Pemenang

Puan Michele Geraldine Carvalho

Dari Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kundang, Rawang

Puan Michele Geraldine Carvalho's photo

Dicalonkan oleh Muhamad Khairizul Iswanni Bin Ismail

Dedikasi. Itu satu gambaran yang paling tepat untuk saya ungkapkan sebagai sumber inspirasi yang saya dapat dari Cikgu saya ini. Walaupun beliau bukanlah beragama islam, bukanlah berbangsa melayu, tapi semangat serta komitmen yang beliau diberikan demi mengajar kami semua anak-anak muridnya amatlah disanjungi. 

Saya masih ingat, di mana saya waktu itu Tingkatan 3, dan kami sekelas dapat beliau sebagai guru pendidikan bahasa inggeris kami. Kami tidak dibenarkan bercakap dalam bahasa melayu sepanjang tempoh pelajaran beliau. Setiap perkataan bahasa selain bahasa inggeris, akan dikenakan denda bediri selama 5 minit bagi tiap-tiap perkataan. Pada mulanya, kami agak tidak puas hati dan merasakan itu satu tekanan dan kebanyakan dari kami sekelas (termasuk saya sendiri) tidak akan bercakap banyak dalam waktu beliau. Hanya sekadar menjawab "Yes" atau "No" sebab tidak mahu didenda. Saya juga pernah menjadi salah seorang anak muridnya yang dikenakan denda berdiri, dan juga lari keliling sekolah, disebabkan salah dalam ujian "spelling test". Apa yang menariknya, cara pengajaran ini beliau kekalkan terhadap semua kelas yang beliau ajar, tanpa mengira sama ada kelas itu kelas yang paling hadapan, ataupun di belakang.

Ini menunjukkan yang beliau tidak memilih kasih terhadap semua anak-anak muridnya, tanpa mengira warna kulit dan asal usul murid tersebut. Saya bukanlah datang dari keluarga yang senang, mahupun datang dari keluarga yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama, tetapi Cikgu ini, tidak pernah jemua menasihati, yang kejayaan bukanlah datang dari keluarga yang kaya, mahupun keluarga yang mewah. Kejayaan datang dari hasil usaha kita sendiri, dan kita yang tentukan kejayaan kita sendiri. Segala yang kita telah atau bakal kecapi, adalah disebabkan hasil titik peluh kita dan bukan orang lain. Saya masih ingat kata-kata semangat dari beliau "Where there's a will, there's a way. Don't let anyone tell you that you can't do it, you tell yourself that you can do it".

Disebabkan dedikasi beliau lah, menjadikan saya ingin berubah, untuk menguasai bahasa inggeris dengan lebih baik, dan saya telah meletakkan azam di mana saya akan fasih berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dengan baik. Alhamdulillah, hasil usaha dan didikan beliau yang tidak pernah jemu mengajar kami semua, saya dapat menguasai berkomunikasi di dalam bahasa inggeris dengan baik pada hari ini.

Baca Seterusnya