Mdm Norhayati Binti Riman's photo

Mdm Norhayati Binti Riman

Dari SMK Lanchang

Dicalonkan oleh Haszeman Aalaa Bin Am Haszime

Cikgu Norhayati Biniti Riman seorang guru yang sangat berdedikasi. Mudah ia mendekati anak-anak murid. Beliau juga seorang yang kreatif dalam sesi P&P untuk memastikan anak-anak muridnya faham dalam mata pelajaran sains yang di ajar olehnya. Beliau juga seorang yang suka mencabar semua anak-anak muridnya untuk mendapatkan A dalam mata pelajaran yang di ajar olehnya. Setiap tahun, dalam peperiksaan SPM, beliau mempunyai target tersendiri untuk memastikan anak-anak muridnya mendapat A dalam mata pelajaran yang di ajar olehnya. Selalunya targetnya tidak akan berkurangan, mesti pencapaian oleh anak-anak muridnya lebih dari target beliau. Beliau sentiasa menasihati para-para pelajarnya supaya berjaya dalam kehidupan. Beliau seorang guru yang sentiasa tak jemu untuk mengajar anak-anak muridnya yang tidak memahami konsep dalam Mata Pelajaran Sains yang di ajar olehnya. Beliau juga sangat kreatif dalam sesi pengajaran sehingga Apa yang pelajarnya tidak faham, akan menjadi faham selepas mendengar penerangan darinya. Beliau seorang cikgu yang mudah mendekati murid dan juga murid mudah untuk mendekatinya. Jika para pelajar dilanda kesusahan atau musibah, beliau sering memberikan semangat serta kata-kata yang positif kepada saya dan beliau akan memastikan anak muridnya sentiasa bersemangat dan berjiwa kental. Beliau juga, sentiasa menjadi pendorong dalam kejayaan saya selepas ibu bapa saya. Cara beliau menyampaikan ilmu, memberikan saya satu inspirasi kepada saya untuk mengikuti Jejak Langkah darinya. Setiap kali sebelum atau selepas sesi pembelajaran dan pengajaran, beliau menyelitkan motivasi atau memberikan kata-kata semangat untuk anak-anak muridnya mencapai dan memperolehi keputusan yang di luar jangkaan. Sebagai contoh, sewaktu saya SPM 2014, pelajar dari kelas saya memperolehi A seramai 14 orang, salah seorangnya adalah saya. Alhamdulillah, berkat daripada ilmu yang diberikan oleh semua Cikgu-Cikgu saya, kini saya Berkhidmat di Jabata Pertanian Negeri Melaka, sebagai Pegawai Pertanian. Sesungguhnya saya terlalu banyak Kenangan Manis saya dan rakan-rakan bersama Cikgu Norhayati Binti Riman. Besar Harapan Saya untuk Pihak Pengajur memilih Cikgu saya ini sebagai Pemenang Pada Tahun 2021 ini. Kerana Sudah kali kedua pencalonan saya lakukan, tetapi mungkin bukan rezeki Cikgu Kesayangan saya ini. Dengan anugerah seperti ini sahaja saya dapat membalas jasa seorang GURU saya, kerana saya tidak mampu untuk membalas jasa beliau kepada saya dengan Wang Ringgit.

Kembali