Kisah Inspirasi

Encik Mohd Eirwan Bin Halim

Dari SK Gangsa, Durian Tunggal, Melaka

Encik Mohd Eirwan Bin Halim's photo

Dicalonkan oleh Azira Irmayani Aripin

Mengenali guru ini, membuatkan saya sentiasa cuba untuk menyayangi kerjaya saya. Cadangan & idea beliau untuk menambah baik sukan OKU dan membantu mencari pelapis atlet OKU tanpa sebarang bayaran wajar dijadikan contoh. Masa beliau banyak dihabiskan untuk anak-anak OKU. Guru ini merupakan jurulatih yang bukan sahaja melatih tetapi turut mengajar & menjaga anak dalam kategori kurang upaya tanpa sebarang bayaran. Melatih anak-anak OKU dengan penuh kesabaran, malah sentiasa berusaha melahirkan seorang lagi Ridzuan Puzi (Atlet Paralimpik) & Ziyad Zolkefli. Tiada yang lebih manis selain guru yang banyak membantu dalam pembangunan sukan OKU ini diberi penghormatan diatas jasa dan keringat beliau. Semoga kejayaan beliau ini akan membuka mata banyak pihak agar lebih ramai lagi orang yang akan membantu anak-anak OKU menggapai impian dan mampu berdikari serta para ibu bapa akan merasa bangga kerana anak-anak OKU ini bukan menyusahkan tetapi mereka adalah insan yang luar biasa.

 

Baca Seterusnya