Penama

Mdm Wan farahaida Wan idrus

Dari Smk Chung hwa wei sin

Mdm Wan farahaida Wan idrus's photo

Dicalonkan oleh Preti Kaur Gill a\p Jagjit Singh Gill

Saya merupakan pelajar dari Smk Chung hwa wei sin kuala terengganu. Saya ingin mencalonkan beliau guru yang terlalu istimewa buat saya dan semua pelajar-pelajar sekolah saya. Guru Saya,Pn.Farahaida bt Wan Idrus ialah guru yang buta.Dia buta warna. Dia merupakan guru yang tidak pernah membezakan warna kulit atau bangsa pelajar-pelajar beliau.Saya mula mengenali guru saya ini pada tahun 2016. Pada masa itu,saya tidak rapat dengannya tetapi saya selalu hairan mengapa semua pelajar tidak kira melayu,cina atau india apabila bertemu dengan beliau akan menjadi gembira, senyum dan menyapa beliau. Ada pelajar yang terus datang dan memeluk erat beliau.Saya tertanya-tanya.Istimewa sangatkah guru ini? Pada tahun 2017,Saya disapa beliau. Beliau mengajak saya untuk menyertai pasukan "chorasical sketch " yang dilatih oleh beliau bagi menyertai pertandingan anjuran Yayasan Diraja Sultan Lisan.Sepanjang latihan kami,saya mengenali beliau dan menjadi sangat rapat dengannya.Bukan hanya saya tapi semua ahli chorasical sketch sudah jatuh sayang padanya. Malahan kami semua tidak kira ape bangsa menjadi sangat akrab seolah olah kami adalah satu keluarga yang besar. Semuanye kerana Pn Wan Farahaida.Beliau mengajar kami semua tentang kasih sayang sesama insan yang tidak mengenal warna kulit.Pn. Wan Farahaida bukan sahaja melatih kami,tetapi beliau jugalah yang menyatukan kami.Beliaulah sebenar-benarnya guru yang melambangkan semangat perpaduan yang ada di Malaysia. Pn Wan Farahaida juga merupakan guru yang sangat kreatif dan bersungguh-sungguh melatih kami.Akhirnya kami berjaya menjadi juara Negeri Terengganu untuk pertandingan terkejut.Bagi meraikan kejuaraan kami ,beliau telah menganjurkan satu bengkel Bahasa Inggeris bersama majlis makan malam yang penuh gilang-gemilang di Kuala Lumpur. Kami berasa amat terharu.Saya ada tertanya Pn Wan Farahaida mengapa beliau lakukan semua ini untuk kami?Dia tersenyum dan mengatakan "It's all because I'm colour blind and I sincerely love you all"Hati saya amat tersentuh dengan kasih sayang dan keikhlasan beliau. Oleh itu,beliaulah guru yang paling layak utk mendapat Anugerah Guru Inspirasi McDonal.