Mr NORHASHIMAH BINTI ABDUL RAHMAN's photo

Mr NORHASHIMAH BINTI ABDUL RAHMAN

Dari SMK PUTRI SAADONG

Dicalonkan oleh MUHAMMAD AFIQ AIMAN BIN TALIK

Kepada manusia yang sudi mendengar, tahukah kamu semua bahawa tugas guru bukan sekadar mendidik tetapi menjadi insipirasi kepada kita untuk terus menggapai kecemerlangan. Ku kirakan kisah ini agar dapat menjadi insiprasi kepada guru-guru diluar sana akan pengorbanan yang beliau lakukan terhadap aku. Puan Norhashimah Binti Abdul Rahman. Itulah satu-satunya guru yang telah membantu aku untuk terus melangkah dan mengejar cita-citaku sebagai warga pendidik. Segalanya bermula sejak aku mula dipindahkan ke SMK Putri Saadong yang tesergam indah di Bukit Marak. Pada waktu itu, aku masuk sebagai pelajar baharu tingkatan 4 aliran sains tulen. Cikgu Shimah ini pada saat awal aku mengenalinya, beliau adalah sangat ramah masra dan disenangi oleh semua guru disekolah ini. Beliau mengajar di kelas aku dalam matapelajaran sejarah pada ketika itu. Aku tersentuh dengan jasa dan pengorbanan Cikgu Shimah apabila beliau sanggup mempelawa aku dan menemani aku ketika sedang menjalani temujanji dan rawatan susun saringan talasemia di Klinik Gunong setelah aku memeritahu akan keterbatasan aku pada ketika itu untuk bergerak dan berulang alik dari sana setiap 3 bulan. Bukan setakat itu sahaja, sepanjang aku belajar di SMKPS sehinggalah aku kini yang berada di univerisiti juga, beliau masih tidak bosan memberikan sedikit wang saku untuk kegunaan aku pada waktu-waktu sukar. Semasa kelas malam sejarah, beliau ada kalanya sentiasa menawarkan aku untuk dihantar pulang kerumah aku dek kerana aku selalu berjalan kaki sahaja untuk pergi dan balik dari sekolah terutamanya semasa kelas malam beliau. Ada pada suatu hari itu Cikgu shimah telah mencalonkan aku sebagai anak-angkat Syarikat Muda Osman (SMO) dimana aku diberikan buku-buku rujukan yang baharu secara percuma oleh pengurus SMO itu sendiri bagi membantu aku bagi mendapatkan sumber rujukan mengenai matapelajaranku menjelang SPM 2018. Beliau bukan sahaja berlaku baik kepadaku tetapi berlaku baik kepada semua orang disekelilingnya. Pernah kulihat juga beliau sanggup membawa pelajar yang dari latar belakang keluarga yang asnaf dibawanya masuk ke dewan makan asrama dan diberi makan dan minum setiap hari. Pernah juga ditanyakan mengapa beliau berbuat demikian namun jawapannya amat aku terharu. Beliau berkata “ Rezeki yang Allah bagi ini bukan untuk kita sahaja tapi untuk semua orang Afiq. Semua orang. Dalam banyak-banyak rezeki kita, ada uga rezeki orang lain” Ya Allah, begitu sekali bicaranya kepada aku. Habis sahaja aku menamatkan peperiksaann SPM pada 2018, aku cuba sedikit sebanyak membalas budi dan pengorbanan beliau terhadap aku. Aku suba membantunya menguruskan perpustakaan sekolah sementara menunggu keputusan SPM kerana beliau juga ketua guru bagi pusat sumber sekolah. Apa yang aku mampu buat pada ketika itu ialah dengan menyusun buku diperpustakaan, mambantu menyiapkan sijil dan rekod pelajar untuk kegunaan semasa penyerahan keputusan SPM dan juga mendekori perpustakaan tersebut. Setelah aku mendapat keputusan SPM, aku ditawarkan untuk melanjutkan pengajian aku di Kolej Matrikulasi Kelantan yang terletak di Pasir Puteh. Setelah memberitahu akan khabar tawaran pengajian ke matrikulasi kepada keluarga aku, malangnya nasib aku ketika itu, keluargakan terutamanya ibu bapaku tidak mampu menyediakan dan menyempurnakan bayaran yuran serta kelengkapan yang perlu dibuat untuk aku meneruskan pengajian ku kerana kami sekeluarga cuma bekerja menjual roti canai di tepi jalan sahaja. Maka pada awalnya aku sudah mula bertekad untuk kuburkan sahaja niat aku untuk belajar dan berhasrat untuk membantu sahaja keluara aku dirumah selepas ini. Namun, setelah aku menceritakan kepada cikgu shimah semasa aku sedang menyusun buku di perpstakaan. Selang beberapa hari tersebut, cikgu Shimah memberikan kepada aku yang yang secukupnya untuk aku membayar yuran dan bakinya untuk melengkapkan keperluan aku