Pemenang Tahun
Lalu

Encik Ahmad Mustaqim Bin Khairuddin

Dari SK Bandar Temerloh, Pahang

Encik Ahmad Mustaqim Bin Khairuddin's photo

Dicalonkan oleh Muhamad Nabil Najmi Bin Solih

Saya adalah murid OKU bermasalah pendengaran. Guru yang dicalonkan ini adalah guru Pendidikan Khas yang mengajar saya erti sebuah kehidupan. Beliau bekerja sabagai seorang guru bahasa melayu di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh. Bermula kisah saya yang tidak berapa mahir dalam matapelajaran bahasa melayu pada usia 15 tahun.Guru ini juga bekerja bukan kerana duit semata-mata, tetapi demi sebuah perjuangan dan sentiasa membela nasib golongan OKU seperti saya.Saya juga dari keluarga susah.mak ayah saya bercerai semasa saya kecil .sampai sekarang mak saya banyak menanggungkan keperluan saya.dia ambil saya untuk tinggal bersamanya dan menanggung semua perbelanjaan saya. Banyak jasa dan pengorbanan yang telah diberikan kepada saya, sehingga tamat sekolah guru ini masih lagi mengambil berat tentang saya,dimana guru ini telah berjaya melatihkan dan saya berjaya mendapat A dalam matapelajaran bahasa melayu dan dinobat murid cemerlang.Sesungguhnya saya tidak mampu untuk membalas jasa guru yang menganggap saya sebahagian dari keluarganya. Saya mengharapkan mcdonalds untuk mencalonkan guru ini sebagai guru inspirasi, sebagai tanda penghargaan saya kepada beliau.Sesungguhnya jiwa beliau sayang akan murid-murid istimewa sangat kuat.Semoga Cikgu Ahmad Mustaqim bin khairuddin mendapat anugerah inspirasi ini. 

 

Back