Penama

Mr Venkateswaran Ramiah

Dari Smk St John

Mr Venkateswaran Ramiah's photo

Dicalonkan oleh Atikah Binti Mansor

Nama diberi Venkateswaran ramiah. Beliau seorang guru di SMK St John, Kuala Lumpur serta merupakan salah seorang guru yang menguruskan serta mengajar di Pusat Tuisyen Ilmu Studio, Setiawangsa. Saya hanya mengenali beliau sewaktu saya mendaftarkan diri di pusat tuisyen tersebut pada tahun 2014. Apa yang saya kagum dengan Cikgu Ven ini adalah kerana beliau sangatlah bersungguh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang guru. Sekiranya terdapat pelajar yang benar-benar ingin belajar di Ilmu Studio tetapi tidak mempunyai wang untuk membayar yuran, pasti akan ditaja olehnya. Ya, saya merupakan salah seorang anak didik tajaan Cikgu Ven. Selain itu, pada bulan ramadhan juga cikgu Ven mewajibkan semua murid yang beragama Islam untuk memakai tudung setiap kali hadir ke kelasnya. Cikgu Ven juga akan memberi tudung percuma kepada pelajar Islam sekiranya pelajar tersebut terlupa dan tidak memakai tudung. Saya amat kagum dengan apa yang dilakukan kerana jelas sekali Cikgu Ven bukanlah beragama Islam, tetapi beliau sangat menghormati agama Islam. Baru-baru ini, Cikgu Ven disahkan mempunya masalah di bahagian kaki dan tidak boleh berdiri untuk jangka masa yang lama sedangkan beliau seorang guru dan berdiri untuk mengajar itu adalah sesuatu yang biasa bagi seorang guru. Cikgu Vem masih tidak berputua asa dan ingin untuk terus mengajar kerana katanya "ilmu lebih penting". Sekali lagi saya kagum dengan semangat beliau untuk terus mengajar. Banyak lagi kebaikan guru ini kepada anak muridnya sekiranya harus diceritakan satu persatu. Akhir kata, saya sangatlah mencalonkan Cikgu Venkateswaran untuk Guru Inspirasi 2018.