untuk masuk ke matrikulasi. Sejujurnya dalam hari aku, aku berasa amat sebak dan terharu akan kesanggupan beliau untuk membantu aku sehingga setahap itu supaya aku dapat melanjutkan pengajian aku di matrikulasi. Aku sedar pada ketika itu juga, 1 daripada 2 utas rantai tangannya yang aku lihat pada hari-hari biasanya kini tidak ada lagi disarungkan di pergelangan tangannya. Barangkali aku mengesyaki bahawa beliau telah menggadai atau menjual rantai emasnya semata mata untuk membantu aku. Masih teringat juga pada ketika itu akan nasihat yang beliau berikan kepada aku “Afiq, belajar rajin-rajin. Nanti bila dah bekerja suatu hari nanti, tolonglah keluarga kamu itu”. Jadi, mulai saat itu lah aku tidak pernah berputus asa untuk sentiasa berusaha untuk belajar dan menamatkan pengajian aku di matrikulasi. Semasa pengajian aku di marikulasi, setiap bulan cikgu shimah memberikan aku sedikit wang saku untuk keguaan aku di matrikulasi. Ada beberapa kali juga cikgu shimah bertanyakan akan khabarkan di matrikulasi dan ada 1 hari itu juga aku masih ingat akan beliau sanggup mengadakan lawatan ke matrikulasi semata-mata untuk melihat akan keberadaan aku disana. Setelah genap 1 tahun pengajianku di matrikulasi, aku kembali pulang ke rumah dan cuba membantu cikgu di sekolah untuk kali yang kedua dengan hasrat dapat membantu cikgu shimah sedikit sebanyak dalam meguruskan perpustakaan. Ada 1 hari itu, cikgu shimah mengajak aku untuk menemaninya menyertai rombongan lawatan PSS ke Kuala Terengganu. Sejujurnya aku tidak pernah lagi sampai di Kuala Terengganu dan CIkgu Shimah telah memberikan aku akan peluang itu. Sesungguhnya, hasrat aku yang hanya selama ini hanya berniat untuk pergi ke Kuala Terengganu dan masuk ke dalam Masjid Kristal kini menjadi kenyataan. Setelah aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian aku di peringkat Ijazah Sarjana Muda, sekali lagi dalam aku tidak menyedari, cikgu shimah dengan beraninya berunding sendiri dengan pihak kaunseling, pengetua serta pihak sekolah untuk mendapatkan dan menghimpunkan sumbangan untuk aku membayar yuran dan menyediakan kelangkapan untuk pergi meneruskan pengajianku di Tanjung Malim, Perak. Aku benar-benar terkejut pada ketika itu dan aku menangis di hadapan cikgu itu juga pada ketika itu semasa cikgu shimah menghulurkan kepada aku 1 sampul dokumen yang sederhana besar yang pada awalnya kukirakan itu hanya dokumen untu kegunaan pihak perpustakaan. Beliau berpesan kepada aku “ini adalah hasil daripada sumbangan pihak sekolah untuk afiq. Belajar rajin-rajin”. Aku melihat juga, kini tiada lagi 1 utas rantai tangan yang dahulunya sering dipakainya kerana beliau berangkali telah menggadai, menjual rantai emas tersebut buat kali kedua hanya untuk aku semata-mata. Aku berasa amat terharu dan sedikit sebanyak rasa sedih kerana cikgu shimah sanggup melakukan itu semua untuk aku. Sehingga sekarang, cikgu shimah tetap dan sentiasa bertanya khabar akan aku dan sering menghulurkan sedikit sebanyak wang beliau untuk kegunaan aku di universiti. Ada juga cikgu shimah menawarkan dirinya untuk membantu menghantar aku ke Tanjung Malim, tetapi sepenuhnya aku menolak kerana aku tidak mahu menyusahkan beliau lebih-lebih lagi apabila aku sedah menyedari beliau telah mula berulang alik dari tempat kerja ke hospital bagi mendapatkan rawatan susulan yang dia enggan berceritakan kepada aku. Maka, ku kirakan cukup jelas untuk tatapan guru-guru diluar sana terhadap akan guru yang luar biasa ini. Sebelum aku mengakhiri penulisanku ini. Saya sangat berharap cikgu shimah atau Puan Norhashimah Binti Abdul Rahman layak untuk dicalonkan sebagai Anugerah Guru Insprasi McDoland’s kerana bagiku adalah ‘cikgu adalah bidadari syurga’. Terima kasih cikgu, jikalau bukan disebabkan cikgu, saya mungkin hanya bekerja dengan keluarga saya sahaja dirumah sekarang ini. Sekian daripada saya Muhammad Afiq Aiman Bin Talik, pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains dengan Kepujian. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Kembali