Pemenang

Encik Mohd Reduan Bin Daud

Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan Baru Muar, Johor

Encik Mohd Reduan Bin Daud's photo

Dicalonkan oleh Puan Azwina Binti Misran

Saya adalah pelajar OKU bermasalah pembelajaran. Guru yang dicalonkan ini adalah guru Pendidikan Khas yang mengajar saya erti sebuah kehidupan. Bermula kisah saya yang tidak boleh membaca dan menulis dalam usia 16 tahun, sehingga dapat mengenal huruf dan bacaan disebabkan oleh guru ini. Guru ini juga bekerja bukan kerana duit semata-mata, tetapi demi sebuah perjuangan dan sentiasa membela nasib golongan OKU seperti saya. Saya dari keluarga yang bermasalah dan miskin, pada tahun 2013, saya buntu kerana ibu dan ayah saya  bercerai dan mahu berhentikan sekolah untuk saya, tetapi guru ini telah menyelamatkan saya dia ambil saya untuk tinggal bersamanya dan menanggung semua perbelanjaan saya.

Banyak jasa dan pengorbanan yang telah diberikan kepada saya, sehingga tamat sekolah guru ini masih lagi mengambil berat tentang saya, dimana guru ini menawarkan peluang pekerjaan kepada saya, saya kini bekerja di kiosk koperasi sekolah. Sesungguhnya saya tidak mampu untuk membalas jasa guru yang menganggap saya sebahagian dari keluarganya. Jika ada rezeki saya mengharapkan mcdonalds untuk mencalonkan guru ini sebagai guru inspirasi, sebagai tanda penghargaan saya kepada beliau. Sesungguhnya jiwa beliau sayang akan murid-murid istimewa sangat utuh. Semoga Cikgu Mohd Reduan bin Daud mendapat anugerah inspirasi ini. Amin...amin...amin...

Baca Seterusnya