Pemenang Tahun
Lalu

Puan Nor Azimah Ismail

Dari SMA Setiu, Bandar Permaisuri, Terengganu

Puan Nor Azimah Ismail's photo

Dicalonkan oleh Syifaq Ayumiey Bt Kamaruddin

Guru inspirasi? Perlu ke semua tu? Ya, bagi aku amat perlu. Yelah, pelajar sekarang sesetengahnya datang sekolah sebab apa? Nak tengok pujaan hati lah , nak membawang lah. Tapi aku nak jadi spesis yang lain sikit bak kata netizen sekarang "RARE". Datang sekolah sebab nak jumpa cikgu tersayang, nak tengok senyuman dia, indahnya rasa. Cikgu Azimah . Sebut je nama dia siapa yang tak kenal pemilik mulut yang sangat petah berbicara,suka bergurau dan yang paling penting kuat berleter , tapi penyanyang orangnya. yelah nama lagi guru kaunselor yang berkaliber. Nak tahu kenapa aku ni terinspirasi dengan beliau? Panjang kisahnya , mohon baca sampai habis ye , kalau tak rugi tau. sikapnya yang telah membuatkan aku terinspirasi dengan beliau. Yelah , siapa yang sanggup teman pelajar bertanding, berlatih sampai matahari pun dah tidur? Siapa yang sanggup hilang suara merdu sebab bersorak untuk pelajar? Siapa yang sanggup tangguh semua kerja sebab nak dengar masalah pelajar? Siapa yang sanggup hulurkan duit , berhempas pulas melatih pelajar , bantu pelajar? Saya tak sanggup tapi cikgu Azimah sanggup. Kadang-kadang saya terfikir begitu hebatnya beliau sehinggakan sanggup mendahulukan pelajar daripada diri sendiri. Masih teringat dalam benak fikiran ni, maaflah saya ni sejenis yang susah nak melupakan. Baru menginjak ke angka 16 tahun ni , dah bermulalah sesi memilih aliran masing-masing. Ditakdirkan , terselitlah namaku di kelas sains tulen. Uishh , berpeluh juga dahi duduk fikir nak belajar kimia, addmath, fizik , biologi. Nak dijadikan cerita , ada segelintir guru yang menasihatku supaya mengambil aliran lain, lalu hati ini terus terdetik nama cikgu Azimah. masa tu , nak panjat tangga ke bilik beliau , rasa macam mendaki gunung Everest tau. Bila dah sampai aku mula bercerita semuanya, leka syok bercerita tak terperasan pula mutiara jernih dah mula jatuh setitik demi setitik,hati tisu katakan. yelah hati mana yang tak sedih bila semangat kita dipatahkan. Lalu sang guru ini merapatiku secara perlahan , menggosok belakangku secara lembut , meredakan tangis ku yang sudah tidak dapat dibendung lagi. Beliau mula menasihati ku supaya fikirkan tentang masa depanku , kerana masa depanku bukan terletak di tangan mereka. Aku masih lagi ingat kata-kata yang beliau beritahuku " Bukan kebijakan yang dipandang ke atas seseorang itu , namun akhlak yang menentukan segalanya" Waktu tu , aku sangat bersyukur kerana dianugerahkan beliau sebagai pendidik yang bukan sahaja mendidik pelajar atas dasar kerja , namun beliau mendidik pelajar bermula dari hati . Aku juga masih ingat dan akan sentiasa ingat bahawa dialah insan pertama yang membuka mata-mata guru di sekolahku untuk memandang bakat yang ku ada. Beliau yang sentiasa bersamaku di saat ku jatuh atau bangun , beliau yang membangkitkan aku , yang membuat aku tidak kenal erti putus asa. Sekarang , berkat kesungguhan dan keikhlasan beliau, aku sudah berjaya membawa nama sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa dan beliau masih lagi disisiku. Mulianya hati beliau tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Bayangkan beliau sanggup turun ke asrama semata-mata untuk mandikan pelajar asrama yang sakit. Bayangkan beliau sanggup merawat dan menghantar pelajar ke klinik apabila ada yang sakit. Kadang-kadang tersentuh hatiku melihat sikap beliau yang aku kira menganggap pelajar macam anak sendiri. Yang lebih meyakinkan aku untuk mengidolakan beliau, untuk menginspirasikan beliau , apabila seringkali aku melihat bekas pelajar-pelajar nya yang masih tidak memtuskan hubungan dengan beliau dan masih menyatakan rasa sayang dan kasih mereka kepada beliau. Bukanlah niat di hati aku untuk menulis kisah beliau sekadar ingin menang pertandingan ini , tapi aku ingin memberitahu dunia tentang kisah seorang guru biasa yang mempunyai hati luar biasa. Mungkin dengan cara ini aku dapat membalas jasa beliau walaupun aku tahu ia tidak akan pernah mencukupi. Aku ingin dunia mengenali beliau , aku ingin ramai yang terinspirasi dengan beliau. Mungkin kisahku tidak dapat menandingi kisah yang lain , namun hatiku sudah cukup gembira dan bahagia kerana sekurang-kurangnya kisah inspirasi beliau sudah aku kongsikan bersama dunia. Aku percaya segala perbuatan baik beliau akan terbalas suatu hari nanti dan harapan aku agar aku mampu sampai ke hari itu dan aku lah yang akan membalas segala jasanya. Aku percaya semua yang berjaya bermula dari insan yang bergelar guru . Jika aku berjaya kongsikan kisah ini , aku mahu setiap pembaca agar pergi bertemu gurumu dan ungkaplah rasa sayang buat mereka. Mungkin perkara ini kecil bagi kita , namun percayalah , ia cukup besar dan mampu menyentuh dan menggembirakan hati mereka. Aku mahu setiap pembaca kisah ini mengangkat martabat guru dan hargailah mereka. Buat Cikgu Nor Azimah BT Ismail , saya sayangkan cikgu dan saya betul-betul maksudkannya , kerana bagi saya , cikgu "INSAN LUAR BIASA"

 

Back