seorang sahaja tetapi cikgu Faridah adalah Satu-satunya insan yang baik dan sanggup membantu Pelajar lain tanpa mengira masa, duit, dan juga bangsa.

 

Back