Penama

Mdm NOORLIHAN BINTI ABDUL ALIP

Dari SK PEKAN SATU, W.P LABUAN

Mdm NOORLIHAN BINTI ABDUL ALIP's photo

Dicalonkan oleh AVRINDA ANIS

Setiap orang yang dilahirkan di dunia ini mahukan kejayaan. Begitu juga dengan saya. Nama saya Avrinda Anis. Saya seorang murid Orang Kurang Upaya (OKU). Pada usia 7 tahun saya telah masuk ke sebuah sekolah integrasi Pendidikan Khas SK Pekan Satu. Saya telah melalui saringan pembelajaran dan saya layak untuk masuk ke kelas inklusif di aliran perdana. Saya seorang yang pendiam dan merendah diri kerana saya berbeza dengan kawan-kawan yang lain. Saya bergerak dengan bantuan kerusi roda dan saya juga sukar untuk menulis. Saya sangat risau kerana mahukah guru-guru dan kawan-kawan saya mendekati saya. Saya semakin menjadi seorang yang pendiam dan selalu menyendiri. Sehinggalah saya mengenali Cikgu Lihan yang mengajar saya dalam Bahasa Melayu . Cikgu Lihan telah membuka hati dan fikiran saya kerana beliau banyak membantu saya. Beliau selalu memberikan saya semangat jika saya berputus asa. Saya telah memilih beliau sebagai guru inspirasi saya. Kata-katanya banyak memberikan semangat dan nasihat yang sangat berguna. Beliau tidak pernah pun membezakan saya dengan murid-murid yang lain. Kata-katanya setiap hari memberikan saya sinar dan semangat untuk terus maju dan cemerlang dalam pelajaran. Sikap kasih-sayang yang ditunjukkannya di dalam kelas, menjadikan saya dan kawan-kawan menghormati di antara satu sama lain. Kawan-kawan banyak membantu saya seperti menyorong kerusi roda dan membantu saya untuk mencapai sesuatu barang yang ingin saya ambil. Cikgu Lihan juga seorang yang sangat mengambil berat dan prihatin. Beliau tidak pernah meningglkan saya seorang diri di dalam kelas jika murid-murid lain pergi rehat. Saya akan makan di kelas ditemani dengan Cikgu Lihan sehinggalah habis waktu rehat. Begitu juga masa balik sekolah. Dia akan menunggu saya sehingga saya dijemput oleh ibu. Beliau juga selalu bertanya dan mendekati saya dan rakan-rakan yang lain jika ada masalah pembelajaran. Sehinggalah kini saya tidak lagi malu bertanya dan selalu berbincang dengan rakan-rakan dalam pelajaran. Kini usia saya sudah 12 tahun. Cikgu Lihan mengajar saya Bahasa Melayu dari tahun 1 hingga tahun 6. Dulu saya sukar untuk menulis kerana jari saya sukar untuk memegang pensel. Kini saya sudah pandai menulis . Dulu saya seorang yang pemalu, kini saya berani bertanya. Dulu saya tidak pandai membaca, kini saya lancar membaca dan menjadi pelajar yang selalu mendapat markah yang tertinggi Bahasa Melayu di dalam kelas. Saya tidak percaya yang saya mampu bersaing dengan rakan-rakan saya di kelas. Betullah kata cikgu, walaupun saya dianugerahi sebagai anak istimewa, tetapi saya juga mampu mencipta kejayaan. Kini dengan keyakinan yang saya tanam dalam diri saya dan kata-kata Cikgu Lihan menjadi inspirasi dan penguat semangat saya untuk terus berjaya. Saya cukup bersyukur kerana beliau banyak memberikan saya semangat untuk terus mengenal kehidupan dan belajar untuk mencipta kejayaan yang pastinya bukan saja milik orang lain, tapi saya juga mampu memilikinya. Saya juga bersyukur kerana saya di kelilingi dengan guru-guru dan murid-murid yang penyayang dan baik hati. Sikap kepimpinan dan penyayang yang ditunjukkan dan oleh Cikgu Lihan akan saya jadikan sebagai inspirasi dan contoh untuk selama-lamanya. Saya juga berjanji akan menjadi pelajar cemerlang dalam UPSR dan dalam bidang kokurikulum. Terima kasih Cikgu Lihan, cikgu inspirasiku.