Terma dan Syarat

  1. Dengan menyertai Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s ( "Peraduan") semua pencalon dan calon dianggap telah menerima keseluruhan terma dan syarat yang dinyatakan. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, yang merupakan penganjur program Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s, berhak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa sekiranya diperlukan tanpa sebarang notis.

  2. Maklumat mengenai syarat-syarat pencalonan dan bagaimana untuk mengambil bahagian dalam Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s, termasuk semua garis panduan, maklumat, borang dan lembaran fakta, membentuk sebahagian daripada Terma dan Syarat ini.
  3. Peraduan ini berlangsung bermula dari 1 Mac 2019, 11:00:00 sehingga 31 Mac 2019 jam 23:59:59 (UTC + 08: 00) zon masa Kuala Lumpur, Malaysia. ( "Tempoh Peraduan"). Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd berhak untuk melanjutkan tarikh akhir ini sekiranya perlu dan akan diumumkan melalui Facebook rasmi McDonald’s di www.facebook.com/My.McDonalds/.

Syarat-syarat Penyertaan

  1. Untuk menyertai Peraduan ini, peserta mestilah mematuhi perkara-perkara berikut:
    1. Lengkapkan borang pendaftaran dengan butiran lengkap anda di sini: https://www.mcdonalds.com.my/anugerahguruinspirasi/nominate.
    2. Menulis cerita/ kejadian bagaimana guru yang anda ingin calonkan memberi inspirasi kepada anda, dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
    3. Hantar penyertaan bersama-sama sekeping gambar guru atau rakaman video guru yang dicalonkan (sekiranya ada).

Syarat-syarat pencalonan

  1. Pencalonan boleh dikemukakan oleh mana-mana pelajar, ibubapa atau guru-guru yang ingin mencalonkan guru pilihan mereka mengikut kriteria dan garis panduan yang ditetapkan di dalam borang pencalonan.
  2. Calon mestilah individu yang masih mengajar di sekolah-sekolah kerajaan atau swasta di seluruh Malaysia.
  3. Calon mestilah warganegara Malaysia.
  4. Borang pencalonan yang lewat, tidak lengkap dan/atau tidak memenuhi syarat-syarat pencalonan dianggap tidak layak untuk dipertimbangkan.
  5. Semua maklumat yang diserahkan hendaklah benar dan tepat.
  6. Hanya borang pencalonan yang tepat, lengkap dan diserah sebelum/pada tarikh tutup akan dipertimbangkan.

Proses Pencalonan

  1. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, panel hakim dan Agensi berhak untuk menemubual pencalon dan calon bagi memastikan maklumat yang diserahkan adalah tepat.
  2. Semua penyertaan akan disemak oleh panel hakim yang dilantik bagi memilih calon yang terbaik untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s berdasarkan kriteria yang ditetapkan.
  3. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sekiranya pencalon gagal untuk mengemukakan pencalonan pada tarikh tutup yang telah ditetapkan.
  4. Pencalonan tidak bermaksud calon akan menerima anugerah.

Penggunaan Data

  1. Calon membenarkan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd untuk menggunakan maklumat peribadi (termasuk butir-butir calon, gambar-gambar dan / atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan.
  2. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd berhak untuk menggunakan maklumat peribadi yang diterima dari penyertaan untuk tujuan penganjuran peraduan ini termasuk untuk publisiti, perniagaan, promosi tanpa perlu mendapat persetujuan. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd akan memastikan data peribadi peserta dan individu terlibat dilindungi dan digunakan hanya untuk tujuan peraduan ini. Peserta dengan ini mengesahkan bahawa mereka telah membaca dan menerima kandungan GARSB’s Privacy and PDP Policy, yang boleh dilayari di https://www.mcdonalds.com.my/privacy-policy

Hak-hak dan Kepemilikan

  1. Perserta dan penama memberi hak kepada Gerbang Alaf Restaurants Sdn bhd untuk penggunaan maklumat peribadi (termasuk butiran peserta dan penama, gambar-gambar dan / atau video) untuk tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan.
  2. Dengan mengemukakan bahan (butiran penama, gambar-gambar dan / atau video) ke dalam portal, perserta memberi waranti bahawa bahan-bahan tersebut dimiliki oleh mereka atau telah memperolehi hak untuk menggunakan bahan-bahan tersebut dan bersetuju untuk menanggung rugi Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd terhadap apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh pelanggaran waranti ini.
  3. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta dan penama bersetuju untuk melepaskan Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, pekerja, pegawai, pengarah, pemegang saham, ejen, wakil, syarikat induk gabungan, anak syarikat, pemegang lesen, pengiklanan, promosi, dan agensi, dan penasihat undang-undang, dari sebarang dan semua kerugian, ganti rugi, hak, tuntutan dan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan Peraduan atau disebabkan daripada penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalah-gunaan Anugerah Peraduan, atau perjalanan ke atau dari sebarang aktiviti yang berkaitan, termasuk tanpa had, kecederaan peribadi, kematian, dan kerosakan harta benda, dan tuntutan berdasarkan hak publisiti, fitnah, atau pencerobohan privasi.
  4. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd mempunyai hak mutlak untuk membatalkan, menggantung atau mengubah suai program ini sekiranya program ini tidak dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Lain-lain

  1. Calon mestilah bersetuju untuk mengambil bahagian dalam sebarang liputan media yang berkaitan dengan Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s.
  2. Sekiranya calon tidak berminat untuk mengambil bahagian, calon boleh menolak pencalonan dengan menghubungi Gerbang Alaf Restaurant Sdn Bhd dan agensi yang dilantik.
  3. Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang masalah atau kesilapan teknikal rangkaian atau talian, peralatan komputer, perisian, kesesakan di Internet, dan lain-lain. Ini termasuk kepada sebarang kerosakan kepada komputer calon atau orang lain yang berkaitan dengan penyertaan dalam memuat turun mana-mana bahan dalam program ini.
  4. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, mengangguhkan mahupun mengubah peraduan sekiranya peraduan ini tidak dapat dilaksanakan disebabkan hal-hal diluar bidang kuasa Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd.
  5. Program anugerah ini boleh ditarik balik pada bila-bila masa tanpa notis.
  6. Terma dan Syarat ini boleh diubah sekiranya perlu dan sebarang perubahan akan dimaklumkan di laman sesawang dan Facebook rasmi Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (McDonald’s Malaysia).
  7. Gerbang Alaf Resurants Sdn Bhd berhak, pada bila-bila masa, untuk mengesahkan kesahihan pencalonan, menolak pencalonan atau membatalkan pencalonan yang tidak memenuhi Terma dan Syarat.