Pencalonan
2020

Mr ROZAIDI BIN ISHAK

Dari MRSM KEPALA BATAS

Mr ROZAIDI BIN ISHAK's photo

Dicalonkan oleh MUHAMMAD FAWWAZ BIN RAJAH

Kisahnya bermula apabila saya memasuki MRSM Kepala Batas pada akhir bulan april tahun 2016. Saya merupakan pelajar ambilan keempat. Waktu itu saya sangat malu berhadapan bersama rakan-rakan. Tangisan setiap malam merindui insan yang tersayang. Kesedihan menyelubungi diri setiap hari bermulanya sesi pembelajaran. Kehadiran beliau telah mengubah 1001 kehidupan saya disini. Saya melihat beliau seorang yang garang pada awalnya, ketika saya dikelas saya dapat melihat riak wajah beliau yang begitu ceria ketika mengajar. Cara pembelajaran yang beliau tekankan sangatlah berbeza sehingga mendatangkan minat kepada semua pelajar untuk menyukai subjek sejarah. Jarang sekali pelajarnya tidur sewaktu beliau mengajar. Di saat itu, saya bertekad untuk lebih mengenali beliau. Saya mengikuti setiap program sama ada di dalam dan di luar maktab. Ternyata sangkaan saya berbeza daripada sebelum ini. Beliau sangat rajin, baik hati, lawak, berusaha bersungguh untuk menjadikan pelajarnya berjaya sama ada di dalam akademik mahupun kokurikulum. Saya bermonolog di dalam hati, "adakah beliau tidak penat melakukan semua perkara bukan untuk beliau tetapi semata-semata untuk pelajarnya?". Saya tidak pernah lihat keretanya pulang awal pada waktu bekerja. Sebaliknya beliau sering balik lewat untuk pulang ke rumah. Saya terinspirasi untuk mencalonkan beliau dalam anugerah guru inspirasi McDonald 2020 ini kerana beliau telah mengubah dan melakarkan banyak kejayaan bersama pelajarnya. Antaranya Johan Pitching Competition sempena R&D Selangor Innovation 2019 peringkat kebangsaan (Art and Khat Caligraphy) , Johan pertandingan Science Innovation Project 2019 (Moringga Oleifera ) Naib Johan Keseluruhan Pertandingan Jambori Pengakap MRSM Se-Malaysia 2019, Naib Johan pertandingan memasak kategori guru dan kelana Perhimpunan Pengakap Laut peringkat kebangsaan 2019, tempat ketiga pertandingan Edible Garden and Landscape Peringkat Negeri pulau pinang 2019 dan banyak lagi kejayaan yang diraih bersama beliau. Beliau yang saya sebutkan adalah insan yang bernama Encik Rozaidi Bin Ishak. Beliau merupakan guru sejarah merangkap ketua jabatan sains sosial MRSM Kepala Batas. Beliau telah banyak memberikan sumbangan kepada maktab khususnya dan juga masyarakat sekitar kawasan maktab kami. Beliau juga merupakan penolong jurulatih bagi program Malaysia Future Leader School (MFLS) 2019, guru pembimbing Pengakap Laut MRSM Kepala Batas, guru pembimbing Anugerah Remaja Perdana (ARPRM) dan penasihat Kelab Belia Inspirasi Seberang Perai (U). Kerana beliau juga saya telah mengubah diri saya menjadi lebih baik dari sebelumnya. Saya pernah dicalonkan oleh beliau dalam Anugerah Kokurikulum Mara MRSM Se-Malaysia 2019. Pada awalnya saya tidak dimaklumkan oleh beliau mengenai anugerah ini. Saya begitu terkejut kerana saya dinobatkan sebagai finalis Anugerah Kokurikulum Mara MRSM Se-Malaysia kategori (badan beruniform) 2019. Ketika saya mengambil anugerah tersebut, beliau tidak ada bersama saya. Selepas itu, saya medapat panggilan daripada beliau. Kata-katanya sehingga saya menitiskan air mata. "Kejayaan yang kita kecapi saat ini adalah atas usaha jatuh bangun kita bersama yang tidak pernah berhenti". pengalaman saya bersama beliau tidak akan saya lupakan. Terakhir dari saya, beliau telah mendapat anugerah guru cemerlang sempena Hari Anugerah Pendidik MARA 2019 disampaikan sendiri oleh Dato' Seri Rina Harun, Menteri Luar Bandar. Beliau antara 25 guru yang diberikan anugerah oleh menteri. Saya mengharapkan kisah yang saya nukilkan disini dapat memberikan inspirasi kepada semua. Sesungguhnya guru adalah sebaik-baik insan yang tidak pernah mengenal erti penat lelah untuk menjadikan pelajarnya berjaya di masa akan datang. Cikgu Rozaidi atau nama manjanya Paparo seorang insan yang layak untuk mendapat anugerah ini.

Back